Kenapa Supplement H-Focus Baik Untuk Kanak-Kanak?


Bismillah,

Supplement H-Focus Baik Untuk Kanak-Kanak | Tiap-tiap hari aku asyik baca pasal produk wanita je. Balik rumah wife aku plak cerita. Produk tu baik, produk ni baik. Kebanyakan kita dikhabarkan tentang produk-produk kecantikan untuk para wanita, produk lelaki plak nak tahan lebih lama. Pusing-pusing pun benda yang sama je. Tapi kita jarang nak dengar pasal produk untuk kanak-kanak kan? Korang perasan tak?


Pada aku kanak-kanak juga perlukan supplement atau makanan tambahan dalam awal tempoh tumbesaran mereka kerana mereka adalah apa yang mereka makan. Kita tak mampu nak mengelak kegemaran dan keinginan mereka. Kita mungkin mampu mengawal segala jenis input yang masuk ke dalam tubuh mereka sewaktu mereka di rumah, tetapi adakah jaminan yang mereka tak akan makan sesuatu yang tak berkhasiat sewaktu di luar atau di sekolah? Korang rasa anak-anak kita tu mampu tak menolak pelawaan kengkawannya untuk makanan ringan yang penuh dengan MSG di sekolah?

Apakah Jaminan Yang Anak Kita Tidak Makan Makanan Tak Berkhasiat Di Belakang Kita? | Percayalah kita tak mampu berbuat apa-apa. Selain memberi kesedaran tentang tentang bahayanya makanan ringan, kita juga boleh mengambil langkah memberi mereka makanan tambahan atau supplement. Percaya atau tak, makanan ringan inilah yang akan melembabkan IQ dan pertumbuhan sel-sel otak anak kita jadi fungsi supplement adalah meneutralkan kembali makanan 'sampah' yang diambil mereka.


Kita sebagai ibu bapa tak mampu mengawal pergerakan anak-anak kita seharian tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah memastikan mereka mengambil supplement tepat pada waktunya setiap hari. Macam aku, aku berikan Jasmeen supplement H-Focus selain makanan-makanan tambahan yang lain. Korang biasa tak dengar nama ni? Familiar kot sebab dah ramai ibu bapa bagi respon dan testimoni yang positif tentang anak-anak mereka. Dah lama tular di media sosial, suratkhabar malah dah mendapat liputan meluas di stesen tv tempatan.

Supplement H-Focus Membantu Perkembangan Minda Kanak-Kanak | Boleh aku katakan yang supplement H-Focus ni dihasilkan daripada makanan-makanan sunnah. Tetapi kenapa aku syorkan anak-anak kita makan sebab mereka masih di peringkat awal usia dan faktor perkembangan sistem dalam badan mereka dipengaruhi oleh mengambilan makanan yang dimakan setiap hari. Jadi apa yang mereka makan akan diserap hampir 70 ke 80 peratus ke dalam salur darah mereka. Mereka tak seperti kita yang dah berusia kerana kita bukan dalam tempoh pembesaran.


Supplement H-Focus ni dihasilkan daripada beberapa ramuan utama seperti :

Kolustrom
  • Menguatkan dan melindungi sistem pertahanan tubuh badan

Kalsium
  • Menjadikan tulang lebih kuat dan fleksibel

DHA Alga
  • Membantu perkembangan minda sihat dan menajamkan penglihatan

Kurma
  • Membantu mencerdaskan minda, membekalkan tenaga dan tubuh badan sihat
Madu
  • Menggantikan sel-sel otak yang rosak kepada sel-sel baru yang sihat. 

Buah Delima
  • Membantu sistem penghadaman, merawat penyakit athma, sakit tekak dan batuk. 

Bijirin
  • Membantu membekalkan zat-zat yang diperlukan oleh minda untuk pembinaan dan perkembangan otak. 

Kacang Pistachio
  • Membantu mencerdaskan minda, sistem pencernaan dan mata. 

Pegaga
  • Membantu membangkitkan selera makan dan meredakan masalah penghadaman

Anggur Hitam
  • Mengandungi vitamin C, antioksida, melegakan sistem saraf, meringankan demam, migrain dan penyakit athma. 

Tomato
  • Membantu melancarkan penghadaman (sembelit) dan mengatasi masalah sukar tidur. 

Vitamin C
  • Menguatkan sistem imunisasi badan, memulihkan demam, memberikan tenaga, mempercepatkan pemulihan luka dan mencegah kanser. 

Itu antara bahan-bahan yang aku tau ada di dalam supplement H-Focus. Kadang-kadang kita fikir

 'Ala kurma, anggur, madu, bla bla bla senang je nak dapat. Bagi sendiri pun boleh'

Tapi sebagai ibu bapa yang sibuk dengan tugasan harian dan kerja rumah yang tak habis-habis, dengan anak yang hyperaktif korang rasa korang mampu? Jangan kata nak suap ubat, nak suruh makan pun macam nak berperang kan? Kalau ada jalan mudah, kenapa perlu bersusah? Anak-anak kita pun sukakan gula-gula dan coklat, so kenapa kita tak bagi something yang dorang suka?


Supplement H-Focus Sangat Mesra Kanak-Kanak | Macam anak aku si Jasmeen ni, memula dia takut sebab dia tau aku macam nak bagi ubat kat dia. Aku suruh dia gigit dan rasa dulu. Dah tau rasa coklat, lepas tu mintak lagi. Asyik mintak je penat plak aku nak memujuk. Penat explain minta dia makan pagi dan sebelum tidur sahaja. Seyes sedap rasanya. Korang pernah makan gula-gula susu rapuh yang dulu jual ngan belon dulu tak? Haa rasanya macam tu la. Rasa coklat dan susu. 

Macam aku, aku tau kebaikan kurma pada kanak-kanak. Air rendaman kurma mampu membuatkan anak korang yang hyperaktif menjadi behave sekiranya diamalkan setiap hari. Tapi korang rasa anak korang nak ke minum atau nak ke dorang hadap sesuatu yang dorang tak suka setiap hari? Anak-anak kita tu bijak, jadi kita juga kena guna kaedah bijak untuk melayani karenah dorang. 


Aku pun dah baca banyak testimoni daripada ibu bapa berkenaan supplement ni. Alhamdulillah lepas baca aku percaya setiap sesuatu ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah mudah-mudahan Jasmeen mampu menjadi lebih bijak dan memperolehi zat-zat yang diperlukan oleh badannya. Oh kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan produk H-Focus ni korang layari la webpage kat bawah ni ye. 


Facebook



3 Comments

  1. Habislah jasmeen,hahahahaha...Semoga meen terus sihat dan bijak macam mak ayah dia jugak. :D

    ReplyDelete
  2. wahh model tu sentiasa sihat dan pandai..terbaik kak long meen!

    ReplyDelete