Keseronokan Bermain VR 9D dan VR Games di IRDKL Mall, Shah Alam


Bismillah,

Pengalaman Bermain VR 9D dan VR Games di IRDKL Mall, Shah Alam | Siapa sangka di sekitar Padang Jawa, Shah Alam terdapat sebuah mall yang menyediakan pelbagai jenis hiburan untuk seisi keluarga. Tempat yang aku maksudkan di sini ialah IRDKL Mall. Lokasinya terletak di Alam Avenue 2, tak jauh daripada PUSPAKOM dan pintu belakang UiTM Shah Alam. Agak-agak korang boleh imagine tak? Kalau tak pasti, dari Lebuhraya Persekutuan korang amik susur keluar ke kiri ke Padang Jawa dan dalam satu kilometer korang akan sampai ke IRDKL Mall. Mall tersebut boleh dilihat dari jauh di sebelah kanan jalanraya.


Kalau korang ke IRDKL Mall, korang tak perlu risau tentang parkir kenderaan kerana di sini ada menyediakan banyak ruang parkir bertingkat kepada para pengunjung. Lagipun rate parkir yang dikenakan juga serendah RM3 untuk 4 jam pertama kalau aku tak silap. Tak seperti sesetengah pasaraya atau pusat membeli belah di kawasan sekitar yang mengenakan caj lebih kepada pengunjung-pengunjungnya.

Lagipun rate parkir yang dikenakan juga serendah RM3 untuk 4 jam pertama kalau aku tak silap

Apa yang menariknya di IRDKL Mall ni korang boleh temui pelbagai jenis hiburan khas untuk seisi keluarga antaranya panggung wayang, permainan arked, VR 9D, VR Game, permainan simulator, pusat karaoke dan banyak lagi. Korang takkan percaya..tapi serius percayalah sebab memang semua tu ada kat IRDKL Mall, Shah Alam. Selain daripada itu di sana juga ada food court yang menyediakan pelbagai menu hidangan yang menarik dan rare dan juga kemudahan surau untuk lelaki dan wanita.


Hari tu aku berpeluang merasai suasana menonton filem Abang Long Fadil 2 di dalam panggung wayang TSR Cinemax. Walaupun tidak membawa jenama TGV ataupun GSC, tetapi tetap best! Sound system dan kerusinya bukan seperti pawagam biasa yang pernah aku pergi. Ia dilengkapi dengan projektor 4K dengan bahagian atas garisan Harkness, teknologi audio Dolby Atmos, Auromax, DTSX, Klipsch yang pasti memberi impak dan kesan bunyi khas sewaktu korang menonton wayang. Aku boleh kata ianya setanding dengan pawagam-pawagam terkemuka di Malaysia. Lagi satu mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis kudapan ringan yang tak terdapat di kaunter-kaunter pawagam yang lain. Kawan aku ada beli set nugget dan dia kata nuggetnya sedap, bukan sebarang jenis nugget yang biasa dijual murah. Bukan nugget sahaja malah ada burger, hotdog dan banyak lagi menu lain. Oh sebelum terlupa aku nak bagitau yang korang boleh menempah tiket wayang korang secara online ataupun dengan memuat turun aplikasi TSR Cinemax di Google Play Store.


Pelbagai jenis hiburan khas untuk seisi keluarga antaranya panggung wayang, permainan arked, VR 9D, VR Game, permainan simulator, pusat karaoke dan banyak lagi

Sementara menunggu waktu tayangan mula, aku sempat lah mencuba beberapa jenis permainan yang ada di IRDKL Mall tu. Kalau korang belum pernah main VR Game atau nak mencuba sendiri perasaan berada di dalam permainan, korang kena datang sini dan rasainya sendiri. Memang seronok! Selain itu korang kena cuba gak permainan VR 9D. VR 9D ni hampir sama seperti VR Game cuma VR 9D ni korang melalui pengalaman atau jalan cerita yang disediakan oleh aplikasi tanpa perlu berbuat apa pun. Korang hanya perlu duduk dan tak perlu main. Murah pun murah. RM13 untuk 2 VR. Seronok memang seronok, tapi lagi seronok bila tengok keletah kawan sendiri terjerit-jerit ketakutan bermain VR 9D tu hahaha. Korang patut cuba sekali sekala kalau korang tak ada pengalaman dengan VR ni. Kalau dah cuba sekali mesti addict nanti hahaha.


Lagi satu kat sini kepada sesiapa yang berhajat untuk melangsungkan perkahwinan gilang-gemilang, korang boleh lah menempah dewan konferens yang ada disediakan di IRDKL Mall ni. Besar gila dan mampu memuatkan seramai 2000 orang dalam satu-satu masa. Pentas dia pun besar. Sistem penataan cahaya dan sound system yang cukup lengkap dan berkualiti. Lampu siling dia pun bukan biasa-biasa hahaha. Boleh tukar-tukar warna lagi mengikut kesesuaian dan permintaan pelanggan. Aku rasa kepada mereka yang berhajat untuk bersanding dalam masa terdekat, mempunyai bajet lebih dan inginkan kelainan.. dewan konferens IRDKL Mall ini ada jawapannya. Tak payah risau pasal parkir dan boleh berhibur bersama keluarga setelah tamat majlis.


Dewan konferens TSR mampu menempatkan sehingga 2000 orang dalam satu-satu masa

Jadi kalau korang berada di sekitar Shah Alam atau Klang boleh la singgah di IRDKL Mall ni dan rasai sendiri keunikan permainan yang ditampilkan di sini untuk seisi keluarga. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan servis dan tawaran menarik yang ada di IRDKL Mall boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah :


IRDKL Mall
No.1, Jalan Serai Wangi M 16/M, 
Alam Avenue 2, Seksyen 16, 
40000 Shah Alam, 
Selangor Malaysia.

Tel: (+603) 5522 2229
Email : enquiry@irdklmall.com

Cinema Online Booking

Facebook

Instagram

Webpage



2 Comments

  1. tak pernah try lag VR ni.ramai ckp best

    ReplyDelete
  2. menarik menarik menarik! Kaki games wajib datang sini lah kiranya kan..hehe

    ReplyDelete