Tempat Makan Menarik Di Bangi : The Hob


Bismillah,

Kelmarin aku ke Bangi lagi untuk mencuba salah sebuah kafe yang ada di sana. Hampir setengah jam aku meronda, akhirnya aku berhenti di sebuah kafe hipster yang dipanggil The Hob. Kafe ini terletak di Bangi seksyen 9, belakang Ambank.


Aku lihat susun atur ruangan kafe ringkas dan kemas. Pada bahagian dindingnya ada mural lukisan tangan. Cantik. Sesuai kalau nak bergambar kenang-kenangan. Aku tiba jam 8. 15 malam jadi aku tak punya banyak masa memandangkan kafe The Hob ni beroperasi dari jam 11.30 pagi sehingga 9 malam. Kafe ini tutup setiap hari Isnin.


Korang juga boleh mencuba menu budget yang ada disediakan pada waktu tengahari pada harga sekitar RM5 hingga RM6

Menunya juga ada banyak, terdiri daripada menu tempatan, barat dan juga fusion. Nak yang berat pun ada, yang ringan pun ada. Korang juga boleh mencuba menu budget yang ada disediakan pada waktu tengahari di sini. Harga sekitar RM5 hingga RM6 sahaja.


Jadi aku memesan Crazy Burger dan air Mango Peach. Jasmeen plak pesan Nasi Goreng Ayam dan minuman ice blended special The Hob Bo Bo perisa honeydew. Harga Crazy Burger RM19.90, ada burger dan fries. Aku suka burgernya walaupun tak jauh beza dengan burger bakar biasa, ada dua lapisan patty, cheese, mayonis, sos dan beef brisket. Korang boleh pilih sama ada nak patty ayam ataupun daging.


Selalunya iced blended terlalu manis dan akan membuatkan aku rasa muak tetapi The Hob Bo Bo memang seimbang. Tak terlalu manis dan sedap! 

Nasi Goreng Ayam Jasmeen pula besar potion nya. Harganya RM9.90. Cuma pada aku kurang bahan. Aku tak pastilah tetapi Nasi Goreng Ayam nya kurang masin walaupun puan isteri dah minta chef tambahkan rasa garam dalam nasi tu. Mungkin chef tak sihat atau ia kategori makanan sihat. Kita fikir positif.


Tapi iced blended The Hob Bo Bo memang awesome. Sedap dan tak manis sangat. Selalunya iced blended terlalu manis dan akan membuatkan aku rasa muak tetapi The Hob Bo Bo memang seimbang. Korang boleh pilih perisa yang lain selain honeydew.


Sebenarnya ada banyak lagi menu lain yang menarik perhatian aku cuma malam tu aku teringin nak makan burger. Ada sandwich, panini, pasta, churros, western, makanan panas dan macam-macam lagi. Harga nya juga tak mahal mana. Affordable dan pada aku harga biasa. So total bil yang perlu aku bayar termasuk 1 botol air mineral adalah RM51.50.


Korang boleh lah datang dan cuba sendiri menu-menu yang ditampilkan di kafe The Hob ini. Korang boleh dapatkan maklumat tentang The Hob melalui maklumat di bawah.


The Hob
No 5G-01, Jalan Medan PB2A
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor. 

Contact
03-89268878 / 89229816


Waktu operasi
11.30 pagi - 9.00 malam
Isnin - cuti


6 Comments

  1. Banyak tempat makan menarik kat Bangi. Kalau boleh nak buat JJCM kat Bangi sehari.

    ReplyDelete
  2. Bangi memang syurga makanan macam2 ada ..

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya tengok makanan! kena masuk dalam list ni :D

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Temptingnyaaa. Nanti boleh memburu kat sini. Jyeahhhh

    ReplyDelete
  5. Okay, g Bangi nanti boleh cuba makan kat sini

    ReplyDelete