Bismillah,
Kelmarin aku ke Bangi lagi untuk mencuba salah sebuah kafe yang ada di sana. Hampir setengah jam aku meronda, akhirnya aku berhenti di sebuah kafe hipster yang dipanggil The Hob. Kafe ini terletak di Bangi seksyen 9, belakang Ambank.
Korang juga boleh mencuba menu budget yang ada disediakan pada waktu tengahari pada harga sekitar RM5 hingga RM6
Menunya juga ada banyak, terdiri daripada menu tempatan, barat dan juga fusion. Nak yang berat pun ada, yang ringan pun ada. Korang juga boleh mencuba menu budget yang ada disediakan pada waktu tengahari di sini. Harga sekitar RM5 hingga RM6 sahaja.
Jadi aku memesan Crazy Burger dan air Mango Peach. Jasmeen plak pesan Nasi Goreng Ayam dan minuman ice blended special The Hob Bo Bo perisa honeydew. Harga Crazy Burger RM19.90, ada burger dan fries. Aku suka burgernya walaupun tak jauh beza dengan burger bakar biasa, ada dua lapisan patty, cheese, mayonis, sos dan beef brisket. Korang boleh pilih sama ada nak patty ayam ataupun daging.
Selalunya iced blended terlalu manis dan akan membuatkan aku rasa muak tetapi The Hob Bo Bo memang seimbang. Tak terlalu manis dan sedap!
Nasi Goreng Ayam Jasmeen pula besar potion nya. Harganya RM9.90. Cuma pada aku kurang bahan. Aku tak pastilah tetapi Nasi Goreng Ayam nya kurang masin walaupun puan isteri dah minta chef tambahkan rasa garam dalam nasi tu. Mungkin chef tak sihat atau ia kategori makanan sihat. Kita fikir positif.
Korang boleh lah datang dan cuba sendiri menu-menu yang ditampilkan di kafe The Hob ini. Korang boleh dapatkan maklumat tentang The Hob melalui maklumat di bawah.
The Hob
No 5G-01, Jalan Medan PB2A
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor.
Contact
03-89268878 / 89229816
Waktu operasi
11.30 pagi - 9.00 malam
Isnin - cuti
6 Comments
Banyak tempat makan menarik kat Bangi. Kalau boleh nak buat JJCM kat Bangi sehari.
ReplyDeleteBangi memang syurga makanan macam2 ada ..
ReplyDeletewah sedapnya tengok makanan! kena masuk dalam list ni :D
ReplyDeleteFatina | www.theinfinitywords.blogspot.com
Temptingnyaaa. Nanti boleh memburu kat sini. Jyeahhhh
ReplyDeleteOkay, g Bangi nanti boleh cuba makan kat sini
ReplyDeleteBelum try lagi makan nih
ReplyDelete