Karnival Larian Amal MRCA 2017 Sasarkan RM100 Ribu Untuk Rumah Kebajikan

8:09 PM


MRCA atau singkatan bagi Persatuan Peruncit-Rantaian Malaysia dengan kerjasama McMillan Woods, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan para peruncit utama di seluruh Malaysia telah sepakat melancarkan Karnival Larian Amal MRCA 2017. Karnival ini akan berlangsung pada 26 November 2017 dan OneCity Subang Jaya telah dipilih sebagai lokasi utama untuk penganjuran kali ini.



Acara yang dianjurkan untuk kali ke-4 ini membawa tema "Prihatin, Kongsi & Lari" (Care, Share & Run) telah mensasarkan seramai 3000 hingga 5000 orang peserta bagi mengumpul dana sebanyak RM100,000.00 untuk diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan yang telah dipilih. Bersempena itu seramai 500 orang anak yatim bakal dijemput ke karnival tersebut yang mana turut menyediakan pelbagai aktiviti lain seperti permainan, pertandingan dan acara 'costplay'.


"Ini adalah inisiatif dan tanggungjawab korporat MRCA kepada masyarakat dan mereka yang memerlukan. Dengan semangat, ikrar untuk berbakti dan komited maka acara ini telah berjaya dilaksanakan untuk 4 tahun berturut-turut", kata Dato' Choi Wei Yee iaitu Pengerusi Penganjuran acara ini. Beliau percaya dengan penganjuran acara seperti ini mampu mengeratkan hubungan sesama komuniti masyarakat khususnya bagi mereka yang tidak berkemampuan dan kehilangan ahli keluarga. Setidaknya mereka tau masih ada orang yang sayang dan prihatin dengan keadaan mereka di luar sana.

Antara rumah-rumah kebajikan yang bakal menerima sumbangan melalui aktiviti ini adalah seperti Rumah Charis, Angel Homes, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Mata Air Kehidupan Selangor, Goodkids, Juara Homes, Ace Lighthouse Academy Bhd, Kiwanis Club Of Kluang Mandarin, Home Of Love, Rumah Sayangan, Persatuan Insan Istimewa Cheras, Good Samaritan Home dan banyak lagi. Dengan sumbangan amal ini Dato' Choi Wei Yee yakin sedikit sebanyak ia dapat membantu rumah-rumah kebajikan ini mendapatkan barang keperluan asas dan menambah baik kekurangan yang mereka hadapi selama ini.


Karnival Larian Amal MRCA 2017 ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Terbuka Lelaki, Veteran Lelaki, Terbuka Wanita dan Veteran Wanita. Terdapat juga kategori larian tanpa saingan untuk lelaki wanita dimana larian ini dilakukan secara santai bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain daripada itu ada juga kategori Larian Berpasukan di mana setiap pasukan dianggotai oleh 4 orang peserta dan setiap peserta akan berlari secara berganti-ganti sejauh 900m seorang. Untuk acara kali ini sebanyak 34 buah trofi bakal dimenangi oleh para peserta.



Pendaftaran untuk Larian Amal MRCA 2017 ini kini telah dibuka di mana korang mendaftar di laman sesawang rasmi iaitu www.racexasia.com dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 20 November 2017.


You Might Also Like

3 comments

  1. Tetiba rasa nak join. Nak kumpul medel run ni hehehehe

    ReplyDelete
  2. Seronoknya masuk larian, nanti lepas berpantang boleh join semula

    ReplyDelete