Kena Tegur Dengan Anak Sendiri, Rupanya Ini Puncanya..

11:46 AM


Bismillah,

Apa dah jadi dengan Jasmeen nih.. Macam macam akal dia dapat. Sampai kekadang tu, tak boleh nak imaging, macam mana perkataan tu boleh keluar dari mulut dia. Padahal  baru jer 4 tahun. Isk isk isk.



Kisah dia macam nih. Haritu aku buang sampah dari kereta. Ala buang kertas resit touch n go. Sekeping jer pon. Sebab bini aku memang pengumpul resti yang tegar. Haha. Lepas tu Jasmeen boleh ternampak pulak.. Nak tau Jasmeen cakap apa?

Babah, jangan buang sampah merata la. Babah nak jadi macam monyet eh?"

Erkk.. Sebenarnya kitorang selalu pesan dekat Jasmeen , jangan buang sampah merata rata. Biasanya buang sampah merata nih, spesies monyet jer.. huhu.. Hambek nak… kena sound dengan anak sendiri.. Tapi rasanya dah lama bagitau tentang nih, sampai sekarang dia ingat.. Fuuhh. Tajam betul akal dia.


Dah bila Jasmeen sound aku, bini aku apa lagi, dia tambah pulak.. Dia pergi gelak sakan. Lepas tu Jasmeen sambung lagi.
 
Ibu, kenapa gelak? Tak baik tau gelakkan suami macam tu. Pergi minta maaf cepat”

Ya ampunn.. Dengan ibu sekali dia sound.. ahaha.. Tapi ada betulnya dia cakap tu. Tak tahannya dia suruh minta maaf.. huhu.. Sel sel otak tengah berhubung gamaknya.

*******************

Haritu bini aku tengah main FB. Jasmeen ada dekat sebelah, tengok sekali la kawan kawan ibu. Then Jasmeen suruh stop.

Ibu, ni kawan ibu yang kita jumpa tu kan? Yang dia nyanyi lagu nih ‘sinaran, mentari menyinari’. Betul kan ibu?”

Adoi la anak.. Dia jumpa kawan ibu tu masa event dekat de palma kuala Selangor. Seminggu yang lalu. Yang tak sangka, dia boleh ingat lirik lagu yang si Atikah tu nyanyi. Padahal itu 1st time dia dengar lagu tu. Terus dia ingat.. Hmm.. hebat budak budak zaman sekarang nih.

***********

So aku revise balik, budak Jasmeen nih ada amalkan apa apa ker. Sebab setahu aku, budak budak nih nak otak cergas dan cerdas, mesti ambil susu ataupon any supplement.. Nak kata susu, dah lama stop. Then baru teringat.. Jasmeen ada amalkan Jus Anasera.


Antara bahan yang terkandung dalam Jus Anasera tu adalah Kurma, Kismis, Madu, Delima dan juga Buah Tin. Ooo.. No wonder la si Jasmeen nih mudah ingat sesuatu perkara.. Kan bahan bahan Jus Anasera nih memang membantu kecergasan otak. Kurma Kismis Madu semua itu kan memang bagus.


Lagipon, kalau Jasmeen main seharian pon, dia tak adalah nampak letih sangat. Kalau tak mesti dia tidur awal.. Adeeehh.. anak anak.. Macam mana la dia dapat tenaga banyak banyak nih.. Aku rasa asbab pengambilan Jus Anasera nih kot. Sebab aku tengok maybe kandungan yang lain seperti Pegaga, Habatus Sauda, Minyak Zaitun dan bahan bahan lain mungkin membantu kecergasan Jasmeen.


Bagus jugak produk nih. At least tak adalah kami berdua bising nak suruh Jasmeen makan kismis madu tu semua. Minum Jus Anasera ni jer, dah lengkap untuk semua. Lagipon kita sebagai ibu bapa tak perlu bimbang, kebanyakan bahan adalah makanan Sunnah. Disamping makanan yang bersih, sihat dan berkat, anak kita pon semakin bijak.

Harap Jasmeen lagi baik dari ibu dan babah yer..


You Might Also Like

3 comments

  1. Caya la Meen....good job..kadang2 kita yg dh tua ni terkedu sengan ayat budak2 kan...

    ReplyDelete
  2. nijaknya jasmeen hahahah. debabb gebusss... nti kalau jmpa mmg lisa gomol2 ni jasmeen

    ReplyDelete