Nikmati Menu Hidangan Itali di Villa Danieli, Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur


Bismillah,

Aku memang peminat menu masakan Barat. Rata-rata restoran yang ada menyediakan hidangan seperti ini pasti akan aku terjah. Tetapi kebanyakan menu-menu yang aku cuba telah diolah mengikut citarasa tempatan. Jadi korang tau tak kat mana boleh korang cuba pasta terbaik di sekitar Kuala Lumpur?


Mamma Mia Brunch Di Villa Danieli | Kalau korang berada di sekitar Jalan Sultan Ismail, korang boleh singgah untuk mencuba Mamma Mia Italian brunch (breakfast dan lunch) di Villa Danieli, Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur. Menariknya restoran ini didekorasi sebijik seperti restoran yang terdapat di negara Itali. Menu-menunya juga berkonsepkan menu masakan Itali yang asli.


Dekorasi Dalamam Setanding Restoran Itali | Bila aku masuk je ke dalam restoran ni, aku memang tergamam. Tak tau nak mula dari mana haha sebab cantik sangat. Rasa nak bergambar kat semua penjuru restoran ni. Bab dekorasi memang aku tabik spring. Dekorasi seperti restoran Itali sebenar ini sememangnya memberi mood kepada para pengunjung yang hadir untuk merasakan sendiri keenakan menu masakan Itali yang dihasilkan di sini. Untuk pengetahuan korang, restoran Villa Danieli ini mampu menempatkan sehingga 140 orang dalam satu-satu masa. Tapi jangan bimbang kerana di bahagian luar restoran juga ada disediakan meja untuk kegunaan pengunjung. Lebih menarik restoran ini berhadapan dengan kolam mandi hotel.


Hidangan di sini berkonsepkan buffet tetapi untuk menu-menu utama korang kena memesan terlebih dahulu kepada chef. Mereka menyajikan lebih 14 jenis hidangan utama kepada para pengunjung dan pesanan dihantar dalam bentuk alakat untuk memastikan hidangan disajikan kepada para pengunjung sentiasa panas, fresh, kekal rasa dan teksturnya. Sambil korang menjamu selera, korang juga akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian secara live daripada penyanyi restoran ini.


14 Main Menu Yang Boleh Dicuba | Menu-menu utama akan mula dihidang seawal pukul 12 tengahari. Jadi sekiranya korang tiba awal, korang masih boleh menikmati hidangan pembuka selera yang lain yang ada di sediakan di situ. Untuk hidangan main course tiada had limit. Makan lah sebanyak mana yang korang mahu. Pesan lah selagi mana yang korang mampu. Asalkan dari pukul 12 tengahari sehingga 3 petang.


Mamma Mia Brunch di Villa Danieli, Sheraton Imperial Hotel bermula pada pukul 12 tengahari sehingga 3 petang setiap hari. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM148 nett untuk dewasa dan RM74 nett untuk kanak-kanak (9-12 tahun).
Korang boleh mencuba kelainan rasa asli yang ditampilkan oleh tim yang diketuai oleh Ketua Chef Villa Danieli ini iaitu Gaetano Di Stefano. Memang awesome!


Jangan lupa datang dan bawa keluarga serta kawan-kawan sekali ye.

0 Comments