Nikmati Weekend Brunch Buffet di Mandarin Palace, The Federal Kuala Lumpur

3:11 PM


Bismillah,

Tak perlu nak tunggu perayaan atau time puasa je untuk mendapatkan hidangan buffet. Kalau korang berada di sekitar Kuala Lumpur atau khususnya bagi mereka yang berada di Bukit Bintang, korang boleh datang ke The Federal Kuala Lumpur untuk Weekend Brunch. Hidangan adalah secara buffet dan menu yang ditampilkan kali ini adalah Chinese.


Promosi brunch buffet ini disajikan di restoran The Mandarin Palace yang terletak di tingkat 2 hotel The Federal Kuala Lumpur. Terdapat lebih 60 jenis hidangan masakan cina yang disajikan sepanjang promosi ini berlangsung. Tapi ingin aku tekankan sekali lagi promosi brunch buffet ini hanya ditawarkan pada hari minggu sahaja ye, pada hari Sabtu dan Ahad. Ia bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 2.30 petang.


Antara menu-menu yang ada ditampilkan sepanjang promosi ini berlangsung adalah seperti Roasted Chicken 'Cha Siew', Five Spice Soy Bean Curd & Egg, Wanton, Swee Kao Dumpling, Steamed Chicken With Chinese Prawn Paste, Asam Slice Fish, Deep Fried Otak-otak Spring Roll dan macam-macam lagi. Banyak sangat kalau aku nak sebut kesemuanya.


Tapi yang menariknya mengenai Chinese Buffet macamni, korang akan temui pelbagai jenis Dim Sum. Ada pelbagai warna, rupa bentuk dan rasa. Aku perhatikan di sepanjang meja banquet yang terletak di sisi restoran dipenuhi dengan Dim Sum. Mana la korang nak cari Dim Sum yang halal kan? Dah plak tu macam-macam rasa plak.

Antara Dim Sum yang aku tau ada disediakan di Chinese Brunch Buffet kali ini adalah seperti 'Siew May' Dumpling, Shrimp Dumpling, Mushroom Dumpling, Beancurd Roll, Shark Fin Dumpling, Chicken With Herb, Otak-Otak Dumpling, Fish Paste With Beancurd dan banyak lagi. Kalau korang nak makan puas-puas, aku sangat cadangkan korang datang ke sini.


Untuk pengetahuan korang juga, restoran The Mandarin Palace ini juga telah dianugerahkan sebagai Restoran Tercantik Di Malaysia pada tahun 2007 oleh Flavours Megazine. Selain daripada itu, ia juga dianugerahkan sebagai Restoran Terbaik Di Malaysia oleh Malaysia Tatler's Award untuk tahun 1997, 2002, 2003, 2004 dan 2005. Pada tahun 1977, restoran ini menerima anugerah Restoran Terbaik Asia untuk C.E.M. Asia Award. Perghh penuh ngan award aje.


Restoran ini asalnya telah mula beroperasi pada 28 Ogos 1957 beberapa hari sebelum Hari Kemerdekaan Malaysia. The Federal Kuala Lumpur merupakan hotel pertama yang dibina di Kuala Lumpur dan antara hotel yang tertua di Malaysia. Aku suka dengan senibina, ukiran dan susun atur dalam restoran kerana ia betul-betul menunjukkan ciri restoran cina. Pada dinding dan tiang restoran ada ukiran 1189 ekor naga berwarna emas. Memang cantik sangat. Teruja aku nak ambil gambar.


Jadi kalau korang nak nikmati brunch buffet yang bertemakan menu masakan cina, korang boleh rujuk maklumat yang aku lampirkan di bawah. Harga yang ditawarkan adalah RM78 bersih untuk dewasa dan RM39 bersih untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Buffet ini hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad, dari pukul 10.30 pagi hingga 2.30 petang ye. 

Mandarin Palace
Tingkat 2, 
The Federal Kuala Lumpur

Contact for RSVP
May Lee
03-21489166 ext 2202



You Might Also Like

0 comments