Pekena Mee Bandung Muar Dan Kacang Pool Di Restoran Dun's Bangi


Bismillah,

Semua tau Bangi merupakan syurga makanan. Sebut sahaja nak makan apa, semuanya ada di Bangi. Dan kali ni aku bawa family aku untuk mencuba salah satu restoran yang terkenal dengan menu masyarakat negeri Johor iaitu di Restoran Dun's.


Kedainya terletak sederet dengan Restoran D One Steak di seksyen 6 Bangi. Kedainya kecil sahaja dengan susun atur yang ringkas dan menarik. Selain menu masakan negeri Johor, korang juga boleh memesan menu masakan panas seperti restoran masakan panas yang lain. Yang menariknya di sini, harga yang ditawarkan cukup murah dan berbaloi jika hendak dibandingkan dengan restoran-restoran yang menawarkan menu yang sama di sekitar Bangi. Semuanya di bawah RM10!


Antara signature menu yang ditampilkan di Restoran Dun's Bangi ini adalah Nasi  Tomato dengan Ayam Masak Merah, Nasi Beringin dengan Ayam Masak Merah, Soto, Mee Soto, Lontong, Mee Siput, Kacang Pool dan paling best Mee Bandung Muar. Selain daripada itu ada fries, wedges, waffle dengan topping aiskrim vanilla bersama perasa buah markisar, durian belanda, blueberry, apple dan mangga. Untuk air pula aku cadangkan korang cuba Ice Blended Special dimana ia campuran vanilla, apple hijau dan juga laici kalau aku tak silap.

Ice Blended Special - RM5.90

Ok secara overall aku suka rasa Mee Bandung Muar di Restoran Dun's ni. Rasanya sama macam kat Muar, dengan rasa udang dan kekacangnya. Walaupun rasanya agak 'light' tapi aku puas hati. Tetap rasa Mee Bandung Muar. Ada sesetengah tempat nama je Mee Bandung Muar, tapi ingredient macam Mee Rebus atau dorang gunakan sos tomato lebih.

Mee Bandung Muar - RM6.50

Lepas ni aku tak payah dah nak ke. Putrajaya untuk makan Kacang Pool Haji sebab kat Restoran Dun's ni pun aku boleh dapatkan Kacang Pool yang awesome. Memandangkan kuah Kacang Pool yang dihidangkan tu banyak, aku cadangkan agar rotinya juga ditambah. Untuk satu set menu Kacang Pool disertakan sekali dengan 2 keping roti. Lagi awesome kalau ada 4 keping roti kan? Baru kena ngan kuah Kacang Pool yang banyak tu huhu. Lagi satu aku cadangkan agar telur matanya dibiarkan goyang dan tak terlalu masak. Boleh digaul sekali ngan kuahnya.

Kacang Pool - RM5.50

Puan isteri pulak pesan Laksa Johor. Portionnya besar, kuah juga 'light' tapi still ada rasa dan sedap. Aku pernah pergi ke sebuah cafe di Bangi sebelum ni yang ada menyediakan menu Laksa Johor. Rasa dia sama je tapi harganya pula 3 kali ganda yang ditawarkan di Restoran Dun's ni. Jadi kenapa aku perlu keluarkan duit lebih untuk rasa yang sama kan?

Laksa Johor - RM6

Pendapat aku berbaloi untuk aku repeat ke sini lagi. Masa aku pergi semalam, Nasi Beriyani ngan Nasi Tomato sold out. So aku nak cuba rasa kedua-dua menu tu termasuk Lontong. Adoyai tetiba craving pepetang ni.

Nasi Goreng Cili Padi - RM6

So kalau korang peminat menu masakan Johor ni, korang boleh singgah di Restoran Dun's Bangi. Korang boleh rujuk maklumat yang ada di bawah.


Restoran Dun's
No. 15, Jalan 6/7B
Seksyen 6,
Bandar Baru Bangi

Contact
019-6959476





3 Comments

  1. Orang Johor yang rindu masakkan Johor boleh la ke sini ya...dan rakan-rakan dari negeri lain juga boleh sama2 mencuba.

    ReplyDelete
  2. kacang pool tu mcm sedap jer.. nak kena terjah ni

    ReplyDelete
  3. Okay, fine! Yang ni wajib cuba sebab mee bandung tu favourite. susah nak cari mee bandung muar sedap selain kat muo

    ReplyDelete