Sabun Serbaguna Inas Dengan Wangian Champaca Dan Rose


Bismillah,

Siapa dah pernah beli sabun Inas ni? Apasal la aku baru tau pasal sabun ni eh? Mati-mati aku ingat sabun ni macam sabun cuci biasa sebab aku guna time basuh baju je. Baru hari ni aku tau yang sabun ni serbaguna boleh cuci macam-macam termasuk mesin haha. Tapi seriously aku guna buat basuh baju memang putih melepak la lagi-lagi lab coat aku.


Sabun Inas ni didatangkan dalam pek kecik je. Kalau tak silap aku pek satu kilo. Gunanya sikit je, tak payah letak banyak pun. Walaupun dalam kuantiti yang sedikit, ia dah boleh tunjukkan kesan dan bersihkan cucian. Korang try rendam baju dan kasut kotor korang semalaman. Esok korang tengoklah apa jadi ngan baju dan kasut korang. Mesti korang tak percaya haha.

Tu apa yang aku tau. Ni yang aku baru tau plak sabun Inas ni boleh mencuci kotoran degil pada permukaan pvc, aluminium, permukaan plastik, tembaga malahan emas. Korang bancuh sabun Inas ni dan masukkan dalam penyembur. Contohnya korang nak bersihkan sinki kan. Korang spray sinki korang dan biar seketika. Lepastu korang cuba lap. Memang menjadik bersihnya haha. Tu kalau sinki, kalau korang rendam emas kompom berkilat balik.


Selain daripada tu, sabun Inas ni boleh gak digunakan sebagai baja tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Aku tak pasti apa kandungan sabun Inas ni sebenarnya tapi macam-macam kegunaannya. Setakat permukaan kotor tu korang lapkan je dengan kain yang dibasahkan dengan sabun Inas ni. Contohnya macam sofa kulit atau PVC. Korang boleh lihat kesannya dalam beberapa kali lap sahaja.

Patutla bila aku sebut je sabun Inas, rata-rata kengkawan ofis aku mesti tau. Tak hairanlah sabun ni terkenal dengan keupayaan sabun ni mencuci hampir semua benda. Bila cakap pasal sabun ni, aku teringat iklan DD Seven dulu-dulu. Habis semua benda dicucinya.


Sabun Inas ni didatangkan dalam dua variasi wangian iaitu Champaca dan juga Rose. Dua-dua sama wangi. Tapi bagi aku yang dah biasa ngan wangian Rose, aku lebih berminat dengan wangian Champaca. Baunya juga kuat. Kalau basuh baju tu memang melekat la baunya. Harganya juga murah, dalam RM17++ untuk satu pek. Pada aku berbaloi harganya tu jika hendak dibandingkan dengan keupayaannya mencuci semua benda dan permukaan yang kotor. Ingat jangan guna banyak sangat. Sikit je pun dah memadai.


Kalau korang nak baca lebih lanjut berkenaan sabun Inas ni, nak tengok testimoni pengguna-pengguna sabun Inas yang lain boleh lah rujuk link-link yang aku lampirkan di bawah ni eh.

HQ Inas Global Sdn Bhd
No.33
(Ground Floor)
Jalan Seri Rejang 5,
Taman Sri Rampai,
53300 Setapak,
Kuala Lumpur


Contact Person : 
Iza 01117733496 
(HQ INAS GLOBAL SDN BHD)

1 Comments

  1. cam best je. gambar tu buat iklan afzal.cantik!
    Boleh try beli nanti senang nak basuh semua..heheh

    ReplyDelete