The Pantheon - Arena eSport Platinum Pertama Di Malaysia Khas Untuk Kaki Gamer


Bismillah,

Khas untuk kaki gamer di Malaysia khususnya yang gilakan permainan DOTA, kini ada satu port terbaik untuk korang berkumpul dan main pelbagai jenus game beramai-ramai iaitu di The Pantheon. The Pantheon ini terletak di Tingkat 2, One Space USJ 25, Puchong. For your information, The Pantheon ni merupakan iCafe tahap platinum pertama di Malaysia dan diiktiraf oleh NVIDIA GeForce GTX.


Aku haritu sempat ke sini untuk melihat perasmian The Pantheon. Aku bukan heavy gamer. Setakat main game kat phone dan sekali sekala main VR tu biasa la. Tapi bila aku lihat sendiri kemudahan yang disediakan di The Pantheon ni, aku tak boleh kata apa. Just wow! Mana taknya iCafe yang berkeluasan 10,000 kaki persegi ni dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan untuk para pengunjung antaranya VR Game Zone, Racing Simulator, PS4 Zone dan 116 PC yang dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan berteknologi tinggi termasuklah DOTA.


Pengunjung The Pantheon berpeluang merasakan sendiri bermainan permainan menggunakan peranti canggih dan up to date yang dilengkapi dengan GTX 1060 atau GPU lebih tinggi bersama paparan G-Sync 27 inci, 144Hz dengan lebih daripada 30 jenis peralatan atau komponen bermain terbaik daripada jenama-jenama terkenal seperti Alienware, Legion, MSI, NVIDIA, Omen, Predator dan Republic Of Gamers.


Tambahan pula The Pantheon itu sendiri menyediakan 6 jenis bilik yang dilengkapi dengan komputer-komputer bersama jenama-jenama peranti terkenal seperti Alienware, Legion, MSI, NVIDIA, Omen, Predator dan Republic Of Gamers. Bilik-bilik ini disediakan untuk pengunjung merasai sendiri kelebihan yang ada pada setiap jenis peranti dan jenama. Mungkin boleh berikan idea which brand is more suitable, lebih baik dan beri kepuasan kepada diri sendiri ketika bermain game.


Kemudian aku masuk dan berada sendiri di dalam arena atau auditorium di mana di sini aku dapat menyaksikan pelbagai pertandingan seperti arena battle among gamer yang biasa aku lihat di luar negara. Sejak 29 September 2017 yang lepas, The Pantheon telah menganjurkan pelbagai pertandingan video terkenal antaranya Pusingan Kelayakan TML oleh Celcom dan Pusingan Kelayakan NVIDIA GEXT. Dalam tempoh beberapa bulan lagi, The Pantheon sekali lagi menjadi tumpuan apabila bakal menganjurkan pertandingan Asus Join The Republic. Perghhh memang terbaik lah!


Ok lah mesti korang nak tau berapa harga yang ditawarkan untuk bermain permainan di sini kan?


Jadi kalau korang nak main permainan yang ada disediakan di The Pantheon ni, korang mestilah berumur 12 tahun ke atas. Kalau adik-adik yang berumur di bawah 12 tahun, korang juga boleh datang ke sini  sehinggajam  10 malam dan ditemani waris atau bimbingan ahli keluarga. Pelajar beruniform pula dilarang untuk masuk ke dalam premis. The Pantheon beroperasi setiap hari, dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.


Untuk maklumat lanjut berkenaan The Pantheon ni atau nak tau pasal game-game yang ada disediakan di The Pantheon, korang boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah ni.

The Pantheon
One Space One City @ The Square
Tingkat 2, Jalan USJ 25/1C
47650 Subang Jaya
Selangor

Waze
One Space USJ25

Contact
03-5115 9923




1 Comments

  1. jauh sangat ni dari rumah aku.

    so, main kat rumah la jawabnya. haha

    ReplyDelete