3000 Peserta Dan RM100 Ribu Berjaya Dikutip Sempena MRCA Charity Run 2017


Bismillah,

Sabtu yang lepas aku berpeluang mengikuti larian amal yang dianjurkan oleh MRCA di One City, Subang Jaya. Pada dasarnya larian amal ini bertujuan untuk mengutip dana bagi menyumbangkan kepada rumah-rumah anak yatim yang terpilih. Larian pada hari tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori dan bermula seawal 6 pagi.


Aku sebenarnya seronok sebab larian yang dianjurkan oleh MRCA tahun ini berjaya mengumpulkan seramai hampir 3000 orang peserta dari pelbagai peringkat umur dan bangsa. Acara seperti ini dapat menyatukan semua bangsa menjadi satu komuniti yang pentingkan penjagaan kesihatan di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan dan dalam keadaan memerlukan.


Bukan itu sahaja sementara menunggu para pelari tiba di garisan penamat, anak-anak yatim yang dijemput khas juga turut dihiburkan dengan persembahan daripada badut dan acara silap mata. Antara acara lain yang turut dipersembahkan juga adalah pertandingan Cosplay. Pertama kali aku lihat kreativiti para peserta memperagakan outfit mengikut karektor anime kegemaran mereka. Aku dapat lihat kegembiraan jelas terpapar di wajah setiap anak-anak yang hadir.


Dalam pukul 9 pagi semua peserta telah berjaya menamatkan larian dan berkumpul di ruang legar bagi sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis disempurnakan dengan penyampaian hadiah daripada Tan Sri Datuk Seri Dr. M Kayveas, Naib Pengerusi LDP kepada para pemenang. Beliau begitu berbangga dan teruja dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap peserta dan jawatankuasa bagi menjadikan program seumpama ini berjalan lancar.


Terpaksa bangun seawal 6 pagi dan disertai oleh kanak-kanak hingga golongan warga emas, itu bukan satu kekuatan yang biasa-biasa. Beliau terus berharap agar program amal seperti ini dapat diteruskan dan pada masa yang sama masyarakat dan komuniti setempat boleh terus mengamalkan cara hidup yang lebih sihat pada masa akan datang.



1 Comments

  1. Terbaik... Rasanya rakyat Malaysia memang dah terbuka utk lebih menjaga amalan kesihatan..

    ReplyDelete