Kemeriahan Karnival Upin Dan Ipin, 24-26 November 2017 di MAEPS Sedang


Bismillah,

Hari ni aku dah janji ngan Jasmeen memandangkan dia behave sepanjang minggu ni so aku kena bawa dia pergi ke Karnival Upin dan Ipin yang berlangsung di tapak pameran MAEPS Serdang. Karnival Upin dan Ipin kali ni berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Jumaat, 24 November 2017 hingga Ahad, 26 November 2017. Aku decide pergi hari Sabtu memandangkan aku pun tak plan ke mana-mana hari tu.


Kami gerak seawal 8 pagi. Aku ingat aku tiba terlalu awal tapi rupa-rupanya dah ramai orang tiba di sana sebelum aku. Mak aih pukul berapa la dorang gerak dari rumah. Setibanya korang tiba di MAEPS Serdang tu, setiap lokasi akan dikawal dengan pasukan RELA. Korang boleh parkir kenderaan korang di bahagian paling luar tanpa dikenakan sebarang bayaran. Walaupun agak jauh daripada dewan pameran, korang masih boleh ke sana dengan menaiki tram.


Tetapi jika korang juga boleh memilih parkir premium yang berharga RM15 yang mana lokasinya adalah di bawah dewan A. Korang kena bagitau pasukan RELA yang bertugas kalau tak memang dorang takkan biarkan korang masuk dengan sesuka hati untuk mengelakkan kesesakan trafik. Aku parkir di medan selera MAEPS tu. Tak kena bayar dan aku fikir habis acara nanti boleh lah singgah makan di situ memand4angkan tak banyak booth makanan yang disediakan di atasa sana nanti. Harganya juga boleh tahan. Aku cadangkan korang tapau makanan awal-awal dari luar.


Korang boleh beli atau redeem tiket masuk di kaunter di dewan C yang terletak di hadapan dewan A. Ada 12 kaunter yang disediakan untuk pengunjung. Kalau korang tak nak beratur panjang, korang boleh beli siap-siap secara online di www.upinipinstore.com. Bila sampai nanti di kaunter korang hanya perlu redeem sahaja pada staf yang bertugas. Karnival Upin dan Ipin ini terbahagi kepada dua dewan iaitu Dewan A yang menampilkan Pentas Utama dan Dewan C menampilkan Pentas Magik. Harga untuk kedua-dua dewan ni berlainan harga ye seperti di bawah. Dewan C (Dewan Magik) korang boleh masuk sekali sahaja manakala Dewan A (Pentas Utama) korang boleh free flow masuk.


Antara aktiviti-aktiviti yang ada disediakan di Dewan A adalah seperti persembahan maskot, cosplay skit, penampilan istimewa Ultraman Ribut, Puteri Island, Pada Zaman Dahulu Island, Dadidudo Boat, kedai makan Upin & Ipin, merchandise store, ruang permainan PS4, mural 3D dan macam-macam lagi manakala di Dewan C plak ada menyediakan aktiviti-aktiviti seperti sesi temuramah dengan Kak Ros, Persembahan Robot, mural 3D, mewarna mural, ada Rumah Opah, booth tanaman, ada ruangan Alam Dino, Nenek Nenek Si Bongkok Tiga dan banyak lagi. Kebanyakan lokasi-lokasi di Dewan C di set up mengikut beberapa siri episod Upin dan Ipin. Jadi memang cantik dan tersusun la dan sangat sesuai untuk bergambar. Lagipun korang akan diberikan buku nota yang mana di dalam buku nota tersebut ada disediakan instruction dan jika korang fullfill kesemuanya, korang akan dapat medal. Anak aku dapat 2 medal haha.


Jadi jangan lupa hari ni adalah hari last Karnival Upin dan Ipin ni. Bawalah keluarga dan alaminya sendiri. Aku pasti bukan anak-anak sahaja yang suka, malah ibu bapa dan golongan dewasa pun turut sama enjoy dengan aktiviti-aktiviti yang ditampilkan di karnival ini. Aku harapkan karnival Upin dan Ipin seperti ini dapat dipanjangkan lagi kerana 3 hari pada aku terlalu singkat. Aku sempat berbual dengan beberapa orang family yang berkunjung di karnival ini dan ada antara mereka yang datang dari Kelantan, Kedah dan Johor. Memang terbaik lah!


Ini bukan soal mahal atau tak. Ia sama seperti kita masuk taman tema, panggung wayang, bowling di mana setiap hiburan ada bayaran. Nak atau tak nak sahaja. Pilihan di tangan kita. Kalau rasa masuk Dewan C mahal, kita masih boleh masuk Dewan A. Yang penting anak-anak kita gembira dan terhibur. Apa salahnya kan sekali sekala menghiburkan anak-anak kita yang gemarkan animasi tersohor Malaysia ini.

So jangan lupa hari ni Ahad 26 November 2017 adalah hari akhir Karnival Upin dan Ipin ni ye. Lokasinya di Dewan A dan Dewan C, Tapak Pameran MAEPS Serdang dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Aku percaya korang pasti enjoy!


7 Comments

  1. Jasmeen mesti suka gila pergi tempat ni

    ReplyDelete
  2. SEmua nampak best. Anak-anak melompat nak pergi tapi tarikh betul-betul tak kena.Huhu

    ReplyDelete
  3. Bukan anak2 je excited..mak pak pun sama excited hehe

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa.. Nurul tak dapat nak pergi time ni..

    ReplyDelete
  5. Tak sempat nak pergi..tengok comfirm jem kat sana..

    ReplyDelete
  6. mesti anak-anak suka pergi ke karnival ni kan..macam² aktiviti ada

    ReplyDelete