Menu Chicken Fiesta Tarikan Terbaru Di Restoran A&W Malaysia


Bismillah,

Siapa tak tau Chicken Coney dan RB Float, tu maknanya korang bukan lahir zaman 80an la haha. Mana taknya restoran fast food yang menyediakan dua menu rare ni merupakan restoran fast food yang pertama dibuka di Malaysia. Perghh memang lejen! Restoran yang aku maksudkan adalah restoran A&W.


Dalam diam-diam kini restoran A&W tampil dengan beberapa menu baru yang lebih fresh dan menepati citarasa pelanggan di kalangan rakyat Malaysia iaitu menu Chicken Fiesta. Promosi terbaru daripada restoran A&W ini menampilkan 2 variasi rasa iaitu Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken. Ni aku nak bagitau kenapa korang kena cuba menu berasaskan ayam daripada rangkaian restoran A&W Malaysia ni.


Menu ni mula berada di pasaran sejak 7 November 2017 hari tu dan permintaannya sangat tinggi bukan sahaja sewaktu ia dilancarkan malah sebelum daripada itu lagi. Dua variasi Chicken Fiesta ini masing-masing ada kelebihan dan kelainannya. Rasanya tak sama macam rasa ayam dari rangkaian fast food restoran K, MD dan CT. Kalau korang rasa, memang punya rasa tersendiri.


Dalam dua variasi Chicken Fiesta tu, aku lebih sukakan rasa Spicy Aroma Chicken. Rasanya lebih pedas, berempah dan rangup. Mungkin sebab pedas tu yang menjadi pilihan aku tetapi anak aku tetap memilih Golden Aroma Chicken. Rasanya light dan rangup, sesuai untuk mereka yang gemar menu yang tidak terlalu berempah dan pedas.


Ditambah plak dengan RB Float, minuman rare sejak tahun 1967 lagi.. betul-betul bangkitkan rasa selera. Oh aku nak bagitau rahsia bagaimana RB Float tu rasa sedap dan umph. Pertama, air RB tu dikurangkan rasa gas nya. Kedua, mug nya disejukkan terlebih dahulu di dalam freezer semalaman. Haa yang ni aku pasti ramai di antara korang yang baru tau kan? Chill aku pun baru je tau. Selama ni dok bantai minum je tapi tak tau macamana rasanya sedap macamtu kan? Hahaha. Nak lagi best korang boleh miliki mug edisi khas RB Float ni pada harga RM49.90 sahaja. Minum la korang hari-hari hahaha.


Promosi Chicken Fiesta ni bertambah-tambah umphh dengan promosi Chicken Poppers. Ketulan-ketulan ayam kecil serupa pop corn pasti menjadi pilihan lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak. Harganya RM5.30 sahaja se pek. Untuk set Chicken Fiesta plak, korang boleh memilih sama ada set 2-ketul ayam, 6-ketul ayam dan juga 9-ketul ayam. Bagi set 2-ketul ayam beserta RB Float dan pilihan French Fries atau Curly Fries, harga yang ditawarkan cuma RM15.45. RM36.99 untuk set hidangan yang sama dengan 6-ketul ayam dan RM53.99 untuk set 9-ketul ayam.


Kalau aku bagitau pun korang tak percaya. Korang kena cuba rasai sendiri menu Chicken Fiesta, terbaru daripada restoran A&W ni. Tak tau kat mana cawangan terdekat dan mudah nak cari? Korang boleh ke cawangan A&W Batu Road yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Restoran ini terletak sederet dengan Gedung Tekstile Muaz dan setentang dengan Nagoya. Kalau tak dapat agak gak, korang rujuk lah maklumat yang tertera di bawah ni ye.


Restoran A&W
(Cawangan Batu Road)
118, Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2697 0131




1 Comments