Nikmati Promosi Buffet Krismas Di Nook, Aloft KL Sentral


Bismillah,

Bersempena cuti sekolah yang bakal tiba tak lama lagi dan juga ketibaan Hari Natal pada hujung tahun nanti, Nook Aloft KL Sentral mengambil kesempatan untuk mengadakan promosi buffet bertemakan A Rockin' Feast This Christmas. Promosi ini bakal berlangsung di sepanjang bulan Disember 2017, dari 1 hingga 30 Disember 2017.


Kalau korang nak tau, Nook terletak di tingkat 1 bangunan Aloft KL Sentral betul-betul berhadapan dengan KL Sentral dan bersebelahan NU Sentral Shopping Center. So dapat imagine tak kat mana? Korang boleh menaiki public transport ataupun kenderaan sendiri kerana di situ ada disediakan ruangan parkir kenderaan. Oh lupa nak bagitau yang promosi ini berlangsunh dari pukul 6.30 petang sehingga 10.30 malam setiap hari.


Ada lebih daripada 80 jenis menu yang akan dihidangkan sepanjang promosi ini berlangsung. Antara menu-menu wajib yang menjadi tarikan sempena promosi A Rockin' Feast This Christmas adalah seperti Herbed Crumbed Roasted Lamb Leg, Beef Stroganoff, Braised Hickory Smoked Short Rib, Peri-Peri Roasted Whole Chicken, Beef Goulash, Steamed Sea Bass dan banyak lagi.


Selain daripada itu, korang juga boleh menikmati menu sampingan lain antaranya Apple & Chestnut Stuffing, Brussel Sprout with Bacon, Herbed Potato Wedges, Creamy Garlic Mashed Potatoes, Smokey Gratinated Mushroom Ham Mac 'N' Cheese dan Steamed Crushed Potato. Memang padanan terbaik la dengan menu-menu berat yang lain. Lagipun menu-menu yang berasaskan negara Barat ni sangat sesuai dan 'masuk' lah dengan tekak ngan penduduk Malaysia ni.


Tak sah menyambut perayaan Hari Natal kalau takde hidangan ayam belanda kan? So jangan risau sepanjang promosi ini beelangsung, korang akan disajikan dengan Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey bersama menu-menu sampingan lain seperti Prune & Chestnut Stuffing, Giblet Gravy, Cranberry Sauce, Natural Chicken Juice, Mustard Potato Dauphin Oise, Grilled Pumpkin, Buttered Brocolli Polonaise, Braised Carrot in Orange Reduction dan juga Sautee Brussel Sprout with Almond Flake.


Eh terlalu banyak menu-menu yang nak aku sebutkan di sini. Yang penting semuanya sedap-sedap belaka. Korang kena datang cuba rasai sendiri buffet A Rockin' Feast This Christmas di Nook Aloft KL Sentral ni ye. Sekali lagi aku ingatkan promosi ini berlangsung di sepanjang bulan Disember 2017, dari pukul 6.30 petang sehingga 10.30 malam setiap hari. Harga yang ditawarkan pula adalah RM118/bersih pada malam Christmas Eve dan RM128/bersih pada malam biasa untuk dewasa. Harga untuk kanak-kanaka pula adalah separuh daripada harga yang ditawarkan untuk dewasa.


So jom datang beramai-ramai, bawa keluarga dan kawan-kawan menjamu selera di sini. Korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut mahupun tempahan.

Laman Web :

Facebook :

Instagram :

RSVP :
+603-27231188


0 Comments