Arayyan Kids Dengan Susu Kambing Dan Kiddy Kit Edu Play Set Terbaik Untuk Kanak-Kanak


Bismillah,

Arayyan Kids Dengan Susu Kambing Baik Untuk Kanak-Kanak | Tiap-tiap hari aku asyik baca pasal produk wanita je. Balik rumah wife aku plak cerita. Produk tu baik, produk ni baik. Kebanyakan kita dikhabarkan tentang produk-produk kecantikan untuk para wanita, produk lelaki plak nak tahan lebih lama. Pusing-pusing pun benda yang sama je. Tapi kita jarang nak dengar pasal produk untuk kanak-kanak kan? Korang perasan tak?


Pada aku kanak-kanak juga perlukan supplement atau makanan tambahan dalam awal tempoh tumbesaran mereka kerana mereka adalah apa yang mereka makan. Kita tak mampu nak mengelak kegemaran dan keinginan mereka. Kita mungkin mampu mengawal segala jenis input yang masuk ke dalam tubuh mereka sewaktu mereka di rumah, tetapi adakah jaminan yang mereka tak akan makan sesuatu yang tak berkhasiat sewaktu di luar atau di sekolah? Korang rasa anak-anak kita tu mampu tak menolak pelawaan kengkawannya untuk makanan ringan yang penuh dengan MSG di sekolah?

Apakah Jaminan Yang Anak Kita Tidak Makan Makanan Tak Berkhasiat Di Belakang Kita? | Percayalah kita tak mampu berbuat apa-apa. Selain memberi kesedaran tentang tentang bahayanya makanan ringan, kita juga boleh mengambil langkah memberi mereka makanan tambahan atau supplement. Percaya atau tak, makanan ringan inilah yang akan melembabkan IQ dan pertumbuhan sel-sel otak anak kita jadi fungsi supplement adalah meneutralkan kembali makanan 'sampah' yang diambil mereka.


Kita sebagai ibu bapa tak mampu mengawal pergerakan anak-anak kita seharian tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah memastikan mereka mengambil supplement tepat pada waktunya setiap hari. Macam aku, aku berikan Jasmeen supplement Arayyan Kids Dengan Susu Kambing selain makanan-makanan tambahan yang lain. Korang biasa tak dengar nama ni? Familiar kot sebab dah ramai ibu bapa bagi respon dan testimoni yang positif tentang anak-anak mereka.

Arayyan Kids Dengan Susu Kambing Membantu Perkembangan Minda Kanak-Kanak | Boleh aku katakan yang supplement Arayyan Kids Dengan Susu Kambing ni dihasilkan daripada makanan-makanan sunnah. Tetapi kenapa aku syorkan anak-anak kita makan sebab mereka masih di peringkat awal usia dan faktor perkembangan sistem dalam badan mereka dipengaruhi oleh mengambilan makanan yang dimakan setiap hari. Jadi apa yang mereka makan akan diserap hampir 70 ke 80 peratus ke dalam salur darah mereka. Mereka tak seperti kita yang dah berusia kerana kita bukan dalam tempoh pembesaran.


Supplement Arayyan Kids Dengan Susu Kambing ni dihasilkan daripada beberapa ramuan utama seperti :

Susu Kambing
  • Mempunyai protein dan enzim anti penuaan, antiarthritis dan antibarah. 

    Kismis
    • Membantu perkembangan minda sihat dan menajamkan ingatan anak

    Kurma
    • Membantu mencerdaskan minda, membekalkan tenaga dan tubuh badan sihat

    Berries
    • Mempunyai antioksida yang tinggi, serat, proteim, kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin B. 

    Buah Delima
    • Membantu sistem penghadaman, merawat penyakit athma, sakit tekak dan batuk. 

      Gingko Biloba
      • Meningkatkan daya ingatan dan mampu mengelak daripada mengidap penyakit Alzheimer. 

      Aprikot
      • Mempunyai antioksida dan serat yang tinggi bagi membantu meningkatkan fungsi penglihatan dan membaiki struktur kulit. 

        Vitamin C
        • Menguatkan sistem imunisasi badan, memulihkan demam, memberikan tenaga, mempercepatkan pemulihan luka dan mencegah kanser. 

        Itu antara bahan-bahan yang aku tau ada di dalam supplement Arayyan Kids Dengan Susu Kambing. Kadang-kadang kita fikir

         'Ala susu kambing, buah delima, kurma, bla bla bla senang je nak dapat. Bagi sendiri pun boleh'

        Tapi sebagai ibu bapa yang sibuk dengan tugasan harian dan kerja rumah yang tak habis-habis, dengan anak yang hyperaktif korang rasa korang mampu? Jangan kata nak suap ubat, nak suruh makan pun macam nak berperang kan? Kalau ada jalan mudah, kenapa perlu bersusah? Anak-anak kita pun sukakan jus yang manis-manis kan, so kenapa kita tak bagi something yang dorang suka?

        Supplement Arayyan Kids Dengan Susu Kambing Sangat Mesra Kanak-Kanak | Macam anak aku si Jasmeen ni, memula dia takut sebab dia tau aku macam nak bagi ubat kat dia. Aku suruh dia rasa dulu. Dah tau rasa manis buah, lepas tu mintak lagi. Asyik mintak je penat plak aku nak memujuk. Penat explain minta dia makan pagi dan sebelum tidur sahaja. Seyes sedap rasanya.

        Macam aku, aku tau kebaikan kurma pada kanak-kanak. Air rendaman kurma mampu membuatkan anak korang yang hyperaktif menjadi behave sekiranya diamalkan setiap hari. Tapi korang rasa anak korang nak ke minum atau nak ke dorang hadap sesuatu yang dorang tak suka setiap hari? Anak-anak kita tu bijak, jadi kita juga kena guna kaedah bijak untuk melayani karenah dorang. 


        Explore Bakat Anak-Anak Dengan Kiddy Kit Edu Play Set | Selain daripada tu, syarikat Arayyan Kids Global Holdings Sdn. Bhd. turut mengeluarkan set pembelajaran untuk anak-anak sebagai persediaan ke alam persekolahan. Aku tak boleh gambarkan raut muka teruja Jasmeen bila aku bawa balik set ni. Kiddy Kit Edu Play Set ni bukan hanya menekankan soal pembelajaran anak-anak tetapi lebih kepada explore kebolehan dan kemahiran mereka. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa kelebihan anak kita. Kita mungkin nampak dia pandai melukis, jadi kita keep giving tools for drawing tanpa kita sedar yang dia sebenarnya lebih mahir dan expert dalam mewarna. Nampak tak? 


        Set Pembelajaran Berkonsepkan 3M | So dalam Kiddy Kit Edu Play Set ni terdapat 16 item termasuklah buku-buku latihan mudah, ada puzzle, alat tulis, key chain, CD pembelajaran, sticker dan banyak lagi. Set pembelajaran awal kanak-kanak ni direka khas dalam bentuk bilingual iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Set produk ni pun dah menerima pengiktirafan Malindo International Best Interpreneur Award 2017. Jadi tak perlu dipersoalkan lagi la keberkesanannya dalam membantu mempercepatkan penguasaan asas pendidikan anak-anak kita. 


        Aku pun dah baca banyak testimoni daripada ibu bapa berkenaan kedua-dua produk ni. Alhamdulillah lepas baca aku percaya setiap sesuatu ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah mudah-mudahan Jasmeen mampu menjadi lebih bijak dan memperolehi zat-zat yang diperlukan oleh badannya. Harga untuk Arayyan Kids Dengan Susu Kambing adalah RM79.90 untuk SM dan RM89.90 untuk Sabah dan Sarawak manakala Kiddy Kit Edu Play Set pula berharga RM169.90, jauh lebih murah berbanding set-set lain yang ada ditawarkan di dalam pasaran.


        Oh kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan produk Kiddy Kit Edu Play Set dan Arayyan Kids Dengan Susu Kambing ni korang layari la webpage kat bawah ni ye. 


        0 Comments