Bora-Bora Destinasi Pilihan Kempen Make 11.11 Fly By Traveloka


Bismillah,

Tak lama lagi dah hujung tahun bulan 12. Kebiasaannya time macam ni kebanyakan kita dah mula merancang percutian-percutian menarik bersama keluarga tak kira la sama ada di luar negara mahupun di dalam negara. Ye lah kan sepanjang tahun mengadap kerja yang tak putus. Masa ni la kita dapat menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Korang dah plan ke nak pegi mana tahun ni?


Aku belum plan nak kemana tapi aku ada dengar sesuatu yang menarik dari Traveloka. Dorang kata ada something special 11.11 nanti. Details aku tak pasti tetapi kempen kali ni adalah Make 11.11 Fly. Daripada info yang aku dapat, kempen ni akan berlangsung selama 3 hari bermula 10, 11 dan 12 November 2017. Minimum tempahan adalah 2 pax, flight pergi dan balik ke mana-mana destinasi di seluruh dunia. Perghhh memang awesome lah!

Ye lah kebanyakan portal-portal shopping online yang ada sibuk mengadakan promosi sepanjang bulan November ini lebih-lebih lagi pada 11.11 jadi di kesempatan ini Traveloka juga tak melepaskan peluang untuk membuat kempen kepada para pengunjung laman webnya. Alang-alang korang shopping online tu, boleh lah singgah sekali melihat promosi yang ada di sediakan di laman web Traveloka ye tak?


Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang ada di seluruh dunia yang boleh menjadi lokasi pelancongan korang dan keluarga pada hujung tahun ini. Itu pun kalau korang nak melihat negara-negara lain di luar sana. Kalau korang tak nak pergi jauh pun, Sabah, Sarawak, Thailand dan Singapura pun ada menyajikan makanan dan tempat-tempat menarik yang boleh korang rasa dan kunjungi. Kalau nak yang jauh sikit mungkin korang boleh cuba ke Sicily (Italy), Frankfurt (Germany), Edinburgh (Scotland), The Cape (Mexico), Quebec City (Canada) dan banyak lagi.



Aku cadangkan tempat-tempat di atas sebab bulan Disember macamni musim di negara-negara tersebut adalah musim salji. Lagipun waktu ini kebanyakan antara mereka menyambut perayaan Hari Natal jedi kemeriahannya lain macam sikit. Lagipun time ni banyak hotel-hotel membuat promosi bagi menarik lebih ramai pelancong luar datang berkunjung dan menginap di hotel mereka. Selain daripada kemeriahan menyambut Hari Natal, ada banyak lagi sambutan dan perayaan menarik yang boleh korang lihat seperti Festival Hogmanay di Edinburgh, Scotland dan Festival Junkanoo di Nassau, Bahamas.



Kalau korang bijak, korang pasti takkan melepaskan peluang yang jarang-jarang diadakan seperti ini. Lagi-lagi Traveloka sering memberikan kod promosi kepada para pelanggannya. Kita kalau travel sendiri tak pe. Tak banyak yang perlu difikirkan. Tetapi macamana kalau travel bersama keluarga. Dah tentu memerlukan modal yang besar. Kos pengangkutan, penginapan dan makanan semua diambil kira. Jadi melalui kempen Make 11.11 Fly dari Traveloka seperti inilah kita dapat mengurangkan budget dan perbelanjaan untuk percutian. Aku sendiri tak sabar nak tau apa yang menarik sangat pasal kempen Make 11.11 Fly dari Traveloka itu nanti.



Kalau betul lah kempen Make 11.11 Fly dari Traveloka ni betul-betul menjimatkan, aku ingat nak bawa family aku pergi Pulau Bora-Bora lah. Siapa lah yang tak tau pasal kepulauan Bora-Bora kan, salah satu kepulauan tercantik di dunia. Tengok saja gambar-gambar permandangannya di internet dah buat aku cair. Aku dah letakkan harapan untuk ke sana tapi siapa sangka harapan aku akan jadi kenyataan dengan promosi dan kempen Make 11.11 Fly ni.



Rata-rata bila aku bertanyakan pulau mana yang paling cantik di dunia, kawan-kawan aku akan pilih Bora Bora. Kenapa Bora Bora? Jangan tanya pada aku sebab aku tak tahu bagaimana nak gambarkan kecantikan dunia yang ada pada Bora Bora. Lebih baik korang lihat sendiri. Tak hairanlah ia berada di dalam senarai pulau paling cantik dan ada yang mengatakan Bora Bora itu sendiri merupakan pulau tercantik di dunia.

Saiz pulau Bora Bora ini hanya 30 km persegi dan berada di dalam jajahan kolonial Perancis dan tergabung di dalam Negara Kepulauan Polinesia Perancis. Pulau ini dikelilingi oleh lagun dan susunan batu karang dari Lautan Pasifik yang membuatkan pulau ini kelihatan cantik secara semulajadi. Batu karang tersebut juga bertindak sebagai pelindung daripada menerima hentaman ombak terus ke pulau dan lama kelamaan membentuk struktur pantai dan geologi yang cantik.


Pada bahagian tengah pulau ini terdapat gunung berapi yang tidak lagi aktif iaitu Gunung Pahia dan Gunung Otemanu. Mengikut sumber, pada tahun 2008 populasi penduduk yang tinggal di situ dianggarkan sebanyak 8880 sahaja. Kebanyakan mereka masih memilih nelayan dan bertani sebagai sumber rezeki mata pencarian mereka.

Sebab kecantikan kepulauan Bora Bora inilah yang menyebabkan ia berada di dalam senarai lokasi percutian aku selain Levanzo, Sicily. Di Bora Bora tu ada banyak resort yang terkenal seperti Bora Bora Pearl Beach Resort dan Four Season Resort Bora BoraPaling murah adalah di Hotel Maitai Polynesia RM692 / hari


Bora Bora menjanjikan kepuasan dan percutian yang korang inginkan lebih-lebih lagi kepada mereka yang sedang memilih lokasi untuk berbulan madu. Di sana bukan syurga membeli belah, tiada bangunan tinggi-tinggi atau mereka yang mencari hiburan. Di sana hanya ada ketenangan, kecantikan alam semulajadi dan mereka yang ingin merasai pengalaman memberi ikan jerung dan ikan pari makan di dasar laut. Kebanyakan pelancong lebih berminat untuk memilih dan menyertai aktiviti air seperti scuba diving dan snorkeling.



Pantainya yang bersih, lagunnya yang jernih dan chalet-chalet resort dibina di atas air yang membiru yang dibawahnya tersusun ribuan jenis batu karang dan hidupan akuatik yang tak dapat kita temui di tempat lain. Jika korang dari Tahiti, korang boleh pergi ke pulau Bora Bora dengan menaiki Tahiti Air kerana Tahiti Air menyediakan penerbangan ke pulau tersebut sebanyak 5 ke 6 kali sehari dan mendarat di Lapangan Terbang Bora Bora di Motu Mute.




Kini ekonomi penduduk setempat mula dijana melalui industri pelancongan bertaraf dunia. Di sana juga tiada disediakan pengangkutan awam. Kita boleh memilih sama ada menaiki kereta sewa ataupun dengan berbasikal jika hendak bergerak ke mana-mana. Terkenal dengan kata nenek moyang Polinesia mereka 'aita pea pea' yang bermaksud 'jangan bimbang', menjadikan mereka sebab masyarakat yang sangat peramah dan baik budinya lebih-lebih lagi bila menerima kehadiran pelancong yang memilih Bora Bora sebagai destinasi pelancongan mereka.


Aku janji pada diri sendiri, kalau ada rezeki aku akan bawa keluarga aku pergi ke pulau Bora Bora. Tak mustahil ia juga akan menjadi destinasi pilihan seisi keluarga korang nanti. Setakat ni itu je details yang aku tau. Nak tau lebih lanjut kita tunggu je la info dari Traveloka ye.

Jangan lupa set your date 10, 11 dan 12 November 2017 ni ye untuk Traveloka Flight Campaign Make 11.11 Fly dari Traveloka!



1 Comments