Makan Sepuas Puasnya Di Foodbulous Weekday Treat Pada Harga RM9.90 Sahaja!


Bismillah,

Kepada kaki makan dan food hunter di luar sana, ada berita baik yang nak aku kongsikan dengan korang. Sekarang ni di Mines Shopping Mall tengah berlangsungnya Foodtopia yang mana korang boleh makan sepuas-puasnya menu- menu yang ada di restoran-restoran di sini pada harga RM9.90.


Terdapat sebanyak 13 restoran terpilih telah menyertai Foodtopia ini dan sebanyak 40 jenis hidangan ada ditawarkan sewaktu Foodtopia ini berlangsung. Kalau korang kaki makan, ini ada peluang terbaik yang tak patut korang lepaskan kerana menu-menu yang ditawarkan memang menggiurkan haha. Kadang-kadang aku sendiri fikir menu apa yang nak aku cuba dulu sebab semuanya nampak menarik dan awesome!


Tema yang diberikan sewaktu kempen Foodtopia kepada pengunjung-pengunjung di luar sana adalah Foodbulous Weekday Treats dan kempen ini hanya berlangsung pada hari bekerja sahaja. Antara restoran-restoran dan premis yang mengambil bahagian dalam Foodtopia kali ini adalah seperti :

  • Ah Yip Soup
  • Almendi's
  • Dobuyo
  • The Chicken Rice Shop
  • Sepiring
  • Teppanyaki
  • Kimosasa
  • Makan Culture
  • Esquire Kitchen
  • Nyonya Mama
  • Bar B Q Plaza
  • Fish & Co
  • Pizza San Francisco
  • Herbal Soup
Amacam menarik tak? Dah boleh plan korang nak makan apa nanti? Hahaha. Bukan tu sahaja, malah nanti korang berpeluang buat Food Tour di restoran-restoran tersebut. Caranya mudah di mana pada hari Sabtu 18 November 2017, dari pukul 2 petang sehingga 6 petang, 100 pelanggan pertama yang meneroka dan menikmati menu hidangan terpilih di 14 lokasi pilihan Foodtopia boleh menikmati hidangan pembuka dan pencuci mulut secara PERCUMA.

Restoran Dubuyo

Pada masa yang sama korang boleh menebus ENTRY PASS dengan berbelanja minimum RM30 dalam satu resit di Pusat Khidmat Pelanggan yang terletak di Aras 3. Bagi 20 orang pertama yang telah mendaftar sebagai CapiStar, korang layak menebus 1 tiket ENTRY PASS. First come first serve la ye. 

Restoran Nyonya Mama

So bawaklah keluarga dan kawan-kawan korang datang mentekadarah di Foodbulous Weekday Treats ni. Foodtopia ni bermula dari 6 November sehingga 1 Disember 2017 dan setiap hidangan yang ditawarkan berharga RM9.90 tanpa GST dan service caj. Jangan lupa datang ye! 


1 Comments

  1. wahhh.. best ni.. kena pergi jugak :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/11/pakej-perkahwinan-yang-termurah-untuk.html

    ReplyDelete