Manjakan Diri Dengan Set Penjagaan Diri Halal Daripada Asianic


Bismillah,

Sekarang ni susah nak cari produk yang serasi dan sesuai dengan kulit badan kita kan? Lagi-lagi nak cari produk yang mesra pengguna, halal dan selamat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri dah banyak mengeluarkan senarai-senarai produk yang boleh membahayakan pengguna di luar sana malah ada sesetengah produk yang disenaraikan itu merupakan produk yang dikeluarkan daripada syarikat-syarikat dan pengusaha yang terkenal. Jadi sebelum korang beli, pastikan produk itu selamat digunakan, tidak mengandungi bahan-bahan yang beracun dan boleh memudaratkan kita.


Kalau korang nak mencari produk yang terdiri daripada syampu, skrub badan dan losyen badan, aku cadangkan korang cuba set produk daripada Asianic. Set ini mengandungi produk seperti syampu, skrub badan dan losyen badan. Didatangkan dengan 2 variasi iaitu Japanese Cherry Blossom dan Rice Milk. Jangan suruh aku pilih sebab kedua-duanya pun sama wangi.


Sebagai pengguna yang dah lama menggunakan produk Asianic ni, apa boleh aku katakan yang aku sangat berpuas hati dengan kelebihan dan keberkesanan produk-produk berkenaan. Ini kerana produk tersebut diperbuat oleh syarikat bumiputera iaitu Wonderland Primary Sdn. Bhd. yang mana telah mencapai standard ISO, mempunyai sijil GMP (Good Manufacturing Process) dan mendapat status halal daripada JAKIM.


Produk-produk Asianic ini terdiri daripada krim mandian, skrub badan, losyen badan, syampu, perapi rambut, mandian garam, pencuci wanita dan juga krim halia. Bahan-bahan yang digunakan juga diformulakan daripada bunga Sakura, susu beras, akar kayu manis, daun lidah buaya, teh hijau dan bermacam-macam lagi yang mana banyak digunapakai oleh generasi terdahulu dalam penjagaan dan kecantikan diri sama ada luaran mahupun dalaman. Aku suka pakai produk daripada Asianic ni sebab teksturnya lembut. Kalau korang guna syampu nya, korang boleh rasa halus dan lembut pada hujung jari korang macam susu. Lagipun losyen badannya tak melekit macam sesetengah losyen badan yang ada dijual di pasaran.


Harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi setanding kesannya kepada pengguna iaitu sekitar RM10.90 sehingga RM17.90. Kini produk-produk Asianic boleh didapati di pasaraya-pasaraya yang terkemuka, pasaraya besar, farmasi dan kedai-kedai di seluruh negara. Aku dah cuba dan sangat berpuas hati. Korang bila lagi? Sangat berbaloi dan lihat kesannya seawal seminggu. Yang penting produk ini halal digunakan dan tiada lagi rasa was-was.

Untuk membuat sebarang tempahan dan pembelian secara dalam talian, korang boleh layari laman web www.wonderlandprimary.com atau rujuk maklumat di bawah untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan produk.


Asianic 
Tel: +603 77826308
Fax : +603 77836308

Laman Web:

FB & Instagram :

1 Comments