Neffos X1 Lite : Telefon Pintar Pada Harga Bawah RM500



Bismillah,

Neffos X1 dan Neffos X1 Max baru berkongsi banyak ciri, termasuk reka bentuk perkakasan dan logam mereka. Pertama kali aku nampak phone ni aku dah berkenan dengan design dan bentuknya yang cantik. Nipis dan ringan sangat, hanya 138g dan setebal 8.5mm. Bukan seperti model keluaran Neffos yang lain, Neffos X1 Lite hanya didatangkan dalam 2 warna sahaja iaitu warna Gold dan Grey.


Paparan permukaannya bersaiz 5 inci dengan resolusi 1280x720. Dipatenkan dengan mod membaca dan color color auto adjustment. Model Neffos X1 Lite ini hadir dengan kamera depan 5MP dan 13MP untuk kamera belakang yang mana ada fungsi Beautify dan Pro untuk mereka yang gemar bergambar selfie.


Prosesor Neffos X1 Lite adalah octa core, Mediatek MT6750 dan Mali T860 MP2 (520MHz). Bila dipadankan dengan baterinya yang berkapasiti 2550mAH, ia mampu bertahan sehingga 8 hari dalam mod sedia.


Neffos X1 Lite ini dilengkapi dengan 2GB RAM dan 16GB ROM tapi mampu menampung sehingga 128GB ROM. Jangan bimbang kerana terdapat dua slot untuk sim kad dan satu slot untuk memori kad. Telefon ini merupakan telefon pintar 4G dan menggunakan perisian terkini iaitu Android 7 Nougat.


Apa yang lebih mengejutkan aku bila dah tau semua spec yang diperkenalkan pada telefon pintar Neffos X1 Lite ini, harga yang ditawarkan pula hanya RM499 sahaja. Murah kan? Dengan spec yang ada tu aku budget harga dia dalam RM700 macam tu. Tak sangka pulak semurah ini. Serius aku terkejut. Ni yang rasa nak beli satu ni.


Tapi kalau korang nak dapatkan harga murah ni, korang hanya boleh dapatkan di portal shopping online Lazada. Korang boleh klik link di bawah untuk lihat spesifikasi dan harga yang ditawarkan dengan lebih lanjut.



Neffos X1 Lite telah berada di pasaran Malaysia sejak Jun 2017 lagi. Aku percaya Neffos X1 Lite juga mampu memberi persaingan kepada telefon pintar yang berada di dalam pasaran tempatan. 


Murah. Spec hebat. Kamera sharp. Itu je yang mampu aku katakan. Cuba la dulu mana tau korang jatuh cinta nanti huhu.


2 Comments

  1. Best guna Neffos X1 Lite ni. Serius, ena dah belai2. Nak free? Meh la join Giveaway dari ena. Hehehehe

    ReplyDelete
  2. Pernah Tak korang mengalami masalah bila Satu Masa tu kita buka kamera tapi Tak boleh mode kamera depan?

    ReplyDelete