Nikmati Hidangan Dengan Panorama 360° Kuala Lumpur Di Bintang Revolving Restaurant, The Federal


Bismillah,

Aku teruja bila dengar kengkawan aku celebrate anniversary perkahwinan kat atas puncak KL Tower. Siapa lah yang tak tau restoran atas tu boleh lihat permandangan keliling Kuala Lumpur kan? Aku mampu dengar je la, nak makan kat situ tak mampu lagi.


Tapi korang tau tak selain KL Tower, masih ada satu lagi lokasi yang menempatkan restoran dengan permandangan bandaraya Kuala Lumpur 360°. Jangan kata korang, aku sendiri pun baru tau. Last 2 week aku berkesempatan merasai sendiri pengalaman menikmati juadah sambil melihat panorama Kuala Lumpur. Memang awesome!


Kalau korang berminat untuk menyambut ulang tahun perkahwinan, sebarang keraian atau majlis korporat, korang boleh buat tempahan di Bintang Revolving Restaurant, The Federal Kuala Lumpur. Restoran ni terletak di tingkat 18, The Federal Hotel di Bukit Bintang. Tak susah nak cari. Lagi pun The Revolving merupakan salah sebuah hotel yang tertua di Kuala Lumpur dan yang pertama menggunakan konsep seperti ini.


Lantai Bintang Revolving Restaurant ini akan berputar sebanyak 360° setiap satu jam. Korang boleh nikmati keindahan dan panorama di sekitar Kuala Lumpur khususnya Bukit Bintang. Korang boleh nampak dengan jelas menara KLCC menara Kuala Lumpur dari tingkat restoran tersebut. Restoran ini sangat popular di kalangan pengunjung sewaktu Hari Valentine ataupun malam sambutan tahun baru kerana pengunjung dapat melihat dengan jelas kemeriahan tembakan bunga api.


Di sini, Bintang Revolving Restaurant menyediakan hidangan alacart atau fine dining kepada para pengunjungnya. Antara menu yang boleh korang cuba adalah seperti Avocado Crab Meat Salad, Bintang Revolving Caesar Salad, Provencal Creamy Lobster Bisque, Grilled Mustard Rack of Lamb, Spaghetti With Prawn Creamy Salted Egg, Charcoal Chicken Burger Deluxe dan banyak lagi. Korang patut cuma signature dish mereka iaitu Bintang Revolving Chicken Marryland. Perghh kuah dia memang ada umphh!


Bintang Revolving Restaurant ini mampu memuatkan seramai 160 orang pengunjung dalam satu-satu masa dan beroperasi dari pukul 5 petang sehingga 12 tengah malam. Ia adalah lokasi terbaik untuk berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai. Korang boleh memilih sama ada 2 set alacart menu atau pun 4 set alacart menu. Untuk sebarang tempahan atau maklumat lanjut boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah.


Bintang Revolving Restaurant
Tingkat 18, 
The Federal Kuala Lumpur

Contact for RSVP
May Lee
03-21489166 ext 2202


4 Comments

  1. erm...bestnya!!!
    bila lah dapat merasa makan kat tempat2 macam ni?

    ReplyDelete
  2. bestnya..tengok dia hidang ikan je..tapi terliur2 dah ni..hahah

    ReplyDelete
  3. Wah, hebat tu sambil makan nikmati panorama yang indah

    ReplyDelete
  4. Menarik nmpknye.. Nmpk sedap sambil tgk view yg cantik

    ReplyDelete