Nikmati Percutian Bersama De Palma Eco Resort Kuala Selangor


Bismillah,

Ada sesetengah daripada kita suka stay kat hotel-hotel mewah yang ada di sekitar bandar besar. Alasannya sebab mudah untuk cari kemudahan asas, senang nak cari makan atau nak berjalan. Tapi bagi aku ada kalanya aku sukakan lokasi yang sedikit terpencil, jauh dari kesibukan kota, hiruk pikuk kenderaan dan manusia.

Kalau korang sependapat ngan aku, korang boleh jadikan De Palma Eco Resort Kuala Selangor ini sebagai destinasi percutian hujung minggu korang bersama keluarga nanti.


Kalau nak dikira jarak dari KL Sentral ke De Palma Eco Resort Kuala Selangor, anggarannya kira-kira 68 km dan mengambil masa dalam 1 jam 4 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Sebenarnya De Palma Eco Resort Kuala Selangor ni takde la terletak di kawasan ceruk atau pedalaman, jaraknya dari pekan Kuala Selangor pun aku rasa hanya mengambil masa 10 minit perjalanan. Cuma lokasinya berada di pinggiran bandar dan dikelilingi dengan keindahan dan kehijauan pokok-pokok.


Aku seronok menghabiskan hujung minggu dengan family di sini kerana ia jauh dari kesibukan kota. Tempatnya tenang dan segar, sesuai bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan boleh spend time together. Kalau diberi pilihan hotel 5 bintang di tengah-tengah kota dengan De Palma Eco Resort Kuala Selangor, for sure aku akan pilih lokasi ini.


Aku menempah secara online tetapi kalau korang walk in, harganya ada sedikit berbeza dan lebih murah. Aku menempah bilik Junior Suite (Family Room) pada harga RM195.00. Bilik tersebut dilengkapi dengan penghawa dingin, tv LCD, pemanas air, peti sejuk, katil bersaiz Queen dan water heater.


Memandangkan resort ini sedang mendapatkan syariah compliance, mereka juga ada menyediakan sejadah dan arah kiblat. Selain daripada itu di resort ini juga ada menyediakan kemudahan surau dan ada imam tetap yang telah dilantik. Makanya azan akan berkumandang setiap kali masuknya waktu solat fardhu setiap hari.


Selain daripada bilik yang aku inap, aku sempat melihat bilik-bilik lain yang ada di sana. Antaranya adalah Dara Suite. Bilik tersebut lebih luas dan besar dan ada ruang rehat yang dilengkapi sofa. Bilik teesebut pernah didiami oleh beberapa orang kenamaan antaranya YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang dan YB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.


Di bawah ni aku sertakan sekali jenis-jenis bilik yang ada di De Palma Eco Resort Kuala Selangor bersama rate harga yang ditawarkan mereka untuk semalam.

Selain daripada itu, korang juga boleh request sebarang jenis aktiviti kepada pihak De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Contohnya untuk tema makan malam, mungkin korang ada tema tersendiri bagi mereka yang datang untuk aktiviti syarikat atau korporat. Korang pilih dan mereka akan siapkan untuk korang. Harga bergantung pada tempahan dan minimum tempahan adalah seramai 30 orang.


Aku dah merasa tema lanun, tema hindustan dan juga merasa suasana malam sambil ditemani unggun api. Perghh memang terbaik. Aku sangat sarankan kepada mana-mana badan korporat, syarikat-syarikan yang nak buat sebarang event tahunan ataupun reunion dan family day, De Palma Eco Resort Kuala Selangor adalah lokasi yang strategik dan terbaik.


Selain daripada aktiviti biasa bersama keluarga, korang juga boleh lakukan aktiviti-aktiviti lain di De Palma Eco Resort Kuala Selangor antaranya menunggang kuda, berzumba pada setiap hari Ahad pagi, melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti night walk, jungle trackking, main volley ball, badminton, ice breaking, berbasikan dan team building.


Di sana juga ada disediakan tapak perkhemahan kepada backpackers atau rombongan-rombongan sekolah yang terdiri daripada pasukan pengakap. Ia adalah salah satu pilihan lain sekiranya korang tak mahu untuk menginap di chalet ataupun chalet tiada kekosongan.


Tapak perkhemahan ini terletak di bahagian belakang De Palma Eco Resort Kuala Selangor dan dikawal selia oleh pengawal keselamatan dan staf yang bertugas. Tidak jauh dari tapak perkhemahan ada kawasan paya yang serinh menjadi lokasi tumpuan pemancing setiap kali singgah di De Palma Eco Resort Kuala Selangor.


De Palma Eco Resort Kuala Selangor juga ada menyediakan pakej lengkap untuk majlis perkahwinan dan kalau korang berminat, korang kena buat tempahan awal kerana kebanyakan slot sehingga hujung tahun 2017 ini telah diisi. Pada aku sangat berbaloi kerana korang boleh dapat semuanya pada satu harga.

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms


Jadi untuk sebarang pertanyaan berkenaan tempahan chalet, aktiviti berkumpulan, special request atau lain-lain lagi, korang boleh lah rujuk maklumat yang dah aku sediakan di bawah ni ye. 

De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Jalan Tanjung Keramat,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
+603-3289 7070

Faks
+603-3489 7080

Email



1 Comments

  1. Cantiknya hotel Dan kawasan sekelilingnya. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete