Seronoknya Fiesta NBOS #SayangMalaysia Di SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk Perak

2:41 PM


Bismillah,

Aku tak tau nak ungkapkan melalui perkataan betapa meriahnya Fiesta NBOS #SayangMalaysia yang bertempat di SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk Perak. Memang sangat happening karnival yang berlangsung pada hari Ahad, 19 November 2017 hari tu. Karnival tersebut turut disertai oleh pelbagai agensi dari pihak kerajaan, wakil NGO dan swasta. Kalau korang tengok padang SMK Hutan Melintang masa tu memang padat dengan bas-bas dan booth pameran daripada agensi yang terlibat.


Karnival Fiesta NBOS #SayangMalaysia ini bertujuan untuk mendekatkan rakyat dengan agensi kerajaan dan NGO. Rakyat perlu tahu yang perkhidmatan dan bantuan dari setiap agensi di bawah NBOS ini sangat dekat dan boleh dinikmati oleh masyarakat khususnya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar. Fiesta NBOS #SayangMalaysia kali ini mensasarkan penglibatan dari pelbagai agensi kepada rakyat negeri Perak khususnya mereka yang menetap di Bagan Datuk, Perak.

NBOS (National Blue Ocean Strategy) atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan merupakan inisiatif kerajaan dengan melibatkan lebih 80 kementerian dan pelbagai agensi dalam merangka dan menjalankan kolaborasi yang kreatif dan bersifat transformasi kepada negara. Kaedah ini dilihat lebih sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah kepada negara. 

Apa yang aku perasan, Fiesta NBOS #SayangMalaysia yang bertempat di SMK Hutan Melintang kali ini turut disertai oleh pelbagai agensi antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perpustakaan Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, MDEC, MoTAC, Bank Rakyat, YAPEIM, Institut Jantung Negara dan banyak lagi. Kebanyakan daripada agensi ini hadir dengan bas yang dilengkapi prasarana dan kemudahan bagi memudahkan pelanggan dan pengunjung membuat urusan.


Selain daripada itu ada banyak juga booth yang dibuka kepada para pengunjung tapak Fiesta NBOS #SayangMalaysia. Booth booth ini turut disertai oleh pengusaha IKS tempatan mahupun syarikat besar Malaysia. Harga yang ditawarkan pada hari tu juga lebih murah berbanding biasa. Lagi-lagi kat booth LKIM kerana di sana korang boleh mendapatkan ikan mahupun hasil laut pada harga yang jauh lebih murah. YB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut meluangkan masa membuat lelongan ikan kepada para pengunjung.


Yang menariknya di pavilion #SayangMalaysia turut disertai oleh beberapa barisan artis tanahair antaranya Arja Lee, Adeline Tsen, Jay Jay dan Dafi AF. Aku sempat beramah mesra ngan Arja Lee dan Adeline Tsen sebab dorang pun memang stay kat situ sampai petang. Dalam pukul 2 petang macamtu, aku dapat lihat Jay Jay dan Dafi AF buat performance kepada para pengunjung yang hadir. Apa yang boleh aku katakan di sini, kehadiran artis-artis tersebut sedikit sebanyak dapat mendekatkan masyarakat setempat dengan artis dan selebriti tanahair dan membuktikan yang tiada gap atau jurang di antara artis dan masyarakat sekeliling sebenarnya.


Pavilion #SayangMalaysia turut menampilkan persembahan daripada penuntut-penuntut ASWARA seperti tarian dan nyanyian. Antara aktiviti-aktiviti yang ada disediakan di sepanjang Fiesta NBOS #SayangMalaysia adalah seperti aktiviti senam robik, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, Ninja Warrior, pertandingan memasak, persembahan permainan gasinh gergasi, Vespa Auto Show dan banyak lagi. Tapi paling best adalah slot cabutan bertuah kerana ada banyak hadiah disediakan kepada para pengunjung di sana. Hadiah utama yang ditawarkan pada para pengunjung adalah motosikal modenas. Tapi bukan rezeki aku kot sebab aku balik pun dengan tangan kosong.


Aku harapkan Fiesta NBOS #SayangMalaysia seperti ini dapat dilaksanakan lagi untuk tahun-tahun mendatang dan di lakukan di kawasan-kawasan kampung kerana itulah salah satu cara untuk menarik masyarakat luar bandar yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan dari pelbagai agensi dan menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi. Apa-apa pun Fiesta NBOS #SayangMalaysia kali ni memang awesome!!




You Might Also Like

0 comments