[7] Tips Dan Petua Untuk Kuruskan Badan


Bismillah,

Sekarang ni kita banyak dikejutkan dengan pelbagai jenis penyakit yang pelik-pelik. Semuanya disebabkan oleh faktor pemakanan, cara hidup dan suasana persekitaran. Terkejut aku bila melihat sendiri statistik yang dikeluarkan melalui sumber berita Awani yang mengatakan Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk paling gemuk di Asia Tenggara diikuti dengan Thailand dan Singapura.


Manakala Putrajaya, Melaka dan Perlis berada di carta teratas negeri paling gemuk di Malaysia. Aku tak nafikan statistik ini kerana aku tahu terdapat banyak punca-punca kenapa rakyat Malaysia semuanya mengalami masalah obesiti yang menakutkan sehinggakan 73% kes kematian di hospital kerajaan di Malaysia berpunca daripada penyakit obesiti seperti jantung, darah tinggi dan strok.


[7] Punca & Cara Mengatasi Masalah Obesiti Penduduk Di Malaysia :

1# Penyakit Keturunan Ni
Masalah keturunan memang tak boleh nak buat apa tetapi ia boleh diimbangkan dengan kawalan makanan dan cara hidup yang lebih sihat. Cuba ikuti pelbagai aktiviti riadah seperti hiking, berzumba, berbasikal, bermain badminton ataupun berenang. Tanamkan minat untuk bersukan dan percayalah kita mampu mengubah tafsiran orang yang penyakit berjangkit adalah disebabkan keturunan. Eh ramai je orang berbadan kurus tetapi bacaan kolesterolnya tinggi!

2# Takde Masa La Nak Bersenam
Percaya tak tidur yang cukup juga mampu mengatasi masalah berat badan? Kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa kerja lebih masa, duduk mengadap komputer dan waktu tidur yang tak menentu. Otot-otot badan tak berkerja dan ia akan menyebabkan lemak tepu berkumpul di bahagian perut dan peha. Jika kita tak mampu keluar bersenam, kita juga boleh membuat senaman ringan di tepi partition kerja. Tak pun sewaktu di tandas atau sebelum waktu balik kerja.


Berjalan kaki dari pejabat ke stesen MRT juga merupakan satu senaman. Naik tangga ke pejabat juga senaman. Apa sahaja aktiviti yang kita lakukan dan melibatkan keseluruhan anggota badan, itu tetap dianggap senaman. Jadi ambil masa sedikit selepas duduk membuat kerja, keluar berjalan-jalan 5 hingga 10 minit sebelum kembali duduk untuk sambung kerja.

3# Sedapnya Makanan 
Satu dunia tahu yang makanan di Malaysia ni sedap-sedap belaka kerana Malaysia terdiri daripada berbilang-bilang bangsa dan agama. Tak cukup dengan itu, ditambah pula dengan lambakan restoran makanan ringan yang sering menjadi tumpuan warga tua dan muda. Masakan-masakan pula lebih lemak dan digoreng berminyak antara faktor meningkatnya masalah obesiti di negara ini. Kita mungkin tak suka makanan yang berebus atau stim tapi kita boleh ambil makanan lain sebab agen untuk memastikan kita tidak terus obesiti.

1) Makan Ulam, Sayur & Buah Buahan
Contohnya seperti makan ulam-ulaman dan sayur sayuran. Ulam seperti petai mampu membersihkan buah pinggang, ulam raja mampu merawat penyakit diabetes dan buah-buahan penuh dengan serat. Jika kita ambil makanan yang tinggi lemak dan MSG, balance kan ia dengan ulam-ulaman dan buah-buahan. Kemudian lebihkan minum air kosong.

2) Ambil Supplemen Tambahan
Selain daripada itu korang juga boleh ambil produk atau supplemen tambahan untuk bantu meneutralkan asid atau lemak di dalam badan. Kalau susah nak telan kapsul, ambil sesuatu yang kita suka seperti kopi hijau. Rasanya sama seperti kopi lain tetapi khasiatnya tinggi. Kopi hijau adalah biji kopi asli yang tak dipanggang di mana khasiatnya dikekalkan. Ia mengandungi beberapa zat penting seperti polifenol, flavonoid, proantosianidin, kumarin, asam klorogenat dan takoferol.


Biji kopi hijau merupakan bahan utama yang mampu merangsang petumbuhan sel-sel di dalam badan dan juga merangsang perkembangan metabolisma badan. Selain daripada itu ia juga kaya dengan antioksidan, membantu membakar lemak, menahan rasa lapar dan memperlambatkan proses penuaan.


Mana nak cari kopi hijau ni? Korang boleh cuba rasa minuman Kopi Hijau Alana. Korang boleh layari page facebook mereka
Facebook/KopiHijauAlanaHQ untuk maklumat lanjut ye.

Ni nombor untuk di hubungi :
+6018-355 7010 (ika)
+6018-236 6332 (ema)

3) Suku Suku Separuh
Kalau korang biasa tengok animasi Upin Ipin, korang mesti familiar dengan suku protein (contoh seperti ikan, ayam, daging, tofu), suku lagi karbo (nasi lah biasanya) dan separuh lagi sayur atau buah-buahan. Cuba amalkan pemakanan macam ni. Memula memang stress sebab rasa tak cukup tapi kuatkan lah diri. Bukan korang kena berpuasa pun kan? (untuk pesen jenis liat nak puasa sunat :D)



4) Makan Atas Piring?
Haah makan atas piring atau pinggan kecil dan pada masa yang sama ia melatih mindset kita. Kita akan nampak pinggan kita tu penuh dengan makanan. Nampak macam tak proper kan tapi percaya lah apa yang kita usahakan hari ni adalah untuk diri kita sendiri. Bukan orang lain yang bayarkan bil makan kita!


4# Stress Lah Aku
Tekanan perasaan juga boleh menyebabkan kita mengambil makanan secara berlebihan secara tidak sedar. Rata-rata mereka yang menghidapi tekanan perasaan akan naik berat badan kerana makan adalah terapi, tetapi jika diambil secara berlebihan akan menyebabkan obesiti. Antara tekanan perasaan yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia adalah disebabkan kerja, putus cinta, masalah kewangan, masalah keluarga, sakit dan banyak lagi.


Jadi untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa stress, kita boleh lah mengambil beberapa jenis makanan antaranya dark chocolate, bluberries, kekacang, ayam belanda, sayuran hijau, avocado, ikan salmon, buah limau dan macam-macam lagi.

5# Eh Baju Aku Dah Sendat
Ni yang biasanya aku amalkan. Kenali bentuk badan korang. Korang tau bila korang rasa badan korang jadi gemuk atau bertambah berat badan. Kebiasaannya aku tau berat badan aku naik bila pipi aku mula melebar dan sukar untuk duduk tahiyyat akhir. Jadi bermula dari situ aku akan cuba kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan gantikannya dengan makanan lain seperti buah atau kudapan seperti kekacang. Kebiasaannya jika aku amalkan dalam seminggu boleh turun 2 hingga 3 kg.

6# Sahaja Aku Puasa Sunat..
Puasa sunat adalah tips terbaik untuk kuruskan badan. Serius aku tak tipu. Kalau korang boelh lihat hasilnya sewaktu puasa di bulan Ramadhan dan korang berjaya puasa sehingga ke petang, kenapa korang tak boleh amalkan untuk berpuasa sunat?

Tiga hari pertama memang korang akan rasa sedikit letih kerana tak dapat zat yang diperlukan. Dari situ tenaga korang akan dijana melalui lebihan lemak-lemak yang terkumpul di dalam badan. Jadi secara tak langsung lemak-lemak badan korang akan digunakan tanpa perlu bersenam. Nampak tak?

Tapi jangan la pula bila waktu berbuka korang pergi bantai makanan berlemak balik. Boleh makan tapi kurangkanlah pengambilannya. Sayang la lemak dah terbakar time puasa, alih-alih korang topup balik time berbuka.

7# Sayangnya Membazir
Kebiasaan perkara ini terjadi bila anak-anak atau ahli keluarga tak habiskan makanan. Jadi sebab rasa sayang, kita pun tolong habiskan. Tolong latih diri kita pesan makanan cukup-cukup untuk semua. Jika tak cukup, baru pesan baru. Andaikata ada lebihan makanan lagi, tapau bawa balik dan jangan diajar perut untuk sumbat segala jenis makanan selagi mampu. Jika berlaku dan jadi kebiasaan, usus perut akan set sejumpah ruang yang besar untuk diisi dan itilah sebabnya kita rasa makanan yang sikit tak mampu mengenyangkan perut kita.


**********

Jadi itulah 7 tips dan petua untuk kuruskan badan. Ada banyak lagi yang nak aku kongsikan dan aku akan kemaskini dari semasa ke semasa. Aku harap kalau korang tak dapat laksanakan semua, dapat laksanakan satu dan amalkan pun dah cukup bagus lebih-lebih lagi tips nombor 6. Memang sangat-sangat memberi kesan sekiranya korang berhajat untuk turunkan berat badan.

So harapan aku agar artikel ini memberi manfaat dan panduan kepada semua. Bukan kurus yang kita kejarkan sebenarnya tetapi tubuh badan yang sihat tanpa penyakit.

Mohon share artikel ini kepada kawan-kawan yang lain ye.

3 Comments