Reko Optic : Kedai Cermin Mata Murah Di Kajang

10:56 PM


Bismillah,

So hari ni aku nak pasal kedai cermin mata yang aku pergi sebelum ni. Nama kedai ni ialah Reko Optic. Lokasinya di Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, Kajang. Sebelum ni aku dah share pasal Reko Optic ni di wall facebook aku tapi kebanyakannya akan PM aku balik sebab dorang salah masuk kedai. Yup kat situ ada 2 buah kedai cermin mata yang saling bersebelahan. Aku tak tau satu kedai tu nama apa, tapi kedai yang aku pergi tu nama Reko Optic 



Asalnya aku datang nak tengok-tengok je ngan mak abah aku. Check power mata dia berapa. Last-last terbeli plak haha. Mau tak nya harga yang ditawarkan di Reko Optic tu jauh lebih murah daripada kedai cermin mata yang pernah aku pergi sebelum ni. Nak kata kualiti rendah tak plak. Spec mata yang dorang pamerkan pun up to date semuanya. Lagi-lagi kebanyakannya ikut trend Korea. Memang cantik la.


Masa aku pergi tu dorang tengah buat promosi. Buat bingkai spec dan lens sekali harga RM69. Bukan setakat tu je, kalau on that time korang buat another spec, spec kedua korang tu akan dapat potongan sebanyak 50%. Let see kalau 1st spec korang harga RM69, then 2nd spec korang pun harga RM69 (RM34.50 after 50% diskaun) so korang boleh dapat 2 spec dengan harga hanya RM103.50!! Haha murah kan?


Jangan kata korang, aku sendiri pun terkejut haha. Ye lah mana nak dapat kualitu spec pada harga semurah ni. Aku pun ralit dok tengok banyak sangat design spec mata kat Reko Optic ni. Rambang mata sekejap haha. At last dengan abah aku, mak aku, wife aku dan dengan aku-aku sekali pakat buat. So total 4 spec yang aku buat malam tu berharga RM207 sahaja!!


Tapi harga-harga spec tu bergantung pada lens korang gak. Tak lebih daripada 500. Kalau lebih daripada tu ada sikit additional charge sebab kanta jadi semakin tebal kan. Ni aku singgah tadi tengok dorang dah letak design-design baru lagi. Adoyai apsal cantik sangat. Aku ni pantang tengok spec mata cantik-cantik ni, cepat sangat cair haha.


Lagi satu aku suka berurusan kat Reko Optic ni sebab owner dia sangat friendly. Bayangkan aku baru park kereta depan kedai dia, dia dari dalam kedai dah melambai-lambai haha. Kalau korang nak cuci lens, betulkan skru spec, any adjustment pada spec memang dorang takkan kenakan additional charge. Entahlah aku selesa berurusan kat kedai ni. Sangat recommended!




So kalau korang nak buat spec dengan harga murah dan mampu milik tapi up to date, boleh la singgah dan tengok di Reko Optic ni ye. Aku jamin korang pun puas hati nanti. Korang boleh rujuk maklumat di bawah untuk sebarang info atau pertanyaan ye. Jangan silap kedai tau. Nama kedai ni Reko Optic. Kang tak memasal korang masuk kedai lain plak haha.


Reko Optic
10-G, Jalan Reko Sentral 6
Taman Reko Sentral
43000, Kajang
Selangor


Contact No. 
03-87406446

You Might Also Like

3 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terbaik kedai ni mcm pnh nmpk dekat reko btul ke?

    Lihat movie free disni
    http://www.moviebobynha.site

    ReplyDelete
  3. Murahnya, suami pun memang duk menengok Ray Ban ni

    ReplyDelete