Bestnya Dermapen Facial Treatment Di Dr Medispa And Wellness, Kajang

12:17 PM


Bismillah,

So hari ni aku nak sharing satu treatment yang aku buat di Dr Medispa and Wellness, Jalan Reko Kajang. Sebenarnya sebelum ni pun aku dan my wife pun pernah buat Hydrademabrasion facial treatment kat Dr Medispa and Wellness tapi kali ni aku buat treatment lain plak. Kalau korang mengikuti perkembangan Kim K, mesti korang tau treatment apa yang aku buat ni. Yeah, aku buat Dermapen facial treatment. 




------------------------------------------------

Apa Itu Dermapen? 

Dermapen merupakan satu alat yang dipanggil Electric Microneedling Device yang mana alat ini dilengkapi dengan microneedle yang mampu naik dan turun dengan cepat. Bilangan microneedle yang digunakan pula bergantung pada keadaan kulit muka pesakit, ada yang 12.. ada 24 dan juga 36.


Apa Pula Maksud Dermapen Facial Treatment? 

Dermapen facial treatment adalah rawatan untuk menggantikan sel kulit muka yang rosak. Microneedle akan menekan ke atas permukaan kulit muka sehingga ke bawah lapisan epidermis berulang-ulang kali bagi mengaktifkan kolagen asli yang ada di bawah episermis kulit. Kolagen asli inilah yang akan membantu membaik pulih struktur kulit muka yang rosak.


Siapa Yang Patut Buat Rawatan Dermapen? 

Ok untuk Dermapen facial treatment ni sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah parut jerawat dan jerawat. Muka berkawah dan berlubang-lubang macam muka aku haha.


Kena Buat Berapa Kali Rawatan Dermapen Ni? 

Untuk menampakkan keberkesanan, bagi muka yang berparut jerawat yang agak dalam aku syorkan dalam 3 ke 4 kali rawatan. Setiap bulan 1 kali. Maknanya dalam 4 bulan korang dah boleh lihat lihat perubahan struktur kulit muka korang. Kulit muka korang akan jadi lebih licin dan menegang.


Sakit Tak Rawatan Dermapen Facial Treatment? 

Pada aku tak sakit, cuma rasa sedikit pedih je. Tapi pedih tu pun tak lama. Lepas abis rawatan tu korang dah tak rasa sebab korang akan rasa kulit muka korang jadi tegang. Kesannya korang boleh nampak lepas buat treatment.


Mahal Tak Dermapen Facial Treatment Ni?

Nak cantik kena la berkorban sikit kan lagi-lagi kalau muka dah tahap berkawah tu. Nak hadap orang pun rasa kurang yakin kan? Harga biasa RM280 tapi sepanjang bulan Disember 2017 ni, Dr Medispa and Wellness telah bagi potongan harga sebanyak 50% untuk SETIAP TREATMENT YANG ADA DI SINI. Jadi kalau harga asal RM280, korang hanya perlu bayar RM140 je la.


------------------------------------------------


Masa yang diperlukan untuk buat Dermapen Facial Treatment ni pun dianggarkan dalam masa sejam termasuklah facial sebelum korang mulakan sesi dermapen tu. Best tau, korang patut cuba sebab lepas buat Dermapen Facial Treatment tu korang akan rasa kulit muka korang menegang. Nak senyum pun payah. Boleh nampak la pengurangan pada permukaan pipi aku yang berkawah sebelum ni. Nampak lebih hensem hahaha.


Dalam tempoh 3 hingga 7 hari selepas rawatan Dermapen Facial Treatment, kulit muka korang akan mengelupas tapi jangan risau ianya tak sakit dan tak lama. Itu menunjukkan yang sel-sel kulit muka lama telah diganti dengan sel-sel yang baru. Bagusnya Dermapen Facial Treatment ni, ia mengaktifkan kolagen kulit muka sendiri untuk membaiki struktur kulit muka. Bukan kolagen luar yang kita amalkan melalui pemakanan dan tak tahu keberkesanannya.


Jadi aku nak bagitau sekali lagi, Dr Medispa and Wellness tengah buat promosi akhir tahun sekarang ni di mana setiap korang layak mendapat potongan harga sebanyak 50% untuk setiap rawatan yang ada ditawarkan di sini. Haa yang penting kena cepat sebab slot selalunya penuh lebih-lebih lagi pada hujung minggu.


Kalau korang nak tau lebih lanjut berkaitan Dr Medispa and Wellness, berkenaan rawatan, produk-produk yang digunakan atau sebarang pertanyaan berkaitan masalah kesihatan bolehlah rujuk maklumat yang tertera di bawah. Jika malu, korang boleh direct message melalui Whatsapp /  Facebook Messenger / Instagram.

Dr Medispa & Wellness
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor



You Might Also Like

0 comments