Cara Permohonan Passport Antarabangsa Malaysia


Bismillah,

Baru-baru ni aku ke pejabat imigresen untuk buat permohonan passport. Nak buat macamana atas urusan kerja. Kali ni aku terpaksa ke tanah seberang, Singapura. Ada kawan kata apply je border pass sebab urusan kerja aku pun tak lama. Tapi aku rasa baik aku mohon passport terus sebab ada banyak kelebihan. Mana la tau lain kali aku terpaksa keluar negara lagi, passport pun dah ada tersedia.


Di sekitar Kuala Lumpur ni, korang boleh mohon passport antarabangsa di setiap cawangan imigresen yang ada. Antara cawangan-cawangan Jabatan Imigresen yang ada di sekitar Kuala Lumpur adalah :

Pejabat Imigresen Jalan Duta
Kompleks Kementerian Dalam Negeri
03-62057400

Pejabat Imigresen Sri Hartamas
69, Jalan Sri Hartamas 1
03-62012423

Pejabat Imigresen Wangsa Maju
Aras 1, Wisma Rampai, Jln 34/26
03-41423449

Pejabat Imigresen Kuala Lumpur
46, Jalan Munshi Abdullah

Pejabat Imigresen UTC Pudu Sentral
Pudu Sentral, Tingkat 2
03-20262082

Pejabat Imigresen UTC Sentul
29, Jalan 3/48A
012-3542781

Macam minggu lepas hari Khamis aku ke kompleks Kementerian Dalam Negeri, tapi sistem plak down. So aku ke pejabat imigresen UTC Sentul. Orang memang ramai la tapi nak tak nak kena buat juga kan?


Dokumen Apa Yang Perlu Di Bawa? 
Tak perlu bawa banyak dokumen, hanya bawa Kad Pengenalan dan salinan kad pengenalan. Kalau tak sempat buat salinan, di pejabat imigresen ada disediakan tempat untuk fotostat.

Apa Perlu Anda Lakukan Untuk Memohon Passport Antarabangsa Malaysia? 

  1. Pergi ke kaunter untuk mengambil nombor giliran. 
  2. Ambil bacaan tinggi di ruangan yang disediakan. 
  3. Tunggu sehingga nombor giliran dipanggil. 
  4. Seeloknya pakaian haruslah kemas, sopan, berwarna gelap dan tidak menampakkan bahu. Sekiranya tiada, korang akan dipinjamkan blazer oleh pegawai yang bertugas. 
  5. Pastikan cap jari korang boleh dibaca dan tidak rosak sewaktu pegawai bertugas menyemak butiran peribadi korang melalui cip pada Kad Pengenalan. Sekiranya cap jari korang bermasalah, segera berhubung dengan Jabatan Pendaftaran Negara. 
  6. Tunggu sehingga nombor giliran korang dipanggil buat kali ke 2 bagi tujuan pembayaran. 
  7. Sekali lagi tunggu nombor giliran korang dipanggil buat kali ke 3 untuk mengambil passport yang telah siap. Passport korang akan siap dalam tempoh 1 jam selepas pembayaran dibuat. 
  8. Sekiranya passport tidak diambil dalam tempoh 90 hari, passport korang akan dilupuskan.
  9. Masa yang diambil untuk keseluruhan urusan proses ini adalah selama 2 ke 3 jam bergantung kepada berapa ramai pelanggan (masa yang aku ambil untuk buat passport)
  10. Pastikan nama korang tidak disenaraihitamkan kerana tak bayar PTPTN ye? Jika berlaku demikian, korang kena pergi ke cawangan PTPTN terdekat terlebih dahulu la ye. 
Amacam mudah kan? Takde la susah mana. Lagipun Jabatan Imigresen Malaysia dah mengumumkan kadar bayaran untuk membuat atau memperbaharui passport Antarabangsa Malaysia adalah RM200 bagi tempoh 5 tahun untuk warganegara Malaysia berbanding kadar lama iaitu RM300 bagi tempoh 2 tahun. 

Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, jemaah haji dan warga emas pula kadar bayaran yang dikenakan adalah RM100 berbanding kadar lama iaitu RM150. Manakala bagi Orang Kelainan Upaya pula tidak dikenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan tersebut. 

Alhamdulillah walaupun sedikit tetapi subsidi daripada pihak kerajaan seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia. Kalau kita sorang mungkin tak terasa, tetapi bagi mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar pengurangan sebanyak RM100 seorang cukup memberi kesan dan penjimatan. 

Seperti baru-baru ni statement Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah diputar belitkan oleh beberapa buah media tertentu yang mengatakan kerajaan tidak lagi mampu mengawal harga barang dan perkhidmatan di Malaysia. Sebenarnya media hanya memprovokasikan isu. Kenapa bangkitkan isu harga barang naik sahaja tetapi tidak sentuh pun pasal pengurangan harga barangan lain dan subsidi yang di berikan kerajaan seperti bayaran membuat passport ini. 

Kadang-kadang pihak peniaga sendiri menyorokkan keperluan asas sehingga harga terus meningkat secara mendadak. Rakyat tak nampak yang ni, tapi kesalahan terus dituding kepada kerajaan. Datuk Seri Hamzah turut bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan masalah seperti ini dapat diatasi lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

Apa yang aku nampak sekarang dalam masa ekonomi yang tak stabil skarang ni, ada barang yang naik harga dan ada juga yang turun dan mendapat subsidi. Apa yang penting kita sebagai rakyat Malaysia kena tahu berjimat, lebih bijak memilih dan tidak membeli melebihi keperluan. Tepuk dada tanya selera. 



2 Comments

  1. Kalau bawa kad pengenalan saja boleh tak

    ReplyDelete
  2. Klau stay luar dri kwsn kita stay tpi buat dekat lain boleh ke???

    ReplyDelete