Kemeriahan Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU) 2017


Bismillah,

Semalam aku berkesempatan mengunjungi dataran Putrajaya bagi menyaksikan Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU). Festival ini berlangsung dari 28 hingga 31 Disember 2017, bertempat di Presint 3, Dataran Putrajaya dari pukul 7.30 malam sehingga 12.30 tengah malam. Masuk adalah PERCUMA


Tapi aku sangat sarankan agar korang datang lebih awal untuk mengelakkan masalah kesesakan trafik dan ruangan parkir kenderaan. Tapi jangan risau kerana pasukan RELA ada untuk mengawal kesesakan lalu lintas. Lagipun aku pasti ruangan parkir cukup untuk semua pengunjung yang hadir. Semalam aku tiba di persiaran dataran Putrajaya dalam pukul 8.10 malam, kenderaan mula berpusu-pusu tetapi masih bergerak dan terkawal. Jadi penting untuk korang datang lebih awal. Lagi awal lagi bagus. Andaikata korang datang seawal petang, boleh solat Maghrib dulu di Masjid Besi dan Masjid Putrajaya.


Kemudian penting untuk aku ingatkan agar korang menjaga anak-anak kerana sepanjang Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU) berlangsung, lampu jalan di dataran tersebut akan dipadamkan dan kawasan tersebut akan bergelap. Jadi pastikan anak-anak korang dikawal selia agar tidak tersesat dalam kebanjiran pengunjung yang hadir.


Antara aktiviti yang ada disediakan di sepanjang Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU) itu adalah seperti Grand Projecting Mapping di mana persembahan lampu di pancarkan pada bangunan Istana Kehakiman Putrajaya, The Kindle Garden, The Levitating Street, The Lightning Effect, The Mystical Maze, The Vibrant Street, Creativity 3R, The Digital Fireworks dan banyak lagi. Selain itu ada juga persembahan kereta berhias dan juga beca berhias yang didatangkan dari Melaka. Malah persembahan wayang kulit juga ada ditampilkan kepada para pengunjung festival Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU). Bagi mengalas perut, korang juga boleh menikmati hidangan dan makanan daripada pelbagai jenis Food Truck yang ada berkampung di sana.


Perbadanan Putrajaya mengilhamkan penganjuran festival pencahayaan Festival Light And Motion Putrajaya atau dikenali sebagai LAMPU, merupakan usaha dalam memperkenalkan kewujudan inisiatif Pelan Induk Pencahayaan Putrajaya (Putrajaya Masterplan) yang merupakan formula terpenting bagi perlaksanaan sistem pencahayaan berteknologi tinggi, sistematik pada fasad-fasad bangunan, jambatan-jambatan, papan papan, jalan raya dan lanskap taman.


Putrajaya yang merupakan satu-satunya bandar di Malaysia di kalangan 76 bandar di dunia yang yang menjadi ahli Lighting Urban Community International (LUCI), sebuah badan persatuan antarabangsa yang menyokong inisiatif, evolusi idealistik dan transformasi industri pencahayaan di bandar-bandar seluruh seluruh dunia.

Tahun 2017 merupakan tahun ke-5 penganjuran Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU) pastinya akan melarikan sesuatu kebiasaan dengan pengisian lebih menarik, unik, terkini, interaktif dan sesuai untuk semua golongan usia.


Aku sarankan agar korang datang memeriahkan lagi Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU) ini bersama keluarga dan rakan-rakan kerana ia salah satu acara yang dijalankan pada setiap tahun dan ini kali ke-5 penganjurannya di Putrajaya. Lagi satu ianya juga PERCUMA. Jadi peluang seperti ini boleh lah kita manfaatkan bersama keluarga memandangkan tak lama lagi pun cuti sekolah bakal berakhir.


Venue

Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya 


Time

7.30 pm To 12.30 am 

Fee

Free Of Charge 

Organizer

Perbadanan Putrajaya 

Contact

+603-8887 7165 / 7517 


1 Comments

  1. cantiknya..nampak meriah betul dengan lampu2 tu. tak pernah hadir event2 mcm ni, selalu nampak dalam gamabr je

    ReplyDelete