Panduan Memohon Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF)


Bismillah,

Dalam ekonomi yang tak menentu ni macam-macam yang kita fikirkan untuk jana pendapatan kan? Kadang-kadang seorang individu terpaksa berkerja lebih daripada 12 jam sehari dan membuat lebih daripada 2 ke 3 kerja untuk menampung kos kehidupan sehari-hari. Jadi zaman sekarang ni tidak lagi relevan jika dikatakan seseorang mampu bergantung pada satu kerja sahaja.


Apa Pilihan Yang Kita Ada?
Sekarang ni ada banyak kerja sampingan yang mampu menjana pendapatan tambahan. Kadang-kadang pun kita tak perlukan produk sendiri, hanya perlu promot di sosial media sahaja sebagai medium pengiklanan. Kalau kita tak cukup menarik, tapi punya kemahiran dalam pemanduan boleh je kita jana pendapatan sampingan melalui Uber atau Grab.  Apa-apa sahaja yang korang lakukan pun hari ni, kalau unik dan betul caranya pasti akan berhasil.

Selain daripada itu, korang boleh cuba perniagaan francais. Kenapa francais? Sebab kita boleh mohon bantuan kewangan melalui Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) kerana masalah kita untuk buat sesuatu mesti kena ada modal permulaan kan?

Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF)
Bagi membantu bakal-bakal usahawan tempatan dalam menceburi bidang perniagaan francais dan menjana pendapatan sampingan, Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) yang menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.

Skim ini menyediakan pembiayaan perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang perniagaan francais secara mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko.

OBJEKTIF
Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan maksimum  sehingga RM50,000.

Syarat-syarat pemberian Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) :



KRITERIA KELAYAKAN SKIM PEMBIAYAAN KECIL FRANCAIS 

















CARA MEMOHON
Muat turun borang permohonan DI SINI dan hantar permohonan
korang di alamat di bawah : 

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) 
Menara PNS, Menara 7, 
Avenue 7 Bangsar South City 
No.8 Jalan Kerinchi 
59200 Kuala Lumpur 

(Per: En. Zafrul Azman Azraai) 
Tel : 03-2082 7788

**********

Alhamdulillah walaupun sedikit tetapi subsidi daripada pihak kerajaan seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia. Kalau kita sorang mungkin tak terasa, tetapi bagi mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar pengurangan sebanyak RM100 seorang cukup memberi kesan dan penjimatan. 

Seperti baru-baru ni statement Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah diputar belitkan oleh beberapa buah media tertentu yang mengatakan kerajaan tidak lagi mampu mengawal harga barang dan perkhidmatan di Malaysia. Sebenarnya media hanya memprovokasikan isu. Kenapa bangkitkan isu harga barang naik sahaja tetapi tidak sentuh pun pasal pengurangan harga barangan lain dan subsidi yang di berikan kerajaan seperti bayaran membuat passport ini. 

Kadang-kadang pihak peniaga sendiri menyorokkan keperluan asas sehingga harga terus meningkat secara mendadak. Rakyat tak nampak yang ni, tapi kesalahan terus dituding kepada kerajaan. Datuk Seri Hamzah turut bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan masalah seperti ini dapat diatasi lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

Apa yang aku nampak sekarang dalam masa ekonomi yang tak stabil skarang ni, ada barang yang naik harga dan ada juga yang turun dan mendapat subsidi. Apa yang penting kita sebagai rakyat Malaysia kena tahu berjimat, lebih bijak memilih dan tidak membeli melebihi keperluan. Tepuk dada tanya selera. 

1 Comments