Promosi Buffet Krismas Di Dorsett Grand Subang Hotel


Bismillah,

Memandangkan perayaan Hari Natal bakal tiba tak lama lagi, so hari ni sekali lagi aku nak berkongsi lokasi hotel yang ada mengadakan promosi buffet di sekitar Kuala Lumpur. Kali ini aku nak ajak korang ke Dorsett Grand Subang Hotel, yang terletak di Subang Jaya. Lokasi Dorsett Grand Subang Hotel tak jauh daripada Sunway Pyramid, berhampiran juga dengan Dorsett Grand Subang Hotel.


Kali ini Dorsett Grand Subang Hotel mengetengahkan beberapa jenis promosi buffet antaranya Christmas Day Buffet Brunch, Christmas Day Buffet Dinner, New Year's Eve, New Year's Brunch, New  Year's Dinner dan Christmas Eve Dinner (24 Dec 2017). Buffet ini akan disajikan di Terazza Brasserie, Dorsett Grand Subang Hotel 


Ada lebih 200 jenis menu yang akan dihidangkan sepanjang promosi ini berlangsung. Selain menu masakan barat  dan Asia menu tempatan seperti masakan Melayu juga turut disediakan bagi menarik minat para pelancong asing yang turut sama meraikan perayaan Hari Natal di sini.


Antara menu-menu yang ada disajikan sepanjang promosi ini berlangsung adalah seperti Smoked Turkey Dice Infused Couscous Salad, Classic Chicken Liver Plate, Smoked Norwegian Salmon with Classic Condiment, Chicken Terrine, Baked Shepherd's Pie, Baked New Zealand Mussels with Sun Dried Tomato Aioli on Crispy Wanton Noodle, Tortellini, Spaghetti, Marinara, Carbonara, Home Baked Pizza, Roasted Whole Turkey with Giblet Gravy dan macam-macam lagi. 


Selain daripada itu, hidangan-hidangan seperti Apple Cinnamon Truffle, Gingerbread Crusted Cheese Cake, Yule Log Cake, Fruits Jelly Stick, Tiramisu In Cup, Dark & White Chocolate Mousse, Festive Pudding With Vanilla Sauce, Mini Minched Pie, Panna Cotta In Shooter, Ginger Cream Brulee, Pumpkin Tart turut menjadi menu pencuci mulut atau desserts di Dorsett Grand Subang Hotel. 


Untuk makluman, tak semua menu aku listkan di sini ye sebab terlalu banyak. Lagi pun menu-menu yang ditampilkan kali ini lebih menarik dan mewah sesuai untuk seisi keluarga. Restoran Terazza Brasserie Dorsett Grand Subang Hotel mampu menempatkan sehingga 250 orang dalam satu-satu masa.


Harga yang ditawarkan juga berbaloi dengan menu yang disajikan. Di bawah merupakan harga promosi buffet Krismas yang diperkenalkan oleh pihak pengurusan Dorsett Grand Subang Hotel.

Christmas Day Buffet Brunch
25 Dec 2017 | 12noon -4pm |RM98 nett

Christmas Day Buffet Dinner
25 Dec 2017 | 6.30pm -10.30pm |RM128 nett

New Year's Eve
31 Dec 2017 | 6.30pm -10.30pm |RM148 nett

New Year's Brunch
1 Jan  2018 | 12noon -4pm |RM98 nett

New Year's Dinner
1 Jan 2018 | 6.30pm -10.30pm |RM128 nett


Jika korang teringin nak merasa juadah perayaan Hari Krismas yang halal, boleh lah bawa seisi keluarga cuba rasa kelainannya di sini. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan boleh lah hubungi maklumat yang tertera di bawah.

DORSETT GRAND SUBANG 
Jalan SS12/1,
Subang Jaya 47500, Malaysia 

Email:
info.subang@dorsetthotels.com 

Telephone:
+603 5031 6060 

Fax:
+603 5031 8686

0 Comments