Review Filem Jumanji : Welcome To The Jungle (2017)


Bismillah,

So hari ni aku nak review filem yang baru masuk di pawagam seluruh negara iaitu Jumanji : Welcome To The Jungle (2017). Aku baru tengok filem ni semalam di NU Sentral walaupun ia dijadualkan ditayang di pawagam di seluruh negara pada 22 Disember 2017. Filem arahan Jake Casdan dan diterbitkan oleh Columbia Pictures ni ternyata menarik ramai penonton untuk mengikuti sekuel pengembaraan tahun ini.


Pada sekuel kedua Jumanji : Welcome To The Jungle (2017) kali ini mengetengahkan pelakon-pelakon hebat antaranya Dwayne Johnson (The Rock), Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas dan Bobby Cannavale. Serius plot kali ini dipenuhi adengan yang lebih lawak dan lucu. Jack Black pun dah buat aku ketawa berdekah-dekah inikan pulak ditambah dengan Kevin Hart. Sampai cramp la perut aku gelak haha.


Sekuel Jumanji : Welcome To The Jungle (2017) kali ini mengisahkan 4 orang remaja yang dikenakan kelas tahanan, diminta oleh guru besar mereka untuk membersihkan perpustakaan lama. Mereka terjumpa permainan video game Nintendo dengan kaset permainan Jumanji. Spencer (Alex Wolff) cuba bermain dan diikuti oleh 3 rakannya yang lain iaitu Martha (Morgan Turner), Bethany (Madison Iseman) dan Fridge (Ser'Darius Blaine). Akhirnya mereka disedut masuk ke dalam permainan tersebut mengikut avatar yang dipilih.


Matlamat mereka perlu mengembalikan permata kristal ke bukit Harimau Bintang yang di curi oleh Van Pelt (Bobby Cannavale) dalam permainan tersebut. Sejak Van Pelt mencuri batu tersebut, Jumanji berada dalam keadaan tak terkawal dan dipenuhi kejahatan. Misi mereka akhirnya dapat disempurnakan setelah bertemu 'missing piece' Alex (Nick Jonas). Mereka perlu menyempurnakan misi dengan jumlah nyawa yang ada.


Walaupun filem sekuel Jumanji : Welcome To The Jungle (2017) kali ini boleh dibaca jalan ceritanya, tetapi unsur-unsur dan plot lucu daripada lakonan Jack Black dan Kevin Hart benar-benar menyokong dan menguatkan lagi jalan cerita. Filem ini penuh dengan aksi jenaka, nilai persahabatan dan kekeluargaan so memang sangat sesuai ditonton bersama keluarga.


Untuk itu aku cadangkan korang untuk ke pawagam berhampiran sekarang bagi menyaksikan sekuel Jumanji : Welcome To The Jungle (2017). Aku gerenti korang pasti puas hati.

Rating : 4/5

3 Comments