'> January 2017 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, January 30, 2017

Penawar Resdung Paling Mujarab


Bismillah,

Aku ada masalah resdung since daripada sekolah rendah lagi. Aku perasan yang aku mengidap resdung ni masa aku mula-mula makan ketam. Masa tu umur aku 12 tahun. Tiba-tiba bibir aku membengkak. Tak buat apa-apa dah tunggu bengkak surut je la.


Bila masuk sekolah menengah, resdung aku semakin serius. Pipi aku mula tumbuh jerawat sehingga meninggalkan kesan parut jerawat. Kulit aku berminyak dan aku akan mula menunjukkan alahan bila memegang udang segar. Tangan-tangan aku jadi gatal, mata gatal dan kemerahan dan selsema berlarutan.

Aku dah cuba pelbagai jenis produk tapi tak meninggalkan kesan dalam jangkamasa yang lama. Paling kuat pun seminggu dua. Bila aku henti makan ubat, alahan tersebut berulang kembali.

Baru-baru ni ada kawan aku perkenalkan satu produk yang dikatakan mampu merawat penyakit resdung. Apa yang buatkan aku ingin cuba produk ini adalah kerana pengguna produk ini meninggalkan banyak testimoni yang bagus dan menunjukkan keberkesanannya. Lagipun ianya merupakan produk bumiputera dan pengusaha tempatan. Ramuannya juga daripada sumber-sumber asli dan tidak mengandungi bahan kimia.


Cara penggunaannya pula adalah 1 kapsul pagi dan 1 kapsul sebelum tidur. Untuk kesan yang lebih baik, korang buka kapsul dan serbuk tersebut di bancuh dengan air suam. InsyaAllah kesannya dapat dilihat seawal 3 hari. Di bawah adalah antara testimoni-testimoni pengguna ubat resdung paling mujarab ini.




Aku dah makan ubat resdung ini dan aku dapat rasakan yang kulit muka, tangan aku tak lagi rasa gatal-gatal bila makan makanan laut seperti udang, ketam dan kupang. Aku nak cuba lagi dalam seminggu dua dan lihat kesannya. Satu botol mengandungi 35 biji kapsul dan boleh tahan selama 2 minggu.


Aku harap sangat dengan izin Nya, ubat ini berjaya untuk menyembuhkan penyakit resdung yang aku alamai sejak bertahun lamanya. Kalau korang berminat untuk cuba ubat resdung paling mujarab ini, korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah :


No. Telefon : Puan Aisyah (013-987 1616)


Wednesday, January 25, 2017

Yee Sang Tarikan Terbaru Sempena CNY di Sushi King


Bismillah,

Bertemakan "Doubly Fresh, Doubly Joyous", kini restoran makanan Jepun yang terkemuka Sushi King memperkenalkan menu Yee Sang sebagai tarikan terbaru mereka sempena Tahun Baru Cina ini.


Restoran yang telah diiktiraf dan memperolehi sijil halal daripada JAKIM ini meraikan pengunjungnya dengan menu Yee Sang simbolik kepada kejayaan, kekayaan dan keharmonian bersempena ketibaan tahun Ayam Jantan masyarakat Cina.

Selain daripada Yee Sang, ada pelbagai lagi menu terbaru lain yang boleh kita rasai di sana. Semua menu terbaru itu memperkenalkan filet ikan salmon yang diimpot segar terus daripada Norway.


Aku sempat mencuba beberapa menu terbaru mereka sempena Tahun Baru Cina ini antaranya CNY Bento, Mix Seafood Bento, Spicy Salmon Teriyaki, Sushi Fried Salmon, Aburi Style Sushi, Cheese Cake dan macam-macam lagi.

Aku tertarik dengan hidangan Mix Seafood Bento yang dipenuhi dengan menu campuran berasaskan makanan laut seperti ketam, filet ikan salmon, udang tempura, sishamo, crabstick dan fish cake. Semuanya digoreng dan dimakan bersama nasi Japonica yang lembut. Manakala bento yang terdapat pada CNY Bento dihidangkan bersama mini Yee Sang dan ikan salmon yang pasti membangkitkan selera peminat menu dari Jepun ini.


Promosi menu bersempena Tahun Baru Cina ini berlangsung daripada1 Januari sehingga 28 Februari 2017 di semua rangkaian restoran Sushi King yang mengambil bahagian. Bagi pembelian yang melebihi RM68, korang layak mendapatkan set eksklusif Angpau Daruma dan berpeluang untuk memenangi percutian ke Tokyo yang ditanggung semuanya.


Untuk maklumat lanjut korang boleh terus layari :





Monday, January 23, 2017

Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia


Bismillah,

Bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin.


Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan dan lebih daripada 3,000 orang pemimpin industri IT dan e-Dagang yang menyokong pembangunan ekosistem FinTech.


Kerjasama di antara Malaysia dan GT Group telah memberikan satu kemudahan dan gaya hidup baru kepada pengguna yang rata-ratanya mempunyai kekangan masa untuk keluar berbelanja apatahlagi dalam menguruskan bajet di kala kos sara hidup yang tidak menentu.

Apa Itu GT Dollar? 
GT Dollar merupakan salah satu platform e-Dagang terbesar yang telah meluaskan pasarannya di lima buah negara antaranya Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei.


Ia menawarkan penyelesaian sehenti untuk mereka yang sibuk dengan kerja seharian dan membantu dalam mengurangkan kos sara hidup yang tinggi dengan sistem bersepadu e-Commerce, Virtual Wallet dan memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk berbelanja secara atas dan talian dengan potongan hebat.

Dengan platfom yang diperkenalkan oleh GT Dollar, pengguna boleh menggunakan virtual credit dan bukannya wang sebenar untuk sebarang transaksi pembelian mereka, mendapatkan akses kepada produk dan perkhidmatan dan mendapat manfaat daripada diskaun dan tawaran hebat pada bila-bila masa sahaja.

Yang bagusnya aplikasi ini sangat menjimatkan masa dan wang, TIADA yuran pendaftaran, TIADA yuran keahlian dan TIADA gangguan iklan.

Produk Lain Yang Diperkenalkan oleh GT Group? 

Antara produk-produk lain yang turut dikembangkan dan diperkenalkan oleh GT Group ini adalah :


GT Mobile 
  • Telah menghasilkan beberapa siri telefon pintar antaranya GT 888, GT 886 dan GT 883. Untuk mengetahui maklumat lanjut boleh KLIK SINI. 



GT Smartwatch
  • GT Smartwatch dilengkapi dengan beberapa teknologi iaitu Google/Apple Maps, perbualan dua hala, penguat suara, kalis air, membantu mengesan lokasi si pemakai, memberi amaran sekiranya anak-anak memasuki kawasan atau zon bahaya, terdapat butang bantuan kecemasan, boleh menyimpan nombor telefon sehingga 5 nombor, boleh merakam dan mendengar perbualan sehingga 2 nombor teleon dan dilengkapi bateri yang boleh dicas. Untuk mengetahui maklumat lanjut boleh KLIK SINI. 



GT Wonder Boy
  • Robot yang dibangunkan seperti manusia yang mempunyai kecerdasan, emosi dan kebijaksanaan. Robot ini mampu menjadi pembantu peribadi, boleh berbual, jadi jurukamera, tenaga pengajar, boleh menyanyi dan menari, boleh menjadi pelayan pelanggan dan boleh bercakap dalam perbagai bahasa. Untuk maklumat lanjut boleh KLIK SINI


Banyak pendekatan terkini yang diperkenalkan oleh GT Group dan boleh dimanfaatkan sebaiknya oleh pengguna melalui rangkaian produk-pruduknya yang berinovasi. 

Apa yang pengguna perlu lakukan hanyalah muat turun aplikasi GT Dollar di Google Play Store dan IOS dan secara automatik pengguna akan mendapat kredit GT Dollar sebanyak RM300 secara PERCUMA. Melalui aplikasi GT Dollar pengguna boleh mendapatkan pengurangan harga dan diskaun bagi pembelian produk dan servis melalui atas talian. 

Sunday, January 22, 2017

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL31)


Bismillah,

Bertempat di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 31 pada Ahad, 22 Januari 2017. Anugerah berprestij tersebut yang bersiaran secara langsung di TV3 dan Hot.FM itu menampilkan 12 artis yang berentap bagi menjuarai anugerah tersebut.


Antara 12 artis yang bertanding pada malam itu ialah Terakhir nyanyian Sufian Suhaimi, Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah), Sudah Ku Tahu (Projector Band), Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah), Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) dan Ku Rela Dibenci (Aiman Tino).



Tidak ketinggalan berentap pada pentas AJL 31 ialah lagu Di Amaran Mama (Hazama), Obses (Akim & The Majistret), Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael), Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).



Gandingan Awal Ashaari, Fizi Hot.FM, Farah Fauzana dan Sarimah Ibrahim itu telah berjaya menghidupkan lagi suasana anugerah yang berlangsung pada malam itu. Malah Liza Abdullah yang membawa watak Mak Leha turut menjadi cameo dalam anugerah tersebut. Ternyata persembahan-persembahan yang dipertandingkan pada malam itu benar-benar menggamatkan suasana.


Antara juri-juri profesional yang dipilih untuk mengadili AJL31 pada malam itu terdiri daripada Datuk Ramli MS selaku ketua juri, AG Coco, Habsah Hassan, Yasin Sulaiman, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Johan Nawawi dan Azlan Typewriter. 

Di bawah ini adalah keputusan akhir Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL31) setelah hasil daripada pemerhatian juri profesional. 

Juara AJL31
Dayang Nurfaizah
'Lelaki Teragung'
Wang Tunai RM50,000 beserta trofi

Naib Juara 
Misha Omar & Hafiz Suip
'Terima Aku Seadanya'
Wang Tunai RM35,000 beserta trofi

Tempat Ketiga
Projektor Band
'Sudah Ku Tahu'
Wang Tunai RM20,000 beserta trofi

Vokal Terbaik
Dayang Nurfaizah
'Lelaki Teragung'
Wang Tunai RM12,000 beserta trofi

Persembahan Terbaik
Khalifah
'Hang Pi Mana'
Wang Tunai RM12,000 beserta trofi

Apa-apapun tahniah kepada mereka yang menang. Kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk membawa pulang sebarang anugerah, tersenarai dan beraksi di pentas akhir AJL31 adalah sesuatu yang tak mungkin dapat dicapai oleh sembarangan artis. 

Tahniah dan semoga dapat kembali ke Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) pula pada tahun hadapan. 

Friday, January 20, 2017

Resepi Mudah Dan Sedap Macaroni & Cheese


Bismillah,

Dah plan hujung minggu ni nak masakkan apa untuk keluarga? Kalau masih samar-samar apa kata aku nak kongsikan resepi mudah dan sedap cara membuat Macaroni & Cheese atau singkatannya Mac & Cheese.


Kalau diberikan pilihan antara spaghetti Carbonara dan Mac & Cheese, aku lebih prefer Mac & Cheese sebab ia lebih pekat dan creamy lagi-lagi bila ditambah dengan keju. Perghhh meleleh ayaq liur bak hang.

BAHAN BAHANNYA

  1. Macaroni 1 paket (any kind of macaroni)
  2. Sos Prego 1 tin (Keju & herbs)
  3. Susu segar 1 kotak kecil
  4. Bawang putih 2-3 ulas (potong dadu)
  5. Bawang besar 1 biji (potong dadu)
  6. Buttercup 2 sudu besar
  7. Sosej 2 biji
  8. Cendawan butang 7-10 biji
  9. Dada ayam dipotong dadu (1-2 ketul)
  10. Lada hitam 1 sudu besar (ikut suka)
  11. Garam secukup rasa
  12. Keju cheesedale
  13. Daun oregano (tak letak pun takpe)
  14. Air kosong 1 cawan

CARA PENYEDIAAN
  • Rebus 1/2 paket macaroni terlebih dahulu. Tunggu macaroni cukup lembut dan toskan. 
  • Mula-mula tumiskan bawang putih dan bawang besar dengan buttercup sehingga naik bau. 
  • Kemudian masukkan dada ayam yang dah dipotong dadu. Tumis sehingga sebati dan cukup masak. 
  • Masukkan sosej, cendawan butang dan lada hitam. Gaul sehingga sebati. 
  • Setelah itu masukkan 1 kotak susu dan biarkan seketika. Kemudian masukkan tin sos prego keju dan herba. Kacau sehingga sebati. 
  • Bila campuran tadi kelihatan pekat, tambahkan air kosong sedikit demi sedikit. Jangan sampai terlalu cair. Biarkan sehingga mendidih. 
  • Kemudian masukkan keju cheesedale dalam 2-3 keping. Kacau sehingga sebati. 
  • Tambah garam secukup rasa sekiranya perlu (biasanya kalau dah campur keju cheesedale dah cukup rasa masinnya)
  • Masukkan macaroni yang dah direbus dan ditos ke dalam kuah. Kacau sehingga sebati, sehingga campuran cukup pekat.
  • Mac & Cheese sedia untuk dihidang. Rekomen hidangan untuk 4-6 orang. 

Selamat mencuba dan menjamu selera 

Thursday, January 19, 2017

Tempat Makan Menarik Di Perak


Bismillah,

Bila tiba di negeri orang, tak sah kalau kita tak singgah ke beberapa destinasi tumpuan pengunjung dan terkenal. Dari situlah kita nak mengenal negeri orang. Nak datang bukan selalu, kadang-kadang peluang yang ada sekali seumur hidup.


Jadi kali ni aku nak berkongsi tempat makan menarik yang boleh korang kunjungi sekiranya korang melawat negeri Perak. Sebenarnya ada banyak lagi tetapi ini sahaja yang sempat aku terokai. Mana tau kalau korang ada jumpa tempat makan lain yang menarik, boleh la dikongsikan di sini.

Mee Kari Ramli Bidor
GPS (4.106483, 101.295312)


Apabila korang keluar Tol Bidor, ambil simpang ke kanan dan di situ terletaknya Mee Kari Ramli Bidor di bahu jalan. Mee Kari Ramli Bidor antara menu yang terkenal di Bidor yang mana kita boleh tentukan bahan apa yang kita mahukan di dalam mee kari kita. Bahan-bahannya terdiri daripada ramuan Yong Tau Fu. Bila bersebati dengan kuah karinya yang pekat, memang betul-betul menyelerakan.

Mee Rebus Abdullah Mastan Ghany
GPS (4.024713, 101.021171)



Jika korang tiba di Teluk Intan pula, apakata korang singgah pekena Mee Rebus Abdullah Mastan Ghany. Lokasinya di pekan Teluk Intan, kedai paling hujung sebelum simpang. Dikatakan Mee Rebus yang dihasilkan di sini paling sedap penuh dengan rasa udang. Malahan rata-rata rakan aku yang menetap di sekitar Teluk Intan pun mengesyorkan aku untuk makan di sini.

Hawaii Ice
GPS (4.025491, 101.022674)


Masih di Teluk Intan, tak jauh dari kedai Mee Rebus Abdullah Mastan Ghany adalah lokasi terletaknya warung Lo Han Kuo nombor satu di sana. Kedai ni dah beroperasi lebih daripada 25 tahun, merupakan menu yang berasakan ais, Lo Han Kuo dan jeli Wan Tau Long. Ada pelbagai pilihan yang boleh korang nikmati di sini seperti cendol, ABC, fruit punch dan menu hidangan berat seperti rojak dan mee rebus. Sangat sesuai dinikmati lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Apam Balik Malindo
GPS (4.024757, 101.019697)


Lokasinya terletak berhampiran dengan Menara Condong Teluk Intan, dan telah lama diusahakan di situ. Sangat sesuai jika korang perlukan kudapan ringan sementara jalan-jalan dan mencari tempat menarik di Perak. Harganya pula hanya RM0.70 untuk saiz kecil dan rangup rasanya. Penuh dengan kacang dan gula.

Laksa Tebuk Yan
GPS (4.416558, 100.641243)


Warung yang diusahakan sendiri ini terletak terpencil sedikit ke dalam kampung. Harganya hanya RM3.50 berbaloi dengan rasanya yang kaw dan pekat dengan isi ikan. Jika korang mahukan lebih, boleh pesan laksa bersaiz besar (pinggan) mungkin harganya sekitar RM4-RM5. Kalau korang penggemar laksa, korang boleh rasa laksa di sini.

Mee Hailam Parit
GPS (4.476701, 100.908688)


Dipanggil Mee Hailam Parit kerana lokasinya terletak di Medan Selera Parit, Perak. Ok yang ni korang patut cuba. Mee Hailam dia kaw giler, pekat dan sangat sedap. Portion dia pun besar dan dihidangkan bersama sos istimewa. Korang boleh pilih sama ada nak daging atau ayam. Tapi kedua-duanya sedap. Pada aku untuk satu pinggan tu, boleh makan untuk dua orang. Mee Hailamnya simple saja tapi penuh dengan rasa dan kicap yang sedap.

Bubur Perak
GPS (4.361526, 100.845997)


Di warung ini korang boleh temui 12 jenis bubur untuk dipilih. Sesampainya aku di sini terus rambang mata. Ye la tak tau bubur apa yang hendak di makan. Ada bubur nasi, pengat pisang, bubur jagung, bubur durian, pengat ubi keladi, pengat ubi keledek, bubur lambuk, bubur pulut hitam dan macam-macam lagi. Kiranya semua jenis bubur ada di sini. Lokasinya betul-betul di tepi jalan berhadapan dengan Taman Binjai Jaya. 

Jagung Manis
GPS (4.361526, 100.845997)


Bagi mereka yang nak beli buah tangan, aku cadangkan korang dapatkan jagung manis di sini. Harganya sangat murah dan korang boleh dapatkan 10 ketul jagung pada harga RM5 sahaja. Bagi kualiti jagung yang lebih baik korang boleh daparkan 12 ketul pada harga RM10. Lokasinya betul-betul seberang jalan berhadapan Taman Binjai Jaya, bersebelahan dengan Bubur Perak. 

Mr. Cendol
Lumut, Perak


Kalau korang singgah di Lumut, selain korang beli barang makanan dan cenderahati yang ada di sana korang juga boleh singgah pekena cendol popular yang ada di Lumut iaitu Mr. Cendol. Ada pelbagai jenis cendol yang disediakan antaranya cendol pulut, cendol aiskrim, cendol special dan cendol cawan. Yang menariknya kuah gula merahnya ada disediakan pada setiap meja dan kita letakkan sendiri mengikut citarasa masing-masing.

Warung Mee Udang Kak Zai
Sungkai, Perak


Aku sempat singgah warung Mee Udang Kak Zai sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur ikut laluan dalam (Jalan kampung). Kalau korang exit Tol Sungkai Selatan, ambil selekoh kiri dan jalan terus sehingga korang jumpa lampu trafik simpang tiga. Di bahu jalan sebelah kanan itulah lokasi Mee Udang Kak Zai.

Kuah mee udangnya terbaik. Jelas rasa udangnya dan terdapat 7-8 ekor udang untuk satu hidangan. Selain mee udang, ada juga menu lain yang dihidangkan antaranya mee rebus, meehun sup, laksa, cendol dan air kelapa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga Mee Udang Kak Zai ni boleh baca di dalam artikel yang dah aku tulis sebelum ini di bawah :

http://www.afzalsukasuki.com/2017/01/warung-mee-udang-kak-zai-sungkai-perak.html

Itu sahaja lokasi yang sempat aku singgah. Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan menarik yang boleh korang kunjungi apabila berada di Perak. Mungkin lain kali jika berkesempatan ke sana lagi, aku akan jelajah lebih banyak tempat makan menarik dan kongsikan di sini


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com