'> March 2017 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, March 31, 2017

Shopping Barang Basah Online di Malaysia Brand Outlet (MBO)


Bismillah,

Kadang-kadang kita fikir malas nak keluar hadap trafik semata-mata nak beli ayam sekilo. Kalau nak beli kat kedai runcit, bukan semuanya ada dan tak semuanya segar-segar kan? Kalau boleh kita nak dapatkan produk yang betul-betul segar tak kira bila-bila masa sahaja yang kita mahukan.


Tapi baru-baru ni kawan aku perkenalkan aku satu portal di mana kita boleh dapatkan barang basah yang fresh secara online. Kalau korang nak tau, korang boleh layari Malaysia Brand Outlet. Kat situ ada macam-macam jenis barangan basah dijual pada harga yang sangat berpatutan. Yang terbaiknya bahan-bahan basahnya diambil terus daripada ladang dan dijamin kesegarannya.


Malah bukan setakat bahan basah sahaja yang dijual, tetapi juga ada menjual barang perabot, perkakasan rumah dan banyak lagi. Malaysia Brand Outlet ini merupakan portal shopping online yang diusahakan oleh syarikat bumiputera.


Buat sementara ini, Malaysia Brand Outlet hanya beroperasi di sekitar Lembah Klang yang merangkumi Ara Damansara, Kota Damansara, Subang Jaya, USJ, Shah Alam, TTDI, Mont Kiara dan PJ. Minimum order bagi setiap pembelian adalah sebanyak RM120.


Mudah je kalau korang nak shopping di portal Malaysia Brand Outlet ni. Mula-mula daftarkan akaun dan alamat penghantaran korang. Kemudian pilih barangan yang kita mahukan. Kemudian korang boleh pilih cara pembayaran sama ada secara COD, Senang Pay atau melalui transaksi akaun bank.


Jadi kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan portal shopping barang basah secara online ni, korang boleh rujuk maklumat di bawah.


www.facebook.com/malaysiabrandoutlet

No. 8, Kompleks Premis Usahawan
SME Bank Sunway Damansara
Jalan PJU 3/39
Sunway Damansara
Petaling Jaya.

Tel : 03-77334402
Email : icsbpr1@gmail.com

Promosi Buffet Ramadhan 2017 | The Royale Bintang Kuala Lumpur


Bismillah,

Kelmarin aku dah reveal Promosi Buffet Ramadhan di Nook, Aloft KL Sentral dan hari ni lagi satu lokasi yang boleh korang masukkan ke dalam list buffet Ramadhan 2017 tahun ni. So untung pada korang bila ada banyak pilihan lokasi berbuka puasa kerana bukan semua lokasi menyediakan sajian dan tema yang sama.


Tetapi pada tahun ini, The Royale Bintang Kuala Lumpur akan menyediakan menu masakan kampung yang bertemakan Selera Nostalgia. Apa yang menariknya pada aku tentang Selera Nostalgia ni kerana menu-menu yang bakal dihidangkan sewaktu buffet Ramadhan nanti merupakan menu yang rare dan jarang sekali kita jumpa sejak akhir-akhir ini.


Antara menu-menu yang ada adalah seperti Asam Pedas Daging Tetel, Telur Itik Masak Lemak Bersama Belimbing Buluh, Sup Tulang Rawan, Ikan Kembung Rebus Berlada, Sayur Pucuk Manis Labu, Ayam Percik, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api dan macam-macam lagi. Itu baru sedikit kerana aku diberitahu yang menu-menu tersebut sentiasa berlainan setiap hari mengikut jadual sepanjang bulan Ramadhan.


Selain menu masakan kampung dan nostalgia, The Royale Bintang Kuala Lumpur turut menyediakan lebih 10 buat stall untuk ditempatkan pelbagai lagi jenis hidangan dan menu tempatan yang mana setiap stall akan membekalkan 2 ke 3 menu sampingan yang lain seperti Satay, Pulut Serawa Durian dan Bubur Lambuk selain menu utama mereka yang lazim kita jumpa di mana-mana buffet Ramadhan iaitu Kambing Golek. 



Sajian Nostalgia di The Royale Bintang Kuala Lumpur ini akan bermula pada 29 Mei 2017 sehingga 23 Jun 2017, dari 7 petang sehingga 10 malam setiap hari. Kepada pengunjung yang ada membuat tempahan penginapan pada tarikh tersebut, potongan sebanyak 30% akan diberikan untuk menikmati juadah berbuka puasa di sana.


Bukan itu sahaja malahan The Royale Bintang Kuala Lumpur ada menyediakan Smart Purchase Promotion pada bulan April 2017 ini kerana korang boleh mendapatkan 10 keping baucer yang berharga RM700 berbanding harga biasa iaitu RM108 untuk setiap seorang. Untuk promosi bulan Mei pula, untuk setiap pembelian 10 baucer korang akan diberi tambahan 1 baucer secara percuma. Bagi kanak-kanak berumur lingkungan 6 hingga 12 tahun dan warga emas yang berumur lebih 60 tahun, diskaun sebanyak 50% juga diberikan bagi menikmati promosi buffet Ramadhan di The Royale Bintang Kuala Lumpur.


Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut berkenaan promosi Buffet Ramadhan 2017 di The Royale Bintang Kuala Lumpur, korang boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah.


The Royale Bintang Kuala Lumpur
17-21, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur. 

RSVP :
Sunflowers Brasserie
Tel : +603 21479848

Further information :
Syikhah Manaf
Tel : +603 21439898 ext 9972


Lokasi Lain Buffet Ramadhan 2017

Wednesday, March 29, 2017

Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Nook, Aloft Hotel KL Sentral


Bismillah,

Memandangkan Ramadhan bakal tiba dalam dua bulan lagi, jadi masing-masing tengah sibuk mencari lokasi untuk tempahan berbuka puasa bagi syarikat dan persendirian. Bukan gelojoh tetapi kebanyakan hotel-hotel akan memberikan harga jauh lebih murah jika tempahan dapat dibuat lebih awal (early bird). Kalau tempah lewat, kemungkinan akan menghadapi masalah seperti tempahan penuh ataupun tamat harga promosi.


Jadi kepada yang tengah riki lokasi berbuka puasa tahun ini, apa kata aku cadangkan lokasi pertama iaitu Nook yang terletak di tingkat satu di bangunan Aloft Hotel KL Sentral. Menariknya lokasi yang aku cadangkan ini kerana ia terletak betul-betul bersebelahan KL Sentral dan NU Sentral. Jadi kepada sesiapa yang tidak mahu bersesak-sesak menghadapi trafik, boleh menaiki KTM, Putra LRT dan ERL.




Di Nook suasananya selesa dan cantik di samping korang menikmati juadah berbuka puasa, korang boleh melihat panorama dan permandangan dari tingkap bangunan. Menu-menu yang ditengahkan kali ini adalah berasaskan masakan melayu dan tempatan.


Promosi buffet Ramadhan di Nook kali ini turut memperkenalkan menu utamanya iaitu Nasi Kambing Sumbat yang diketuai oleh Chef Ahmad Zaki Bin Harun. Selain daripada itu Nasi Ayam, Nasi Lemak, Bubur Lambuk dan Nasi Briyani turut menjadi hidangan tumpuan kepada para pengunjung yang hadir nanti.


Aku tertarik dengan menu-menu lauknya kerana pertama kali aku dapat merasa keenakan ikan Tong San yang dimasak stim. Selain daripada itu ada juga juadah lain seperti Slow Braised Beef Shin Rendang, Ayam Percik, Ayam Masak Merah, Gulai Kambing, Gulai Itik, Rebung Masak Lemak Cili Api, Kari Ketam dan Kari Kepala Ikan.


Antara pilihan menu lain yang akan dihidang di buffet Ramadhan tersebut nanti adalah seperti Satay, Lamb Shish Kebab, Murtabak, Cucur Udang, Cucur Cempedak, prawn-squid-fish grill, ABC dengan pulut durian, dodol dan aneka jenis kuih muih dan pencuci mulut.



Bukan sahaja ditekankan pada masakan Melayu, malahan buffet Ramadhan di Nook, Aloft KL Sentral juga turut menyajikan menu masyarakat India, Cina dan Barat seperti Wok-fried Teriyaki Char Siew Chicken Fillet with Green Leek, Steamed Whole Seabass with Ginger Sauce, Lamb Pot Pie, Seafood Mousaka, Barbeque Chicken Wing dan banyak lagi.


Harga untuk buffet Ramadhan di Nook, Aloft Hotel KL Sentral ini adalah RM135 nett dan RM67.50 untuk kanak-kanak. Baucer berharga RM100 akan dijual kepada sesiapa yang membuat tempahan seawal 15 April hingga 28 Mei 2017 dan baucer bernilai RM90 akan diberikan kepada mereka yang membuat pembelian baucer melebihi 36 orang dan ke atas.



Jadi buatlah tempahan awal agar bajet dapat dikurangkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang menjadikan majlis berbuka puasa sebagai aktiviti rasmi syarikat. Untuk pertanyaan lanjut boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah.



Rsvp : +603 27231188

Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com