Laksa Dan Mee Kari Sedap Di KoffeeKabin Senawang


Bismillah,

Kebiasaan kalau aku balik ke kampung puan isteri di Rompin, Pahang aku akan singgah berehat atau makan di sebuah restoran di Batu Kikir Negeri Sembilan. Tapi last week aku  singgah di Senawang atas urusan kerja. Alang-alang tu makan terus la. Tapi nak makan mana ye sebab aku pun tak familiar ngan bandar Senawang tu.


Pusing punya pusing aku singgah di sebuah restoran nama KoffeeKabin. Lokasinya depan kedai buku Pustaka Rakyat. Konsepnya macam kopitiam. Nampak macam hipster je, kena try la dulu baru tau jauh mana peginya kan? Kedai ni buka pukul 10.30 pagi sampai 10.30 malam. Ada free wifi gak untuk pelanggan kedai.


First thing aku buat adalah tengok harga pada buku menu. Aku sedikit terkejut sebab harga paling mahal yang ditawarkan di KoffeeKabin itu adalah Lamb Chop yang berharga RM15.90. Bermakna kesemua menu yang lain berharga bawah RM15!! Seyes la weh kopitiam lain tak dapat kot harga macam ni. Aku tanya waiter kot kot la tengah buat promosi. Dia kata memang harga dia macamtu. Haha ok menarik.


Dia cadangkan beberapa killer menu yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan-pelanggan KoffeeKabin. Antaranya Nasi Goreng Linggi, Nasi Goreng Sardin Petai, Nasi Goreng Gomoncheh, Mee Goreng Bongek dan banyak lagi termasuklah menu sarapan pagi dan juga western. Tapi dia suruh try Laksa dan Mee Kari. Ala menu biasa jumpa tu. Sama je rasanya macam kat tempat-tempat lain aku rasa. At last puan isteri pesan Mee Kari dan Jasmeen pesan Laksa. Aku pesan set burger sebab kalau aku makan berat-berat sangat ngantuk nak sambung memandu nanti.


Dalam tempoh 15 minit pesanan kami sampai. Portion dan mangkuk dia besar. Memang puas kalau makan dalam keadaan lapar ni. Sangat berbaloi dengan harganya. Burgernya macam burger special yang biasa kita beli cuma ada tambahan fries dan coeslow. Aku jeling meja-meja lain, ok foine memang semuanya guna plate dan mangkuk yang besar-besar belaka.


Tapi seyes la dia punya Laksa ngan Mee Kari memang superb! Patutla aku tengok pelanggan-pelanggan lain banyak order Laksa. Kuah pekat, penuh ngan rasa isi ikan. Rasa masam dan masin seimbang dan yang pasti pedas! Dia punya sedap sampai aku fikir nak tapau satu bawak balik je haha. Portion Laksa tu aku boleh makan bedua ngan puan isteri. Mee Kari Jasmeen pun aku yang habiskan haha.


Air plak aku pesan The Joy Jolai dan The Royal Menanti. Patutnya aku pesan salah satu menu kopi sebab sempat aku berborak dengan pelanggan meja sebelah, dorang kata Caramel Latte dia kaw. Hmm nampak gaya kena repeat lain kali la jawabnya. Lagipun KoffeeKabin ni ada beberapa set menu mesra kanak-kanak dan tidak pedas.


So memang berbaloi datang makan di KoffeeKabin ni. Memula bimbang gak takut-takut makanannya tak menepati citarasa. Nampak gayanya aku ada port baru dah lepas ni. Kalau korang nak cuba sendiri Mee Kari dan Laksa sedap di Senawang ni, datangla ke KoffeKabin ni ye. Kompom puas hati! Kat bawah ni aku share facebook dan instagram KoffeKabin kot-kot boleh jadi rujukan korang nanti kan.


KoffeeKabin
435, Jalan Pusat Bandar Senawang 18
70450 Senawang
Negeri Sembilan

Telefon
06-675 7473

Open Hour
10.30 am - 10.30 pm



Menu Istimewa Di Koffee Kabin, Senawang

Koffee Kabin merupakan kafe berkonsepkan kopitiam yang mengetengahkan menu masakan panas, hipster, sarapan dan juga western. . Yang paling penting harganya cukup berbaloi jika hendak dibandingkan dengan harga di kopitiam yang lain. Portionnya juga besar. . Kalau korang ke sini aku cadangkan korang cuba Laksa Utara dan Mee Kari. Superbb!!

8 Comments

  1. Perghhh menu-menunya boleh tahannn menarik. Boleh la terjah nanti sekiranya tetiba terbang ke Senawang tu heeee

    ReplyDelete
  2. Selalu akak makan kat sini...tapi dulu nama dia Umai Cafe kalau x salah..suka makan nasi goreng sardin petai dia...pernah gak makan laksa dia...nanti nak makan kat sini lagi la..nak try lamb chop plak..

    ReplyDelete
  3. Air dia menggoda weii. Tetiba dah dahaga dah. Bencikla tok

    ReplyDelete
  4. Airnya...mengancam minum air banyak rugi sebab nanti kenyang air saja

    ReplyDelete
  5. Mesti singgah makan sini . Dah jumpa port kalau nak makan area senawang.

    ReplyDelete