Majlis Pelancaran Produk STEA - STEA Teh Hijau Dan STEA Beauty


Bismillah,

Kelmarin 6 Januari 2018 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Produk STEA yang dihadiri oleh wakil media dan blogger. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran pengasas produk STEA iaitu Puan Mastura.


Menurut Puan Mastura, salah satu produk STEA iaitu teh hijau STEA telah berada di dalam pasaran sejak 2014 lagi. Asalnya Puan Mastura sukakan teh hijau. Jadi dia ingin berkongsi kebaikan dan kelebihan teh hijau bersama penggemar teh hijau yang lain. Bertambah menariknya teh hijau STEA ini bukan teh hijau biasa yang kita perolehi di pasaran tempatan tetapi ia adalah teh hijau yang diimport khas dari Jepun. Kalau korang penggemar teh hijau, korang mesti dapat rasa perbandingan teh hijau biasa dan teh hijau Jepun kan?

Kepada sesiapa yang belum tau khasiat teh hijau STEA ni, di dalam setiap uncang teh hijau STEA ni ada serbuk hijau yang dipanggil 'matcha'. 'Matcha' diketahui mempunyai 100% khasiat yang ada di dalam teh hijau. Ia juga mengandungi 137 kali lebih tinggi kandungan anti oksida berbanding teh hijau biasa. Haa kalau korang sukakan teh hijau, aku rasa teh hijau STEA adalah pilihan yang terbaik. Bukan setakat rasanya, malah ia juga mempunyai lebih banyak khasit berbanding teh hijau biasa.


Antara kebaikan yang bakal korang perolehi sekiranya meminum teh hijau STEA adalah :

  • Ia mampu mengawal berat badan. 
  • Meningkatkat metabolisme dan mempercepatkan pembakaran lemak
  • Melawaskan sistem perkumuhan badan
  • Membuang kotoran & toksin dalam badan. 
  • Mengawal selera makan
  • Mengurangkan kolesterol
  • Agen anti kemurungan
  • Agen anti penuaan
  • 137 anti oksida berbanding teh hijau biasa
  • Meningkatkan lagi tenaga
Nampak tak? Sebenarnya banyak lagi kelebihan teh hijau STEA yang dikongsikan Puan Mastura. Ada yang aku dah tau, dah ada input yang baru bagi aku. Aku dah cuba sendiri. Rasanya tak pahit. Rasa daun teh tanpa gula. 


Untuk pengetahuan semua, bagi ibu-ibu yang mengadung digalakkan minum selepas kandungan berusia 5 bulan ke atas kerana kandungan serbuk teh hijau 'matcha' dalam teh hijau STEA ni sedikit panas. Dikhuatiri akan menyebabkan badan dan kandungan jadi panas. 

Di dalam majlis tersebut juga Puan Mastura turut memperkenalkan satu lagi produk STEA Beauty yang berasaskan daripada teh hijau. STEA Beauty didatangkan dalam bentuk sabun dan juga serum bagi membantu mereka di luar sana yang mempunyai masalah wajah. 


Sabun STEA mengandungi serat daun teh yang berfungsi sebagai skrub bagi menanggalkan sel kulit mati dan kotoran yang terlekat pada liang-liang pori pada kulit muka. Manakala serum STEA pula bertindak sebagai agen bagi merawat wajah yang rosak. Ia mengandungi 'extract' teh hijau, aloe vera, kolagen, apple stem cell dan banyak lagi. Teksturnya seperti jeli dan sejuk mampu memberi kesegaran dan merehatkan kulit wajah. 

Kelebihan-kelebihan STEA Beauty yang dikongsikan oleh Puan Mastura pula ialah :
  • Mengandungi anti oksidan yang tinggi untuk kulit wajah
  • Mengecutkan jerawat dengam cepat
  • Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  • Mengecilkan liang pori
  • Melembutkan kulit muka
  • Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
  • Menganjalkan kulit wajah
  • Agen anti penuaan dan banyak lagi
Haa banyak kan khasiat teh hijau STEA ni. Bukan baik untuk dalaman sahaja malah mampu mencantikkan luaran juga. Sepanjang majlis pelancaran produk STEA itu juga kami dihiburkan dengan salah seorang selebriti tanah air yang dah commit lama dah dengan teh hijau STEA ni. Dia yang aku maksudkan adalah Amylea AF.


Dia maklumkan yang berat badannya naik beberapa tahun kebelakangan ini sehingga malu dan berasa rendah diri untuk berhadapan dengan orang. Dia juga peminat teh hijau tetapi bila dapat tahu teh hijau STEA lebih baik berbanding teh hijau biasa dan mampu pula turunkan masalah berat badan, dia pun terus cuba sehingga lah berat badannya banyak berkurang. 

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms

Jadi kalau korang nak tau dengan lebih lanjut berkenaan teh hijau STEA ni, atau STEA Beauty atau nak dapatkan dan cuba sendiri keberkesanannya boleh  lah rujuk maklumat yang tertera di bawah ni ye. 



2 Comments

  1. yup...memang STEA yang kolin minum dah setahun lebih. Nak turun badan, try lah tau

    ReplyDelete
  2. lps ni bole try th hijau ni sebelum ni minum teh biasa je

    ReplyDelete