Nikmati Hidangan Pak John Steamboat Di IOI City Mall Putrajaya


Bismillah,

Sebelum ni asal ke eCurve Damansara, alu mesti akam singgah pekena hidangan steamboat di Pak John Steamboat. Bukan apa, dalam banyak-banyak restoran steamboat yang pernah aku cuba Pak John Steamboat ni antara restoran yang menepati citarasa aku. Kadang-kadang sesetengah restoran steamboat tu tak memberi kita banyak pilihan, asyik-asyik benda yang sama sahaja. Bila dibandingkan dengan harga, rasa menyesal pun ada.


Actually ada beberapa restoran steamboat lain yang menjadi pilihan aku dan Pak John Steamboat ni antara ranking yang teratas la. Kat sini ada pelbagai jenis pilihan menu dan makanan yang ada. Sekali imbas dah macam buffet berbuka puasa. Memang banyak. Siap ada dua tiga jenis daging perap, ayam perap berjenis-jenis perasa, ada lala, ketam, udang, ikan, sotong, siput pahat, sayur-sayuran, pelbagai jenis bebola, jenis-jenis mee dan banyak lagi.


Selain daripada itu restoran Pak John Steamboat ni turut menyediakan pelbagai jenis minuman sejuk dan panas, ada ABC, ada kaunter aiskrim, dim sum dan waffle. Bertambah menarik di sini ada menyediakan daging daripada Australia kepada para pengunjungnya.


Pak John Steamboat tidak hanya beetumpu pada menu steamboat semata-mata kerana disamping itu juga korang boleh menikmati hidangan menu yang di bakar (grill). Seawal korang duduk di meja, korang diminta untuk memilih jenis sup sebagai air rebusan hidangan korang. Ada sup ayam, tomyam dan udang. Aku suka air rebusan udang, kalau makan ngan mee rasa macam makan mee udang. Sedap!!


Tak cukup dengan itu korang juga pasti teruja apabila korang punya banyak pilihan untuk pencicah. Aku rasa lebih 10 jenis pencicah kot ada disediakan di Pak John Steamboat ni. Terpulanglah dengan citarasa masing-masing. Yang penting menu-menu yang disediakan di Pak John Steamboat ni semuanya halal-halal belaka. Korang juga boleh menikmati juadah berat yang lain yang ada disediakan di sini seperti Nasi Goreng, Mee Goreng Mamak, Mihun Goreng, Kuey Teow Goreng dan banyak lagi.


Dan baru-baru ni Pak John Steamboat telah membuka cawangan baru di IOI City Mall Putrajaya. Lagi dekat la aku nak pergi sebab aku pun duduk Kajang je. Jadi korang boleh tengok harga yang ditawarkan di Pak John Steamboat seperti di bawah.


Sekiranya korang nak dapatkan sebarang maklumat, nak buat tempahan untuk sebarang majlis boleh lah layari laman web yang tertera di bawah ni ye.



Makan Puas-Puas Di Pak John Steamboat IOI City Mall Putrajaya

Dah nak lunch hour ni. Klu korang berada di sekitar Putrajaya, apa kata korang lunch di Pak John Steamboat di IOI City Mall Putrajaya. . One of the best steamboat restaurant yang pernah aku pergi. Giler happening menu2 dia 😍😍😍
Selangor
Pak John Steamboat
E@curve Mall, 2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya,
Selangor
03-77333913

Putrajaya
Pak John Steamboat
Lot GE-11, Ground Floor, 
IOI City Mall Putrajaya
Putrajaya
03-8957 1128

9 Comments

  1. Alaa...jauhnya nak pi afzal oiii...akak pun dah lama x lepak pak joh ecurve..nak pi sana je la..

    ReplyDelete
  2. Bila tengok gambar2 gini baru nampak akak ni ada banyak makanan kegemaran..HAhhaah

    ReplyDelete
  3. lapo terus,nak masuk gak Pak John steambot ni,tapi husband malas nak ke sana,sebab kena masak-masak..haahahah

    ReplyDelete
  4. Wah baru tahu yang pak john ni dah ada kat ioi city mall.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. ada kambing ada sapi ada kerbau ada lembu ada kepiting ada semua semua ada
      nasi goreng ayam tak da

      Delete
  6. Total sbnr harga kalo seorang brpe?ade tmbh ke dri harga asal ?

    ReplyDelete