Stiq Wangsa Maju : Stik Daging Premium & Wagyu Murah


Bismillah,

Baru-baru ni aku ke Wangsa Maju jumpa kawan lama. Datang plak malam time aku lapar, apa lagi paksa dia belanja makan la. Kat area Wangsa Maju tu memang penuh dengan port makan dan port lepak anak-anak muda. Jadi tepuk dada tanya selera. Semuanya ada di depan mata.


Tapi malam tu aku lepak kat satu port makan ni. Stall tepi jalan je pun. Aku ingat dia ajak makan roti canai rupanya makan steak wagyu. Serius la weh takkan makan wagyu kat situ kot. Yeah aku serius!


Selama ni kalau aku nak makan steak daging premium atau wagyu, aku kena pergi hotel atau restoran-restoran mewah. Kalau kat hotel average harga dalam RM300 hingga RM500, mungkin juga lebih mahal bergantung pada jenis daging. Aku juga pernah makan kat sebuah restoran terkenal yang mana daging wagyu nya dijual pada harga serendah RM220. Tapi kat sini korang boleh makan daging wagyu pada harga serendah RM120 sahaja!!


Terkejut? Haha jangan kata korang, aku pon terkejut gak. Kat mana aku makan? Kat Stiq Wangsa Maju, sebelah stall Burger Kaw Kaw. Aku rasa sebab lokasinya tu bukan restoran mewah lah harga daging premium seperti wagyu jadi lebih murah berbanding pasaran. Lagipun kesemua steak yang dihasilkan di Stiq Wangsa Maju ni menggunakan teknik Sousvide. Teknik ni sebenarnya hanya di lakukan di restoran-restoran mewah dan hotel-hotel terkemuka sahaja.

Sous Vide (disebut Suuvid) adalah kaedah memasak di mana makanan dibungkus vakum di dalam plastik atau balang kaca dan kemudian direndam di dalam air atau persekitaran berwap untuk satu tempoh masa sebelum dimasak (biasanya 1 hingga 7 jam, sehingga 48 atau lebih dalam sesetengah kes) pada suhu yang ditetapkan dengan tepat. Suhu lebih rendah daripada biasa digunakan untuk memasak, biasanya sekitar 55 hingga 60° C (131 hingga 140 ° F) untuk daging, lebih tinggi untuk sayur-sayuran. Kaedah ini untuk memastikan bahawa bahagian dalamnya dimasak dengan betul tanpa terlebih dahulu memotong dari luar dan mengekalkan kelembapan.

Kami pesan pelbagai hidangan sebab kami pun ramai. Boleh la rasa sorang sikit. Kebiasaannya restoran western yang biasa aku pergi, mereka akan hidangkan menu grill bersama sos lada hitam. Tak pun sos cendawan. Biasa kan? Tapi kat Stiq Wangsa Maju ni setiap menu mempunyai sos yang tersendiri. Apa yang cuba aku sampaikan, lain menu lain juga lah sosnya. Memang terbaik. Pekat plak tu. Antara sos-sos yang ada dihidangkan bersama hidangan di Stiq Wangsa Maju ini adalah seperti Creamy Kimchi, black pepper, BBQ dan Peri-peri. Semua sos adalah home made dan dihasilkan sendiri oleh Chef Tuah.

Grass Fed Striploin RM45

Kambing Lambak RM27

Lamb Shank RM40

Antara hidangan yang menjadi killer-menu di Stiq Wangsa Maju ini adalah Lamb Shank, Beef Stiq, Lamb Stiq, Kambing Lambak, Chicken Grilled Black Pepper, Grass Fed Striploin, Bone Ribs dan of course Wagyu Stroploin. Tapi malangnya malam tu Wagyu Striploin habis sebab permintaan tinggi dari customer.

Lamb Stiq RM27

Beef Stiq RM27

Serius aku sukakan setiap hidangan yang dipesan di Stiq Wangsa Maju ni. Tak cliche macam korang makan kat restoran-restoran western yang lain. Yup nampak macam street food, tapi rasa taraf hotel. Lembutnya daging sampai carik perlahan je guna garfu. Korang bayangkan kawan aku makan Lamb Shank tu mudah sangat. Tak terlekat isi pun pada tulang. Lagipun portionnya besar. Pada aku yang makan Lamb Stiq malam tu pun dah cukup kenyang. Setiap hidangan akan diberi 1 jenis minuman secara percuma.

Bone Ribs RM36

Burger Permaisuri RM14.50
(Kaw Kaw Burger)

Cheezy Baconizer RM10.50
(Kaw Kaw Burger)

Stiq Wangsa Maju ni dibuka setiap hari dari pukul 6 petang sehingga 1 pagi. Tepi jalan je, sebelah Burger Kaw Kaw. Korang mesti perasan punya lah. Stiq Wangsa Maju ni baru beroperasi sejak Oktober 2017 jadi orang luar memang tak tau tentang kewujudan steak murah macamni. Kalau orang sekitar Wangsa Maju, Stiq Wangsa Maju ni memang dah sinonim dan familiar. Aku nak repeat balik ke sini sebab makanan sesedap ni kena kongsi ngan keluarga. Baru nikmat.

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms

So kalau korang nak dapatkan lebih info berkenaan Stiq Wangsa Maju ni atau nak tau apa lagi yang dijual di sini boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah ni ye.

Nikmati Wagyu & Daging Premium di Stiq Wangsa Maju

Ni nak bagitau korang, ada satu port baeekk klu korang nak pekena steak wagyu dan other premium steak di bawah harga pasaran. Korang boleh drop by kat Stiq yg terletak di Wangsa Maju atau follow IG @stiqofficial untuk tgk menu2 yg ada.



Stiq Wangsa Maju  
Jln 4/27A Seksyen 2
Wangsa Maju 
53300 Kuala Lumpur 
(sebelah Burger Kaw Kaw)

Waze : Stiq Wangsa Maju 

8 Comments

  1. Harga dia sangat- sangat berpatutan..mak aiii jauhnya akak nak pi kalau teringin ni...semua tu nampak sedap la....

    ReplyDelete
  2. Dah lama juga tak menyinggah kat area burger kaw-kaw tu. Kalau suami tengok ni mesti diajak makan stik kat sana

    ReplyDelete
  3. Mak aih.. Serius terliur. Sebelum ni rasa nak makan kay beard brothers dekat damansara. Tapi tengok harga yg ni lebih affordable. Thanks for review!

    ReplyDelete
  4. Nampak potion dia pun bnyk Tu. Sedapnya

    ReplyDelete
  5. Rasa cukup, daging lembut dan yang penting sekali dikala zaman ekonomi sekarang ni, kena la mampu bayar.....usaha yang baik membolehkan rakyat marhaen macam saya untuk merasai steak premium sedap ini....well done Stiq

    ReplyDelete
  6. Tu dia.dia punya menggoda tu lain macam...rasa nak mencarut-carut je ni..hahaha... Gurau je..Ustazah tak boleh mencarut.

    ReplyDelete
  7. nak wagyu.. nak wagyu.. nak wagyu.. :P

    ReplyDelete