Supplement Al Fateh Junior Baik Untuk Perkembangan Minda Kanak-Kanak



Bismillah,

Supplement Al Fateh Junior Baik Untuk Perkembangan Minda Kanak-Kanak | Dalam dunia yang serba mencabar ni, anak-anak kita juga dilahirkan untuk terus bersaing. Bersaing merebut kelas terbaik, bersaing dalam sukan sekolah mahupun bersaing dalam merebut tempat pertama di dalam kelas. Kita bangga bila mereka berjaya tetapi bagaimana pula sekiranya mereka gagal? Apa yang penting adalah support dan sokongan kita bagi memastikan agar mereka tak rasa down di kala mereka jatuh. Selain itu kita juga bertanggungjawab dalam memastikan mereka memilih makanan sihat untuk tubuh dan minda mereka. Salah satunya adalah pengambilan supplement tambahan.


Pada aku kanak-kanak juga perlukan supplement atau makanan tambahan dalam awal tempoh tumbesaran mereka kerana mereka adalah apa yang mereka makan. Kita tak mampu nak mengelak kegemaran dan keinginan mereka. Kita mungkin mampu mengawal segala jenis input yang masuk ke dalam tubuh mereka sewaktu mereka di rumah, tetapi adakah jaminan yang mereka tak akan makan sesuatu yang tak berkhasiat sewaktu di luar atau di sekolah? Korang rasa anak-anak kita tu mampu tak menolak pelawaan kengkawannya untuk makanan ringan yang penuh dengan MSG di sekolah?


Kita sebagai ibu bapa tak mampu mengawal pergerakan anak-anak kita seharian tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah memastikan mereka mengambil supplement tepat pada waktunya setiap hari. Macam aku, aku berikan Jasmeen supplement Al-Fateh Junior selain makanan-makanan tambahan yang lain. Korang biasa tak dengar nama ni? Familiar kot sebab dah ramai ibu bapa bagi respon dan testimoni yang positif tentang anak-anak mereka. Dah lama tular di media sosial, suratkhabar malah dah mendapat liputan meluas di stesen tv tempatan.

Supplement Al-Fateh Junior Membantu Perkembangan Minda Kanak-Kanak | Boleh aku katakan yang supplement Al-Fateh Junior  ni dihasilkan daripada makanan-makanan sunnah. Tetapi kenapa aku syorkan anak-anak kita makan sebab mereka masih di peringkat awal usia dan faktor perkembangan sistem dalam badan mereka dipengaruhi oleh mengambilan makanan yang dimakan setiap hari. Jadi apa yang mereka makan akan diserap hampir 70 ke 80 peratus ke dalam salur darah mereka. Mereka tak seperti kita yang dah berusia kerana kita bukan dalam tempoh pembesaran.


Supplement Al-Fateh Junior ni dihasilkan daripada beberapa ramuan utama seperti :

Saffron
  • Baik untuk melegakan stress
  • Mengembalikan stamina dan tenaga setelah melakukan kerja dan aktiviti
  • Kaya dengan antioksida yang mana mampu memperkuatkan sistem imunisasi badan dalam mencegah diserang penyakit
  • Mempercepatkan perkembangan sel-sel otak dan mempertingkatkan daya ingatan.
  • Mengatasi anemia atau kekurangan sel darah merah
  • Dan banyak lagi

Garam Bukit Halagel
  • Menjadikan tulang lebih kuat dan fleksibel

Kismis
  • Membantu perkembangan minda sihat dan menajamkan penglihatan

Gelatin Halagel
  • Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan
  • Membantu membuang toksin di dalam badan. 
  • Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki. 
  • Melegakan sakit otot, sendi-sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki. 

Madu
  • Menggantikan sel-sel otak yang rosak kepada sel-sel baru yang sihat. 

Buah Delima
  • Membantu sistem penghadaman, merawat penyakit athma, sakit tekak dan batuk. 

Gam Arab
  • Membantu menurunkan paras kreatinin dan gula dalam darah untuk pesakit buah pinggang dan diabetes
  • Mengurangkan risiko penyakit berpunca dari usus, kolesterol, lemak dan gula
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan. 80% imunisasi badan bergantung dari sistem usus, perkumuhan dan perut yang baik
  • Kandungan fibre yang tinggi merendahkan kolesterol dan kurangkan risiko menghidap penyakit jantung.
  • Meningkatkan tahap kesihatan dan imunisasi dari serangan demam dan pelbagai penyakit.

Itu antara bahan-bahan yang aku tau ada di dalam supplement Al-Fateh Junior. Kadang-kadang kita fikir

 'Ala kismis, buah delima, madu, bla bla bla senang je nak dapat. Bagi sendiri pun boleh'

Tapi sebagai ibu bapa yang sibuk dengan tugasan harian dan kerja rumah yang tak habis-habis, dengan anak yang hyperaktif korang rasa korang mampu? Jangan kata nak suap ubat, nak suruh makan pun macam nak berperang kan? Kalau ada jalan mudah, kenapa perlu bersusah? Anak-anak kita pun sukakan gula-gula, so kenapa kita tak bagi something yang dorang suka?


Supplement Al-Fateh Junior Sangat Mesra Kanak-Kanak | Macam anak aku si Jasmeen ni, memula dia takut sebab dia tau aku macam nak bagi ubat kat dia. Aku suruh dia gigit dan rasa dulu. Dah tau rasa coklat, lepas tu mintak lagi. Asyik mintak je penat plak aku nak memujuk. Penat explain minta dia makan pagi dan sebelum tidur sahaja. Seyes sedap rasanya. Korang pernah makan gula-gula kenyal warna warni dulu tak? Haa rasanya macam tu la. Rasa buah-buahan. 

Aku pun dah baca banyak testimoni daripada ibu bapa berkenaan supplement ni. Alhamdulillah lepas baca aku percaya setiap sesuatu ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah mudah-mudahan Jasmeen mampu menjadi lebih bijak dan memperolehi zat-zat yang diperlukan oleh badannya. Oh kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan produk Al-Fateh Junior ni korang layari la webpage kat bawah ni ye. 




0 Comments