Tempat Menarik Untuk Dilawati Dan Hotel Bajet Di Johor Bahru


Bismillah,


Siapa pernah sampai ke Johor? Sesetengah tempat aku sendiri baru explore, walaupun aku sendiri anak kelahiran Johor. Ternyata ada banyak tempat lagi yang perlu aku terokai. Jadi selama perjalanan 3 hari aku ke Johor ni aku nak kongsikan tempat-tempat menarik dan hotel bajet di Johor Bahru yang boleh korang lawati selama korang berada di Johor.




1# Kopi 434 Tangkak

Aku diberitahu yang kopi 434 ini sebenarnya terkenal di Muar, Johor tetapi tak sangka kopi 434 ini juga boleh ditemui di daerah Tangkak, Johor. Patutlah kopi ni terkenal sebab rasanya pekat tapi tak terlalu pahit. Dapat plak cicah dengan roti bun gebu gebas macam ni. Makan time hujan memang asyik sangat ni haha.


2# Mee Racun, Batu Pahat

Setibanya aku di Batu Pahat, aku berhenti untuk menjamu selera kerana aku diberitahu Mee Racun sangat popular di sana. Aku nak tau adakah Mee Racun Batu Pahat sama dengan Mee Racun yang pernah aku makan di Melaka suatu masa dulu. Rupa-rupanya Mee Racun di Batu Pahat seperti mee rebus atau mee jawa, tak berapa pedas tetapi yang menariknya ada tulang gear box huhu. Bagi penggemar tulang gear box, aku sarankan korang cuba rasa Mee Racun ni ye.


Dah makan Mee Racun, sempat plak aku makan Ubi Rebus cicah sambal dan ikan masin. Perghh inilah menu paling rare dan paling superb sepanjang hidup aku hahaha.

3# Briyani Gam Batu Pahat
Tak sah kalau korang tiba di Batu Pahat tetapi tidak mencuba menu tradisi daerah ini iaitu Briyani Gam. Korang boleh mencuba beberapa variasi menu yang ada antaranya Ayam Madu, Ayam Masak Merah, Kari Kambing, Daging Lembu Masak Hitam dan banyak lagi. Tapi setau aku paling popular adalah Nasi Briyani Gam Kambing. Perghh marvellous!

4# Tanjung Piai, Johor

Aku akhirnya tiba di hujung semenanjung Malaysia iaitu di Tanjung Piai. Aku menjamu selera iaitu makan tengahari di Tanjung Piai Resort. Di sini aku dapat mencuba pula rasa asama pedas johor. Rasanya memang lain, ada rasa masam sedikit. Kalau tak salah aku asam pedas Johor mengunakan bunga kantan manakala asam pedas Melaka menggunakan daun kesum. Kalau tak silap aku la. Permandangan laut di sekitar Tanjung Piai juga cantik.


5# Taman Negara Tanjung Piai

Sesudah menikmati makan tengahari, aku bergerak ke lokasi seterusnya yang terletak tak jauh dari situ iaitu Taman Negara Tanjung Piai. Di sini korang boleh melihat habitat yang ada di hutan paya bakau. Di sini juga merupakan penghujung selatan tanah besar Asia jadi korang boleh nampak sendiri tanah besar Singapura dari sini.


6# Pisang Goreng Restoran Mawar

Menjelang petang, kami singgah minum petang di Restoran Mawar untuk mencuba sendiri menu Laksa Johor dan Pisang Goreng Sambal Kicap. Perghh sedapnya tak terkata. Lebih-lebih lagi bila mana lokasi itu sendiri terletak di hadapan stadium latihan pasukan JDT. Aku sempat lah snap beberapa keping gambar untuk simpanan sendiri. Ye la kagum melihat bentuk stadium yang megah itu.


7# Austin Heights Golf & Hotel Resort
Kalau korang berada di Johor Bahru, aku cadangkan korang menginap di Austin Heights Golf & Hotel Resort. Dari jauh korang boleh nampak hotel tersebut yang terletak di atas bukit. Dan apa yang buat aku rasa berbaloi sangat penginapan hujung minggu aku tu di Austin Heights Golf and Hotel Resort?

Ruang legar di hadapan bilik, bilik jacuzzi dan pawagam

Bilik bilik yang disediakan sangat besar dan selesa. Aku maksudkan bilik biasa ye. Aku anggarkan bilik tersebut boleh memuatkan 8 katil bersaiz king. Boleh main kejar kejar kot dalam bilik tu. Setiap bilik mempunyai dua katil bersaiz queen, ada tab mandi, kerusi rehat yang selesa dan tv bersaiz 60 inci. Sebenarnya boleh aku katakan bilik bilik di sana bersaiz dewan atau setaraf rumah 3 bilik! Dan apa  paling mengejutkan rate harganya lebih murah berbanding rate bilik biasa di hotel bertaraf 5 bintang yang lain

saiz bilik biasa/normal

Selain bilik biasa, mereka juga ada menyediakan bilik lain yang lebih mewah seperti suite presiden dan suite premium. Apa yang menariknya, suite presiden menyediakan 2 bilik, 2 tandas, 2 tab mandi, 1 ruang tamu dan sauna. 

suite premium

Untuk suite presiden dan suite premium, ada bilik di pepenjuru (corner lot) yang mana dinding biliknya adalah tembus pandang mengadap padag golf yang menghijau. 

suite presiden

Jangan terkejut kalau aku katakan di hotel ini juga mempunyai dua bilik pawagam yang mampu menempatkan seramai 30 hingga 50 orang pengunjung dalam satu satu masa. Ada banyak filem baru yang ditayangkan contohnya last seen aku tengok Independence Day 2016. Ditambah plak adjustable chair yang sangat empuk dan selesa sampai boleh baring baring bagai. Macam katil pon ada, boleh tengok movie sambil santai santai.


Ada jacuzzi weh haha. Aku tak sempat mandi tapi serius best. Besar kot boleh masuk ramai dalam kolam tu. Bukan satu tapi ada dua. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. You should try this when you reach here.


Untuk peminat sukan golf, aku cadangkan Austin Heights Golf and Hotel Resort sebagai tempat korang pukul bola banyak banyak. Humangaih bapak besar padang golf dia. Aku tak pasti berapa lubang tapi jauh gak la kitorang memusing naik buggy. Sejam lebih rasanya. Tak mustahil one day lokasi ni akan dipilih untuk any big tournament bertaraf antarabangsa sebab saiz dan lokasinya.


8# Taman Tema Austin Waterpark
Untuk keluarga yang baru bercadang cadang mencari lokasi percutian keluarga di dalam negara, apa kata aku cadangkan satu tempat di selatan tanah air iaitu Austin Heights Water and Adventure Park. Lokasinya dia di Taman Mount Austin, Johor Bahru.


Apa yang menariknya kat taman tema ni bukan sahaja pada permainan airnya, tapi ada lagi empat jenis permainan lain yang mampu memukau dan menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke sini.


Di sini ada Adventure Park, Jump Street, Skating Ring dan Go Kart dalam satu tempat yang sama. Bayangkan betapa besarnya tempat ini. Aku sempat cuba bermain di Skating Ring dan Go Kart. Pergh memang terbaik. Seronok sangat! Kepada mereka yang berani dan suka aktiviti lasak, boleh la cuba Tarzan Swing, Zip Line, Tunnel Crossing, Jamie Crossing, Half Tic Tac Toe dan bermacam-macam lagi


Selain daripada aktiviti bersama keluarga, taman tema ini juga menyediakan pakej untuk pelajar sekolah, korporat dan team building dan juga untuk majlis keramaian seperti hari keluarga atau sukaneka.


Untuk pengetahuan korang, makanan yang dijual di sini juga murah, berkualiti dan sedap jika hendak dibandingkan dengan makanan yang dijual di taman tema lain. Harganya lebih rendah, kuantiti yang banyak dan menarik dengan pelbagai jenis pilihan makanan yang ada.

Di sini aku sertakan harga tiket yang dikenakan di Taman Tema Austin Heights Water and Adventure Park.

Sekiranya ada pertanyaan atau untuk membuat sebarang tempahan, boleh la rujuk di bawah :


Korang boleh cuba dan rasai kelainannya di sini. Serius sangat berbaloi dan puas hati lagi lagi bila dapat bersama dengan keluarga.


9# Beli Belah di Ayer Hitam

Perjalanan kami berhenti sebentar di pekan Ayer Hitam kerana di sini korang boleh membeli belah pelbagai jenis barangan, hiasan, pasu, kerepek dan bahan makanan. Kawan aku sempat membeli telur pindang yang dipesan oleh orang tuanya. Harga telur pindang di sini cuma RM1.20 berbanding RM3 yang dijual di Kuala Lumpur. Aku pula belikan kerepek dan anak patung untuk anak aku. Kerepek di sini murah-murah dan ada banyak jenis. Tentu rambang mata korang kalau tiba di sini.

10# Kari Kambing 40 Hari, Yong Peng


Tak jauh dari Ayer Hitam dalam lingkungan 5 ke 10 km, kami berhenti sekali lagi untuk makan tengahari. Kali ini aku taknak terlepas lagi untuk mencuba Kari Kambing 40 Hari kerana kebiasaan aku tiba di sini hari minggu, terlalu ramai orang yang datang dan beratur. Walaupun aku datang hari biasa (Selasa) orang tetap kelihatan ramai dan restoran itu memang tak putus-putus dengan pengunjung.


Menu ini dihidang di dalam dulang dan satu dulang untuk 4 orang makan. Harganya cuma RM45/dulang. Murah kan? Mereka menggunakan nasi Arab bersama kari kambing yang pekat dan 4 ketul ayam bagi mereka yang tak makan kambing. Rasanya memang terbaik dan aku akan repeat sekali lagi nanti bersama keluarga aku.


11# Soto, Muar

Bila tiba di Muar, kami sekali lagi berhenti di warung untuk menjamu selera. Aku pekena soto yang mana menu ini sememangnya terkenal di Johor. Kalau ikutkan Muar terkenal dengan Mee Bandung Muar nya tetapi tekak aku teringin nak makan Soto plak. Ada banyak menu lain yang boleh korang temui di sini seperti otak-otak dan juga Mee Udang.

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms


Aku juga sempat makan durian Musang King sebagai pencuci mulut sebelum bergerak meninggalkan Johor menuju ke Kuala Lumpur. Perjalanan 3 hari itu aku rasakan sangat singkat kerana aku percaya banyak lagi lokasi dan tempat makan menarik yang boleh korang kunjungi jika korang memilih untuk ke negeri Johor.

13 Comments

  1. wah....pergi JB eh...banyak lagi sebenarnya tarikan kat JDT ni,tempat yang afzal pergi ni salah satunya...Orang Johor pun banyak lagi tak explore Johor tau...sayalah tu...hehehe

    ReplyDelete
  2. bestnya..bagus la..siap ada harga sekali. teruja nak g bercuiti kat johor

    ReplyDelete
  3. Semua tempat belum sempat singgah lagi. Rasanya nanti nak buat jenjalan kat johor pulak la hehe

    ReplyDelete
  4. ok 1st of all, KARI KAMBENG 40 HARI MMG FEVERET iols!!! HAHAHAHHA dh gebang kat fb pon kan, tiap kali outstsn JB mesti nk singgah tp dorg tutup awai na 330pm dh tutup stressss! btw mee racun n goreng pisang mawar tu mmg femes jugak slalu org jb suh try tp x sempat2 lagi huhu will do!!

    ReplyDelete
  5. Ko tak makan Kacang Pool ke wehhhhhh? Next time kalau ke Johor kena try Kacang pool dia weh..serius sedap!

    ReplyDelete
  6. cantik jugak tanjung piai ni rupanya... nak pergi lah

    ReplyDelete
  7. ada beberapa tempat kt dalam list ni dah sampai, macam pisang goreng mawar ngn tanjung piai tu

    ReplyDelete
  8. amboiii.. meriahnya trip ko... aku dulu 5 tahun duk johor banyak jugak tempat dah explore. tapi time tu xde media sosial so, dah tak hengat dah nama2 lokasi dgn restoran.. hehe

    ReplyDelete
  9. hotel tu mahal la wak! hahaah bajet bawah rm100 je

    ReplyDelete
  10. teringin nak g tanjung pial tu. hahaha tp setiap kali balik johor tak pernah pergi.. dengar adik ipar cakap kena jalan jauh terus cancel lah kahkahkah

    ReplyDelete
  11. Wah...kak sangat suka kat Taman Themanya macam best giler...dah lama tak balik Johor Kpg arwah mak.

    ReplyDelete
  12. Seriously banyak tempat makan dan menarik kat Johor..nyesal last time tak jalan sakan masa belajar Johor dulu

    ReplyDelete