3 Menu Promosi Dan Ong Lai Salad Di Tony Roma's Malaysia


Bismillah,

Aku setiap kali singgah di NU Sentral Kuala Lumpur mesti akan ke tingkat 5 bangunan tersebut. Apa yang ada di tingkat 5 tu? Haa kalau korang familiar la kat sana ada restoran Tony Roma's, tepi eskelator je huhu. Aku suka ke Tony Roma's ni sebab ia merupakan salah sebuah restoran yang menghidangkan stik pada harga yang mampu milik. Bukan setakat stik, malah ada banyak lagi variasi menu yang boleh korang cuba di sana.


Baru-baru ni aku ada ke sana ngan ofis mate aku, rupa-rupanya sekarang Tony Roma's tengah buat promosi sempena Tahun Baru Cina. Korang boleh cuba Tony Roma's Ong Lai Salad yang mana menu ni serupa macam Yee Sang. Ada dua jenis variasi Yee Sang ni tau. Fortune Salad with Fresh Emerald Fish dan satu lagi Prosperity Salad with Grilled Salmon. Untuk Fortune Salad with Fresh Emerald Fish ni harganya cuma RM38.80 dan Prosperity Salad with Grilled Salmon pula berharga RM48.80. Perghh menarik beb!


Aku bukan penggemar salmon tapi grilled salmon pada prosperity salad tu memang tak rasa salmon. Untuk satu hidangan Tony Roma's Ong Lai Salad ni cukup untuk 4 orang makan kot. Banyak siap ada lebih lagi hoho. So kalau korang nak celebrate Tahun Baru Cina dengan rakan-rakan ofis, aku sangat cadangkan korang try menu ni. Sangat berbaloi dan murah. Better korang cepat sebab promosi ni berlangsung sehingga 24 Februari


Bukan setakat 2 menu ni je, malah Tony Roma's sediakan lagi 3 menu baru dalam senarai promosi mereka bulan ni. Hahaha happening betul penuh ngan promosi. Asalnya aku ngan ofis mate nak makan Tony Roma's Lunch Deal Promotion je tapi tertarik la plak ngan promosi-promosi baru dorang kali ni.


Kali ni korang boleh cuba Lamb Steak & Bountiful Beef Ribs, Lamb Steak & Quarter BBQ Chicken dan Lamb Steak. Setiap set menu ni dihidangkan bersama roti ban dan 2 menu pilihan lain dari 9 menu sampingan yang ada seperti kentang panggang, brokoli, coleslaw, jagung, sayuran yang dipanggang, kentang goreng, kentang putar dan juga nasi. Hahaha aku sendiri pening nak pilih. Agak-agak boleh tak pilih lebih daripada 2 hoho.


Harga? Haa jap ye. Untuk Lamb Steak & Bountiful Beef Ribs ni harganya RM148.80, untuk Lamb Steak & Quarter BBQ Chicken RM108.80 dan Lamb Steak berharga RM78.80. Korang sendiri tau la kan macamana rasanya daging di Tony Roma's tu kan. Dah la tu dihidangkan plak ngan minuman variasi Thirst Twister ; Red Lantern dan Golden Happiness. Red Lantern ni rasanya macam passion fruit, sirap rasberi dan juga soda manakala Golden Happiness pula diperbuat daripada buah limau gedang atau limau bali, lemon Rancho dengan lapisan jus nanas. Hari tu aku pilih Golden Happiness sebab nampak rare sangat. Nampak menarik huhu.


Isk senang kata better korang datang sendiri ke Tony Roma's, pilih dan rasa sendiri menu-menu promosi di sini. Datang cepat sebab untuk 3 menu promosi yang aku kata tadi hanya available sehingga 25 Mac 2018 sahaja tau. Bawa la family dan kawan-kawan korang sekali nanti ye. Apa-apa pun korang boleh rujuk link di bawah untuk sebarang update dan promosi eh.




0 Comments