Homestay Murah Di Elvara Malaysia Damansara


Bismillah,

Baru-baru ni saudara aku ada buat kenduri kat Kampung Sg Penchala. Bila adik beradik, sedara mara datang dari kampung aku mula fikir mesti sesak rumah kampung tu nanti. Yang mana tidur kat ruang tamu, yang tidur dalam bilik jangan nak kata la. Kompom macam sardin. Untuk pengetahuan korang Kampung Sg Penchala tu berada di kawasan yang pesat membangun Bandar Damansara. Agak-agak korang ada tak hotel murah, hotel bajet atau homestay bawah harga RM200 lagi semalam? Homestay kat kampung tu pun dah RM200 lebih. Huhu sedih.


Kalau tengok kat laman web carian hotel pun mana dapat ngan harga tu. Sorang-sorang aku tanya sebab aku memang terdesak nak dapatkan hotel bajet atau homestay murah sekitar Damansara tu. At last aku dapat info pasal homestay Elvara Malaysia. Homestay Elvara Malaysia ni terletak di Empire Damansara. Aku contact direct ke owner nya sebab aku dapat pun daripada kawan aku. Google punya google actually Elvara Malaysia ni ada dalam laman web carian hotel.


Tapi yang buatkan aku tak klik sebab homestay Elvara Malaysia ni cantik sangat. Susun atur dan hiasan dalamannya nampak mewah. Kompom la homestay macam tu mesti mahal kan. Aku tanya owner berapa harga untuk satu malam. Dia bagitau untuk weekend (Jumaat dan Sabtu) harganya RM150 dan weekdays (Ahad hingga Jumaat) harganya RM120. What??


Terkejut aku. Serius lah takkan la murah sangat. Kat Damansara kot. Aku tanya dia, harga yang dia bagi tu harga kawan-kawan ke sebab aku dapat nombor dia pun melalui kawan aku. Dia kata takde lah memang harganya macam tu. Pergh tak sangka aku masih ada homestay semurah ni kat area Damansara. Aku terus konfom kan booking dan datang sendiri ke homestay Elvara Malaysia tu.


Homestay aku di tingkat 23. Homestay
Elvara Malaysia ada banyak jenis dan saiz. Homestay yang aku sewa studio ada satu katil saiz queen, ada aircond, kipas siling, tv LCD, sofa, water heater, fridge dan oven. Owner bagitau kalau sewa lebih daripada 5 hari baru dia akan bekalkan dapur untuk memasak. Nice! Tv pun clear siap ada wifi connection lagi. Ruangnya pun luas dan bersih. Oh untuk makluman haiwan peliharaan mahupun ternakan tidak dibenarkan di sini haha.


Homestay Elvara Malaysia ni dikawal selia 24 jam oleh sekuriti. Kalau korang takde access card memang tak boleh masuk. Kat bawah bangunan ada banyak kedai yang buka 24 jam, ada restoran mamak, boat noodle, klinik, dobi dan banyak lagi la. Parkir pun banyak. Caj parkir pun tak mahal mana. Aku parkir kereta semalaman pun caj nya hanya RM4. Risau dah aku kot-kot la makan RM10 lebih huhu. Nasib murah.


So kalau korang nak cari homestay bajet atau homestay murah sekitar Damansara, aku recommend korang ambil Elvara Malaysia. Sangat berbaloi-baloi. Tapi maksure booking awal ye. Walaupun owner ni ada 8 unit homestay Elvara Malaysia ni, tapi selalu penuh. Mau tak penuh kalau dah murah macam tu.


So apa-apa pun korang boleh refer maklumat dan contact number owner seperti di bawah sekiranya ada sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan homestay ye.


Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms


Elvara Malaysia
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 
47820 Petaling Jaya, 
Selangor

Contact
0194569155 / 1212 

5 Comments

  1. Menarik... murah pulak tuh.. Terbaikk nih

    ReplyDelete
  2. Best kan tinggal kat Elvara ni. lain kali boleh inap lagi.

    ReplyDelete
  3. Sofa ijo.. Tingi 23 tingkat.. Harga berpatutan bawah rm200 ..view mlm cantik tu

    ReplyDelete
  4. Wahh.. Terbaiklaah bilik ni.. Dah la luas.. Murah pulaa tu.. Memang try kli dtg sni nnt.!!

    ReplyDelete
  5. wah baru tau
    menarik dan murah juga lah dengan view macam nih

    ReplyDelete