Restoran Asam Pedas Claypot Best Di Empire Assam Pedas, Nilai


Bismillah,

Hari tu aku ke Nilai. Ye la orang lain balik kampung, aku plak tak tau nak ke mana. Jadi pusing-pusing bandar Nilai je la bawa mak aku cari kain buat langsir raya. Orang baru CNY, mak aku dah prepare untuk raya puasa. Haha advance kemain.


Dah penat berjalan kitorang pun cari la tempat makan best kat Nilai tu. Kawan aku ada suggest beberapa tempat makan best tapi sebab aku bawak mak abah aku, tak boleh la makan sembarangan. Nak kena ikut tekak dorang gak. Nak kena masakan panas dan lauk kampung. Memandangkan abah aku kaki asam pedas, aku pun bawa la dorang ke Empire Assam Pedas.


Actually ni kali pertama aku makan di Empire Assam Pedas ni. Restorannya agak tersorok sikit di belakang bangunan jadi for sure ramai yang masih tak alert akan kewujudan Empire Assam Pedas ni. Aku pertaruhkan sehabis nyawa aku mengharapkan restoran Empire Assam Pedas ini akan hidangkan menu asam pedas terbaik kali ini. Ye la mak abah aku tekak kampung dan aku kaki makan plak tu. Kalau tak kena citarasa dorang mana la aku nak letak muka haha.


Oh aku ingat kat Empire Assam Pedas ni hanya menyediakan pelbagai hidangan asam pedas je, rupanya ada juga menu-menu lain seperti masak lemak cili api, masak lemak tempoyak dan juga Nasi Ayam Penyet untuk hidangan kanak-kanak. Yang menariknya setiap menu di sini dihidangkan di dalam clatpot. Aku tengok harga-harga nya juga boleh tahan murah gak contohnya macam set asam pedas ikan kembung harganya RM9.90 dan paling mahal pun set asam pedas kepala ikan merah yang berharga RM20.


Mak aku pesan set asam pedas ikan pari yang berharga RM10.90, abah aku pesan set masak tempoyak ekor ikan patin berharga RM16 dan aku plak pesan set daging salai masak lemak cili api RM10.90. Saja aku ambil lauk yang berlainan, boleh kongsi rasa. Setiap set didatangkan dengan nasi putih sepinggan, telur asin, ulam ulaman dan sambal belacan. Ulam ulaman dan sambal belacan korang boleh ambil sendiri di kaunter.


Berdebar gak nak tunggu menu-menu yang dipesan. Harap sangat tak mengecewakan. Bila menu asam pedas sampai, aku minta rasa dulu. Pergh sedap weh. Then mak abah aku pun cuba gak. Dorang tak kata apa-apa. Ok aku masih harapkan dorang kata sesuatu. Kemudian patin tempoyak abah aku pun sampai dan last skali menu daging salai masak lemak cili api aku. Kuah masak lemak tempoyak dia pun kaw. Pekat likat. Ni kalau ada roti pun best ni. Kalau tak cicah kuah tempoyak, boleh gak cicah kuah asam pedas. Tapi terbaik lagi daging salai masak lemak cili api aku. Pedas jangan cakap la. Kata Negeri Sembilan kan.


Claypot dia besar, ikan besar dan daging pun banyak. Aku harap portion-portion yang dihidangkan di Empire Assam Pedas ni kekal banyak macam ni haha. Aku tengok abah aku siap pesan sepinggan nasi lagi. Ok ada harapan sedap tu. At last mak aku kata yang dia lagi prefer makan menu macam ni. Dia kata ikan pari dia fresh dan asam pedas dia sedap. Rasanya tak jauh beza ngan asam pedas johor cuma asam pedas johor ada bunga kantan. Cuma tahap pedas dia sama level. Katanya la huhu. Urut dada aku kejap. Abah aku pun kata dia puas hati ngan patin masak lemak tempoyak. Memang terbaik. Siap ucap terima kasih plak ngan aku haha. Dah abis makan baru perasan yang Empire Assam Pedas juga ada menyediakan menu Udang Galah Masak Lemak Cili Api. Adoyai aku perasan pun sebab tengok customer lain order. Ada 4 ekor udang galah saiz L tu.


Kalau korang peminat durian, aku cadangkan korang cuba dua pencuci mulut yang berasaskan durian yang ada disediakan di sini iaitu bubur kacang durian dan cendol durian. Tolonglah cuba sebab sedap sampai nak nangis. Bubur kacang dia pekat dan lembut. Kuat rasa durian. Macam bubur kacang yang mak aku buat. Harganya baru RM5 dan korang boleh tambah lagi kalau dah habis. Haha best weh.


Then aku suggest kalau korang pesan cendol duriannya, mohon pesan semangkuk sebab portion dia cukup untuk dua orang makan. Mangkuknya besar. Durian yang diguna plak durian D24 dan Musang King. 2 ke 3 ulas kot. Harga? RM10 je. Hahaha jangan kata korang. Aku mula-mula beragak gak nak order tapi tak percaya bila staf bagitau harganya cuma RM10. Murah sangat kot. Mujur aku pesan semangkuk je. Abah aku dah pulun 2 mangkuk bubur durian awal-awal so cendol durian terpaksalah aku kongsi ngan mak aku haha. Penuh dah perut aku tengahari tu.

Asam Pedas Claypot Di Empire Assam Pedas, Nilai

Kat Empire assam pedas ni bukan setakat ada asam pedas ikan2 je, tapi ada gak menu masak lemak cili api. Ada asam pedas kepala ikan merah, ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, daging salai masak lemak cili api, masak lemak ikan sembilang, patin masak lemak tempoyak dan banyak lagi. .

Secara keseluruhan aku dan family sangat berpuas hati dengan menu asam pedas, masak lemak dan lemak tempoyak di Empire Assam Pedas ni. Mak aku ajak repeat lagi kalau nak shopping ke Nilai lagi. Alahai dia nak ajak shopping lagi daa. Tak pe la janji dorang puas hati. Kalau korang nak cuba menu asam pedas, masak lemak cili api dan lemak tempoyak claypot boleh datang ke Empire Assam Pedas eh. Korang boleh tengok FB dan IG dorang di bawah ni ye.


Empire Assam Pedas
7338, Jalan BBN 1/2C
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan



1 Comments

  1. Review baik. Hari sabtu ni nak turun. Hehe selebrate besday. Tqtqtq

    ReplyDelete