Tempat Makan Best Di Kajang : Nasi Dulang Daun Pisang

10:38 AM


Bismillah,

Kali ni aku nak ajak korang turun ke Sungai Ramal plak sebab kat sana aku jumpa satu tempat makan best di Kajang iaitu Nasi Dulang Daun Pisang. Mulanya aku pun tak tau tapi wife aku pernah keluar makan ngan kengkawan ofis dia kat situ. Dia kata memang puas hati sebab tekak wife aku ni lain macam sikit. Sedap pada aku, kadang-kadang tak sedap pada dia. Tapi bila dia kata sedap tu, maknanya memang betul-betul sedap la huhu.



Nasi Dulang Daun Pisang ni macam nasi putih biasa, dihidangkan bersama menu lain seperti ayam goreng berempah, ikan keli goreng, ayam kampung goreng, tilapia goreng, bawal goreng dan itik. Yang itik ni aku tak perasan mulanya, tapi wife aku yang bagitau sebab dia nampak kat banner menu dalam kedai. Sebelum korang order better korang double confirm kan dulu la ye.


Setiap menu yang korang pesan di Nasi Dulang Daun Pisang ini akan di sertakan sekali ulam ulaman, sambal belacan, sambal air asam dan sambal ayam penyet. Perghh sedap weh. Korang juga akan diminta untuk memilih jenis kuah untuk hidangan korang tu sama ada gulai kari atau gulai lemak cili api. Jangan tanya aku mana satu yang sedap sebab dua-dua kuah tu memang terbaik! Pekat dan pedas. Kalau diberi pilihan aku minta kedua-duanya sekali dan siap nasi tambah lagi haha.


Yang menariknya di Nasi Dulang Daun Pisang menu utama seperti ayam dan ikan hanya akan digoreng sekiranya ada permintaan. Maknanya kalau korang order, baru lah dorang goreng. Korang akan dapat ayam dan ikan dalam keadaan panas-panas lagi. Nasi panas, ikan panas dan rangup.. mana boleh sepinggan nasi je kan?


Selain daripada tu, ada juga menu lain yang ada disediakan di Nasi Dulang Daun Pisang ni seperti Nasi Kerabu Authentic Kelantan dan Nasi Ganja. Nasi kerabu dah biasa makan, so aku try plak Nasi Ganja. Pelik namanya, mungkin sebab boleh ketagih kot haha. Rupanya macam nasi kandar atau nasi belauk. Gulai kari di tuang banjir atas nasi putih, lawan plak ngan ayam goreng berempah. Ada ulam timun, limau nipis dan telur mata setengah. Serius tanpa timun dan telur pun, aku boleh bagi thumbs up! Penangan kari dia cenggini haa lawan plak ngan ayam goreng berempah panas-panas dah macam makan kat kedai mamak dah. Ok kompom boleh repeat balik.


Harga yang ditawarkan pun tak mahal sekitar RM6.50 sehingga RM12 sahaja. Macam Nasi Ganja aku makan tu baru RM6.50 je. Nasi Dulang Daun Pisang ayam goreng berempah baru RM7.50. Kembung dan keli pun sama RM7.50. Itik dan tilapia merah pula RM9.00 dan bawal berharga RM12. So memang berbaloi la. Cuma aku harap portion nasi tu boleh ditambah lagi setengah pun ok. Macam tak puas plak makan banyak tu sebab lauk-lauk dan menu yanh disediakan terbaik. Nasi nampaknya habis dulu sebelum lauk huhu.

Nasi Ganja RM6.50

So kalau korang nak cuba makanan yang ada di Nasi Dulang Daun Pisang ni boleh lah datang time lunch hour ye sebab Nasi Dulang Daun Pisang beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 4 petang setiap hari. Korang boleh follow facebook page dan instagram dorang kat bawah ni. Kalau korang nak buat tempahan pun boleh gak. Ada nombor telefon di bawah.

Nasi Dulang Daun Pisang
Pt 75024
Jalan Besar Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang
Selangor
012-3230220

(Waze : Nasi Dulang Daun Pisang)



You Might Also Like

5 comments

  1. fuhhh.. tengok ayam tu, terus jadi lapo. bolehlah try makan kat sini nanti. harga pun berpatutan.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. Ni la nasi ganja yang buat akak lapar giler ari ni?

    ReplyDelete
  3. fuhhhh.. kuah dia tu memang pembuka selera la.. :D

    ReplyDelete
  4. Pergghhh... menarik... Dah lama juga leya tak makan nasi ganja.. firt and last mkn ketika belajar di Perlis dulu.. Adeh... terliurrr la pulakk..

    ReplyDelete
  5. Buka siang saja. Melepas lah begini.kena plan bebetul kalau berhajat sangat nak makan menu di sini.

    ReplyDelete