Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018


Bismillah,

Cuti-cuti sekolah ni korang ke mana je? Kalau ada antara korang yang tak balik kampung, tak keluar bercuti dan berada di Kuala Lumpur apa kata korang ke Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil sebab kat sana akan berlangsungnya Himpunan Usahawan Bumiputera 2018. Event ni pada Jumaat dan Sabtu, 30 dan 31 Mac 2018 depan.


Apa Itu Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB 2018)? 
Ia adalah program di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mana ia bertujuan untuk mengumpulkan 14,000 PKS Bumiputera dari seluruh negara.

Kepada usahawan-usahawan PKS Bumiputera, akan ada majlis penyampaian Anugerah Usahawan Bumiputera Terbaik 2018 pada acara kemuncak Sembang Petang Bersama YAB Perdana Menteri dan YB Menteri MITI nanti.

Apa Aktiviti Yang Ada Di Sana? 
Antara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang 2 hari tersebut adalah :

  1. Sembang Usahawan Selebriti - 30 Mac, 3 pm
  2. Sembang Petang Bersama YAB Perdana Menteri - 30 Mac 2018, 4.30 pm
  3. Karnival Jom Niaga 2018
  4. Bengkel Digital MDEC
  5. Food Truck
  6. Kapsul Kementerian
  7. Majlis Penutup TUBE Mega 5.0


Selan daripada itu, turut memeriahkan Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 ini nanti adalah :
  1. Pameran Showcase Satu Daerah Satu Industri oleh MITI
  2. Gerai buah buahan FAMA
  3. Street Soccer
  4. Peraduan mewarna oleh Bank Rakyat
  5. Pertandingan Gubahan Bunga
  6. Pertandingan Teh Tarik Challenge
  7. Penampilan dan Persembahan Selebriti
  8. Pertandingan Kostum Kanak-Kanak
  9. Demonstrasi Hair Stayling oleh Joe's Barbershop
  10. Demonstrasi Hijab bersama Nabila Razali
  11. Demonstrasi Make-Up bersama Syed Dewa
  12. Pertunjukan fesyen
  13. Dan banyak lagi. 


Selebriti Yang Menjayakan Himpunan Usahawan Bumiputera 2018
Yang menariknya pengunjung boleh bertemu ramai artis di sepanjang 2 hari Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 itu berlangsung antaranya Faizal Tahir, Faizal Ismail, Shuib Sepahtu, Sarah Raisuddin, Caprice, Izzue Islam, Fizo Omar, Farah Fauzana, Datuk Rosyam Noor, Abang Abu dan Datuk Prof. Dr. Muhaya

Kepada yang menggunakan perkhidmatan Grab car, korang boleh menggunakan kod GrabHUB2018 untuk diskaun perjalanan pergi dan balik.

Kepada usahawan-usahawan PKS Bumiputera, akan ada majlis penyampaian Anugerah Usahawan Bumiputera Terbaik 2018 pada acara kemuncak Sembang Petang Bersama YAB Perdana Menteri dan YB Menteri MITI nanti. Mana la tau nama korang tercalon dan disenarai pendek sebagai penerima anugerah Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 kan? 


Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 tidak hanya tertumpu kepada golongan usahawan dan dewasa sahaja malah turut menyediakan slot dan aktiviti untuk kanak-kanak antaranya penampilan maskot Transformers iaitu Optimus Prime dan Bumble Bee dan juga penampilan maskot Ejen Ali. Malah turut diadakan pertandingan mewarna bersama Bank Rakyat, ada bouncing castle, face painting, clown appearance dan sand art. 

HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2018 - HUB 2018 (KAMAL ADLI)

30 & 31 MAC - HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2018 - HUB 2018 . HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2018 - HUB 2018 julung kalinya akan di Axiata Arena, Bukit Jalil. .

Kepada pengunjung yang memeriahkan Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 itu nanti akan diadakan cabutan bertuah di mana hadiahnya juga boleh tahan hebat. Antara hadiah-hadiah yanh bakal dimenangi oleh para pengunjung adalah seperti kereta, motosikal, basikal, telefon bimbit dan barang-barang elektrik. Menarik kan? 

HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2018 - HUB 2018 (HELIZA HELMI)

BERITA BAIK]-SELEBRITI BERKUMPUL DALAM SATU PROGRAM 'HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA' . Save the date!! Tarikh : 30 & 31 Mac 2018, Jumaat & Sabtu Tempat : Axiata Arena, Bukit Jalil 

So jangan lupa Jumaat dan Sabtu, 30 dan 31 Mac 2018 di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil. Jangan risau parkir kenderaan besar dan masuk PERCUMA! Kepada yang menggunakan perkhidmatan Grab car, korang boleh menggunakan kod GrabHUB2018 untuk diskaun perjalanan pergi dan balik. Dah boleh jimat RM10 huhu. 


Bawa family, sedara mara, kawan-kawan, jiran tetangga sekali ye. Jom kita memeriahkan Himpunan Usahawan Bumiputera 2018.







6 Comments

  1. Ass.wr.wt.saya IBU NUR INTAN  tki singapore sangat berterima kasih kepada AKI SOLEH, berkat bantuan angka jitu yang di berikan AKI SOLEH, saya bisah menang togel 4D yaitu (9828) dan alhamdulillah saya menang (359,juta)sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan AKI SOLEH. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini;
    1.di lilit hutang
    2.selalu kalah dalam bermain togel
    3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
    4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
    5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
    6.pesugihan tuyul
    7.pesugihan bank gaib
    8.pesugihan uang balik
    9.pesugihan dana gaib, dan dll
    dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub AKI SOLEH di no; 082-313-336-747.
    atau anda bisah kunjungi blog AKI "K L I K  D I S I N I"

    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA) 
    No WA Aki : 082313336747

    "A T A U  K L I K  S I T U S  K A M I"

    UNTUK JENIS PUTARAN; SGP, HK, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, TAIPE, THAILAND, LAOS, CHINA, KOREA, KAMBODIA, KUDA LARI, ARAB SAUDI,

    AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
    SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI





















    ReplyDelete
  2. Banyak boleh dapat kat HUB2018 nie. Bengkel digital MDEC tu macam menarik untuk disertai kan...

    ReplyDelete
  3. Program ini bukan sahaja untuk para usahawan menimba ilmu bisnes tetapi semua orang boleh bergembira dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan penganjur. Siapa ada selebriti dan cabutan bertuah lagi! Must Go!

    ReplyDelete
  4. Satu program yang baik untuk para usahawan yang ingi memajukan diri merekan..wajib pergi ni..kalau free mmg nak datang sini..

    ReplyDelete
  5. Bagus ada program mcm ni. Secara tak langsung membantu bagi pendedahan dan idea2 terbaik dari pakar2 industri utk sesiapa yg berhasrat menceburi bidang keusahawanan. Mmg patut dihadiri ni.

    ReplyDelete
  6. Sis tak dapat join, rugi sesangat. Kalau tak boleh dapat macam-macam ilmu kat sana. Aktiviti pun macam-macam ada, program yang amat bagus buat mereka yang nak jadi usahawan berjaya

    ReplyDelete