Pilihan Beg Lelaki (Travel Dan Rider) Di ZALORA


Bismillah,

Aku bukan bagitau which one is suit for travel or rider, tapi aku tengah riki beg online sekarang ni. Korang biasa riki beg kat mana eh? Sebelum ni aku pernah beli beg kat sebuah portal shopping online. Murah memang lah murah tapi pakai sekejap je dah koyak. Hmm. Kalau ikutkan aku, memang aku prefer pergi ke kedai beli sendiri tapi aku sendiri tak ada masa nak buat macam tu. Balik kerja dah lewat petang, ambil anak lagi. Sampai rumah pun malam. So nak tak nak kena beli online jugak la nampaknya.


Beg yang sedia ada sekarang ni kecik sangat la. Penuh dengan tools untuk aku shoot video je haha. Tu belum masuk lagi dengan laptop, cable charger, handphone dan banyak lagi. Kalau boleh aku nak cari beg yang boleh aku guna untuk travel dan untuk rider. Mean tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Kalau boleh kalis ais, kain yang tebal dan lasak. Kat bawah ni aku ada short list kan beberapa jenis beg yang aku jumpa di ZALORA dan mintak pandangan dan pendapat korang boleh?




 










Ni antara beg-beg yang aku berkenan dan memenuhi spec yang aku nak. Sebenarnya ada banyak lagi tapi harganya pun makin mahal la. Kalau nak diikutkan beg last skali tu (Under Armour) tu sangat sesuai untuk travel dan rider macam aku. Compartment dia pun besar berbanding 5 beg yang lain tu. Kalau korang nak tengok beg lelaki yang lain boleh riki kat ZALORA. Mujurlah kat ZALORA ni penghantaran PERCUMA sekiranya pembelian melebihi RM75

Agak-agak korang la ye, mana satu yang sesuai untuk aku eh?







1 Comments

  1. saya pun kalau nak beli apa2 suka survey online dulu,lazada ke,shoppe ke,11street ke semua saya masuk, yerlah nak menyoping kat mall nak survey2 tu masa sangat terhad, jadinya jalan mudah shopping online, tapi sebelum beli tu make sure baca dulu review orang lain pasal produk tu..kalau tak de sebarang review memang saya tak kan beli..hihihihi

    Salam Perkenalan Eita Pengedar Youth Skin Care

    ReplyDelete