Promosi SSPN1M : Simpan RM500 Dapat PERCUMA RM500!


Bismillah,

Aku sekarang tengah baca pasal promosi SSPN1M online ni. Bukan apa, kalau aku tak menyimpan sekarang tak pasti macamana nanti time anak aku perlukan duit untuk sambung belajar. Ye kalau difikirkan kadang-kadang kita sebagai ibu bapa banyak fikir soal kewangan. Itu nak dibayar, yang sana nak kena beli, rumah, kereta, ibu bapa, pinjaman lagi. Rasa macam tak cukup je kan. Tapi jangan lupa jaminan anak-anak kita untuk sambung belajar nanti juga amat penting. Itu sahaja lah yang boleh menjamin masa depan mereka dan keluarga.


Insentif Khas Geran Sepadan ini (GS500) RM500 hanya akan diberi kepada mana-mana ibu bapa yang membuat simpanan bersih sebanyak RM500 di dalam SSPN1M anak-anak mereka.

Ok berbalik pada SSPN1M ni tadi, aku baca pasal simpan minimum RM500, akaun anak-anak kita akan menerima simpanan PERCUMA sebanyak RM500. Maknanya, jika kita deposit simpanan RM500 (one off) ke dalam akaun anak kita, pihak SSPN1M akan tambahkan lagi RM500 ke dalam akaun dan akan menjadikan simpanan tersebut menjadi RM1000!


Ok menarik ni. Promosi ini khas untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 sahaja yang berada di sekolah rendah ye. Promosi ini bermula dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018. Insentif Khas Geran Sepadan ini (GS500) RM500 hanya akan diberi kepada mana-mana ibu bapa yang membuat simpanan bersih sebanyak RM500 di dalam SSPN1M anak-anak mereka. Insentif Khas Geran Sepadan ini (GS500) RM500 ini hanya boleh dikeluarkan apabila anak-anak kita mencecah usia 18 tahun.

Ibu bapa atau penjaga tak perlu membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan Insentif Khas Geran Sepadan ini (GS500) RM500 ini. Korang hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan SSPN1M iaitu SSPN1M-i atau SSPN1M-i Plus sekurang-kurangnya RM500 di sepanjang tahun 2018 ni. Oh untuk maklumat korang juga, PTPTN telah membuat penjenamaan semula di mana simpanan yang dulunya dipanggil SSPN-i dan SSPN-i Plus kini dipanggil SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus.


Untuk ibu bapa pula, korang berpeluang mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan sebanyak RM12,000 setahun. Banyak tu RM12,000 huhu. Promosi ini pun hanya untuk 500,000 akaun terawal sahaja. Kalau akaun anak korang ada RM450, nah cepat-cepatlah cukupkan lagi RM50 untuk mendapatkan RM500 PERCUMA. Insentif Khas Geran Sepadan ini (GS500) RM500 bukan untuk seorang anak satu keluarga sahaja tau. Bermakna kalau korang ada 10 orang anak, maka 10 orang anak korang tu layak untuk menerima Insentif Khas Geran Sepadan ini (GS500) RM500 ni.

Lagi satu Insentif Khas Geran Sepadan ini (GS500) RM500 akan diberikan pada hujung bulan yang sama setelah jumlah bersih simpanan dalam akaun mencecah RM500. Maknanya pendeposit boleh mula semak penyata akaun pada 10 haribulan bulan berikutnya atau hubungi talian Careline 03-2193 3000.

Ada yang tanya mana nak daftar atau buka akaun SSPN1M ni. Korang boleh daftar secara online di SSPN1M.comTak tau cara nak daftar dan buka akaun baru? Korang boleh follow step di bawah : 




 






Untuk ibu bapa pula, korang berpeluang mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan sebanyak RM12,000 setahun. Banyak tu RM12,000 huhu. Promosi ini pun hanya untuk 500,000 akaun terawal sahaja.

Korang juga boleh berurusan di kaunter bank seperti di bawah. Kalau korang nak buat pemotongan terus serendah RM50 sebulan melalui penyata gaji bulanan pun boleh :
  • Maybank
  • Bank Islam
  • Agro Bank
  • Bank Rakyat
  • RHB Bank


Jadi sebarang pertanyaan lanjut untuk info berkenaan Insentif Khas Geran Sepadan ini (GS500) RM500, tentang pembukaan dan pendaftaran akaun baru atau info-info lain yang berkaitan, boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah ni ye. 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No. 12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur

Telefon
03-2193 3000

Waktu Operasi
Isnin - Ahad
(8 pagi - 10 malam)

Facebook






0 Comments