Bismillah,
Baru-baru ni aku berkesempatan ke sebuah restoran yang terletak di TTDI Grove, Saujana Impian Kajang iaitu
Restoran Chef Bob. Korang pernah cuba tak menu-menu yang ada di sini? Kalau korang nak kan kelainan, ingin cuba menu asian dan western boleh lah singgah di
Restoran Chef Bob ni ye.
Restoran
Restoran Chef Bob ni beroperasi dari pukul 4.30 petang sehingga 12.30 tengah malam setiap hari. Senang je nak cari
Restoran Chef Bob ni sebab ia terletak berhampiran dengan restoran KFC TTDI Grove dan sederet dengan kedai ECO RM2. Lagipun dari jalan utama korang boleh nampak bangunan kedai warna merah terang huhu. Luaran dan dalaman
restoran Chef Bob ni pun aku lihat bersih dan teratur.
Aku datang hari tu pun lepas Maghrib. Orang pun tak ramai lagi. Aku order beberapa menu termasuklah
signature dish yang kerap menjadi pilihan pengunjung yang datang ke
Restoran Chef Bob. Antara menu-menu yang aku pesan adalah seperti
Chicken Parmigiana, Fish & Chip, Mixed Grilled Platter, Grilled Chicken, T-Bone Steak dan
Ribs Eye Steak.
Actually ada banyak lagi menu lain yang boleh korang cuba antaranya
Nasi Goreng Istimewa Chef Bob, Sup Kambing Meletop, Set Burger, Sandwich, pelbagai variasi spaghetti dan banyak lagi. Untuk minuman pula aku pesan
jus buah-buahan, Neslatte Lava dan
Bandung Lele. Dia kata minuman ni special kan so nak kena lah cuba gak kan.
First aku suka rasa sos lada hitam untuk steak. Cukup rasa, tak masin dan tak manis. Ada sesetengah tempat aku tak boleh makan bila sos lada hitam yang mereka hidangkan terlalu manis. Lagipun di
Restoran Chef Bob ni menyediakan 2 jenis sos pencicah yang lain iaitu
brown sauce dan
mongolian sauce.
Mashed potato dia juga lembut, so boleh dimakan bayi dan
coleslow juga sedap ada rasa sedikit rasa masam so takde la rasa muak sangat.
Untuk steak plak, daging-daging seperti daging lembu dan kambing diimport daripada Australia dan New Zealand manakala untuk daging ayam sahaja mereka dapatkan daripada pengilang tempatan. Untuk hasil yang superb, segala rempah ratus, ramuan dan perapan dilakukan sendiri oleh barisan chef baru yang diimport kepakarannya dari hotel 4 bintang.
Untuk rasa steak yang aku makan waktu itu, aku rasa ia agak kering dan portion nya terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan harga seperti
Grilled Chicken. Bila portion kecil, saiz pinggan pula besar nampak la ada ruang kosong pada bahagian pinggan tu menyebabkan steak tu bergerak-gerak. Jika ingin mengekalkan portion sebanyak itu, aku cadangkan boleh di kurangkan harganya. Tak pun kalau ingin kekalkan harga, boleh tambahkan saiz hidangan lagi. Untuk hidangan steak, aku lebih sukakan medium cook sebab boleh nampak jus daging dan rasa manis jus daging apabila dipotong. Selain daripada itu overall boleh diperbaiki lagi.
Untuk special drink seperti
Neslatte Lava dan
Bandung Lele, tiada apa yang istimewa sebenarnya selain buih yang memenuhi permukaan minuman. Aku harapkan kalau
Bandung Lele tu mungkin akan diletakkan soda atau aiskrim dan mungkin juga tambahan cincau. Fikirkan saja dah buatkan aku terliur huhu. Untuk
Neslatte Lava pula sama macam
Bandung Lele, hanya buih-buih sahaja yang istimewanya. Rasanya sama seperti rasa nescafe ais biasa.
Aku baru tau yang
Restoran Chef Bob tengah
rebranding balik dengan team yang baru so mungkin akan ada beberapa perubahan dalam menu-menunya, cara kerja, masa yang diambil untuk serve menu pelanggan, kualiti makanan dan platting hidangan nanti. Aku harap next time aku boleh cuba kelainan yang ditampilkan oleh
Restoran Chef Bob. Harap
Restoran Chef Bob boleh menjadi restoran '
viral' yang menghidangkan sesuatu yang hipster atau luar biasa kepada pelanggan-pelanggannya.
Oh sebelum aku terlupa, kepada pengunjung-pengunjung
Restoran Chef Bob boleh lah mendapatkan kad keahlian VVIP
Restoran Chef Bob yang mana korang boleh menikmati 7% potongan harga dalam satu
single receipt. Korang hanya perlu membayar RM18 sahaja, sekali seumur hidup untuk menikmati ganjaran ini. Selain daripada itu korang boleh menikmati ganjaran berupa
birthday cake dan hidangan
PERCUMA pada ulang tahun kelahiran korang seumur hidup. Haa yang ni best huhu. Lagipun untuk pengunjung biasa, korang berpeluang mendapatkan potongan harga sebanyak 5% daripada jumlah bil korang dari 3/3/2018 hingga 18/3/2018. Boleh lah korang makan puas-puas.
So korang boleh lah datang singgah dan cuba sendiri menu-menu asian dan western yang ditampilkan di
Restoran Chef Bob ni ye. Korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah ni untuk sebarang pertanyaan berkenaan menu, waktu operasi dan tempahan.
Restoran Chef Bob
12-1A, Jalan TTDI Grove 1/1
TTDI Grove, 43000 Kajang.
Tel : 019-3033750
2 Comments
perghhhh
ReplyDeletenampak sedap betul daging tu
mcam sedap je
ReplyDeletekuronofu91.blogspot.my