Tempat Makan Best Di KL : Cloves Restaurant & Cafe


Bismillah,

Kalau korang berada di sekitar Kuala Lumpur khususnya di area Setapak atau Jalan Genting Klang, aku nak syorkan satu tempat makan best di Kuala Lumpur iaitu di Cloves Restaurant & Cafe. Ada beberapa alasan sebab apa aku jadikan Cloves Restaurant & Cafe tempat port makan best di Kuala Lumpur.


Cloves Restaurant & Cafe ni terletak berhampiran Setapak Mall, dekat plak ngan kampus utama Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (UniTAR). Memang tempat tumpuan student la kiranya. Tapi satu je masalahnya, susah nak parkir la kat situ haha. Kalau setakat nak cari Cloves Restaurant & Cafe tu senang je, dari tepi jalan utama pun dah nampak.


Cloves Restaurant & Cafe ni terletak di tingkat 1 bangunan. Korang kena cari lif ke tingkat atas yang agak tersorok haha. Puas gak la aku pusing cari lif. Cloves Restaurant & Cafe ni tak besar mana, aku rasa boleh muat dalam 50 hingga 60 orang dalam satu-satu masa. Interiornya cantik, susunan pun kemas macam sebuah kafe kompak yang mengetengahkan ciri-ciri moden.


Cloves Restaurant & Cafe ni tenang je, tak sesak dan tak ramai orang. Mungkin sebab orang tak tau kot. Mula-mula aku agak mungkin sebab menu dan makanan yang dihidangkan di sini tapi bila aku tengok dan rasa sendiri menu-menunya so aku jump into conclusion yang Cloves Restaurant & Cafe ni ramai yang tak tau tempatnya huhu. Apa yang aku tau, aku boleh repeat ke sini lagi next time.


Hari tu kami ada pesan beberapa jeniis  hidangan antaranya Nachos, Nasi Goreng Kampung, Pasta Marinara dan Set Burger. Actually kami order 3 hidangan je tapi memandangkan rasa nak mengunyah sementara tunggu hidangan sampai tu kitorang order la Nachos haha. Nachos nya banyak cuma aku suggest cheeese dia boleh letak beberapa layer. Kalau letak kat atas semata-mata, bahagian bawah tak kena plak.


Then Nasi Goreng Kampung plak macam nasi goreng kampung biasa yang pernah aku makan. Tak ada beza pada rasanya cuma ada diletakkan sekali telur mata kerbau dan 4 hirisan sotong. Pedas pun pedas, tak sesuai untuk kanak-kanak lah ye. Aku boleh katakan sedap walaupun menu cliche dan biasa korang jumpa di restoran masakan panas di luar.


Untuk set burger plak, aku suka. Mungkin sebab aku peminat burger so lebih kurang burger tu aku boleh detect. Patty burger dibuat sendiri. Tebal dan tak kering. Boleh rasa jus daging tu lagi. Ada diletakkan sekali bakon ayam dalam 2 slice macam tu. Ada cheese dan mayonis. Set ni didatangkan sekali dengan sos lada hitam dan kentang goreng.


Last but not least adalah Pasta Marinara. Dalam banyak-banyak menu, aku boleh bagi kredit lebih pada menu ni sebab menu ni penuh dengan seafood antaranya sotong, lala, kupang dan udang. Pasta Marinara ni pum tak berapa kering, rasa tomato dan sesuai untuk kanak-kanak sebab bagi aku tak rasa pedas mana pun. Macam makan spaghetti bolognaise tu.


Nah ni apa yang aku makan. Kawan-kawan aku ada gak makan menu lain. Ada yang makan steak, salad, lamb chop dan banyak lagi. Kalau korang nak tau pandangan dorang tentang menu-menu yang dorang makan boleh lag pergi ke blog Neyra dan blog Sally ye.


Kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan Cloves Restaurant & Cafe, pasal menu-menunya atau sebarang tempahan boleh rujuk maklumat yang aku lampirkan di bawah.


Cloves Restaurant & Cafe
1-16 PV128
Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur
Tel : 03-4141 8585



4 Comments

  1. Ya Allah, menitik air liur ena tengok semua menu kat restoran ni. Boleh la nanti cuba try test. Tengoknya air minuman tuuu. Perghhhhh

    ReplyDelete
  2. wahhhh
    nampak sedap makanan
    tempat makan dia pun cantik

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik menu dia semua! Awat la nasi goreng pun meletoppp nmpk...wahhhh!

    ReplyDelete