Buffet Ramadhan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur


Bismillah,

Kepada yang masih tercari-cari lokasi buffet Ramadhan pada tahun ini, apa kata aku cadangkan korang masukkan buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur ke dalam wishlist korang. Lokasinya di pusat bandar Kuala Lumpur, berhadapan dengan PWTC. Buffet Ramadhan ini bertempat di Restoran Coffee House, tingkat 9 Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Restoran Coffee House ini mampu memuatkan sehingga 300 orang tetamu dalam satu-satu masa.


Aku boleh katakan buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur antara salah satu port berbuka puasa yang menarik untuk korang menjamu selera kerana ada pelbagai jenis menu bakal dihidangkan di sepanjang bulan Ramadhan nanti. Setiap hari menu-menu akan berubah dan aku dah lihat sendiri senarai menu-menunya. Memang banyak betul, tak hanya tertumpu pada menu masakan Melayu malah korang juga boleh merasai menu masakan Cina, India, Jepun dan Barat.


Seperti kebiasaan buffet Ramadhan di tempat lain, buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur ini juga menyediakan hidangan kambing golek kepada para pengunjungnya. Tak ketinggalan  juga menu-menu yang perlu korang cuba adalah seperti Sup Gear Box, Oriented Barbecued Lamb (pernah memenangi anugerah Winning Dish di Thailand), Salmon Fish Head Curry, Udang Kalio Dengan Belimbing Buloh, Daging Masak Lemak Cili Padi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Lala Pedas, Tom Yam Goong, Sup Isi Ketam Berempah, Sup Ikan Merah Daun Ketumbar dan banyak lagi.


Kepada peminat hidangan Sushi, korang boleh jumpa pelbagai jenis sushi yang terdiri daripada Maki Sushi dan Sushi Rolls di sini. Ada cucumber, tuna, tamago, salmon, maguro, inari, ebi dan dihidangkan bersama shoyu, sushi gari dan wasabi. Untuk menu hidangan cina pula korang boleh cuba Crispy Shrimp Dumpling, Squid Cheese Nett dan Shrimp Crouton.


buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur kali ini turut menyajikan menu-menu hidangan daripada 12 jenis stall antaranya stall ikan bakar, udang dan sotong bakar, Chicken Chop with Mushroom Sauce, Chicken Shwarma, stall Cucur (cucur udang, ikan bilis, cucur kelapa dan cucur pisang) dan variasi kuih Talam Dalam Loyang (Talam Keladi, Talam Pandan, Talam Gula Melaka, Talam Jagung, Talam Cendol, Talam Berlauk dan Talam Durian


Harga yang ditawarkan sempena buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur kali ini adalah seperti berikut :

  • Dewasa - RM128 nett 
  • Kanak kanak (6 hingga 12 tahun) - RM64 nett  
  • Kanak kanak ( 0 hingga 5 tahun) - PERCUMA
  • Warga emas - RM64 nett 


buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur ni bermula dari 19 Mei hingga 14 Jun 2018, dari pukul 6 petang sehingga 10.30 malam setiap hari. Bagi badan-badan korporat atau syarikat yang ingin berbuka puasa di sini, boleh lah membuat tempahan bilik-bilik mesyuarat dari 15 Mei sehingga 4 Jun 2018 dengan kadar harga RM108 nett seorang.


So kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan promosi buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur ni atau sebarang pertanyaan lain berkenaan tempahan dan menu, boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah.


Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur 
100, Jalan Putra 
50350 Kuala Lumpur 

RSVP : 03-40409888 
Email : spkl.ch@sunwayhotels.com


2 Comments

  1. Wah! Sedap belaka hidangan2 yg disediakan tu...

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. pehhhh sedappp betulll semuanya.hehhee..

    ReplyDelete