Makan Ketam Sepuas Puasmya di Sri Lankan Seafood Festival, Berjaya Times Square Hotel


Bismillah,

Ni aku nak bagitau kepada peminat-peminat makanan laut atau seafood khususnya peminat ketam, akan berlangsungnya Sri Lankan Seafood Festival di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Sri Lankan Seafood Festival ini berlangsung di sepanjang bulan April, dari 2 April sehingga 30 April 2018.


Untuk Sri Lankan Seafood Festival kali ini, 2 orang chef telah diterbangkan khas daripada Berjaya Times Square Colombo bagi manyediakan menu-menu yang bakal disajikan dalam festival itu nanti. Kalau korang nak tau yang specialnya menu-menu Sri Lanka ni adalah ketam sebab tu la aku kata korang boleh makan ketam sepuas-puasnya di Sri Lankan Seafood Festival ni.


Sri Lankan Seafood Festival ini juga turut mendapat sokongan dan pujian daripada Sri Lankan High Commissioner A.J.M Muzammil. Beliau berharap dengan adanya Sri Lankan Seafood Festival dapat memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia tentang budaya dan makanan negara Sri Lanka. Penyediaan menu-menu di sewaktu Sri Lankan Seafood Festival ini diketuai oleh Chef J.M.D.K Jayawardhana dan Chef HLM Hettiarachchi.


Antara menu-menu yang akan ditampilkan di sepanjang Sri Lankan Seafood Festival ini adalah seperti Pol Sambol, Seeni Sambol, Lunu Miris, Gotukola Sambol, Thebu Cola Sambol, Mukunuwenna Mallum, Fishm Ambul Thiyal with Gravy, Prawn Mellum, Chicken Kalupol Curry, Brijal Moju, King Crab Claw, Prawns, Crabsticks, Mussels, Tuna, Smoked Salmon, Curd & Treacle, Laddu, Kesari dan banyak lagi. Sempena Sri Lankan Seafood Festival ni korang berpeluang untuk merasai keunikan teh syarikat teh daripada Sri Lanka Dilmah. Rasanya unik tak seperti teh tempatan.


Untuk Sri Lankan Seafood Festival ni akan diadakan promosi ekstravaganza iaitu

  • Tempahan 38 orang pertama- RM38 nett
  • Orang ke 39 hingga 58 - RM58 nett
  • Harga biasa untuk dewasa - RM98 nett
  • Harga biasa untuk kanak-kanak - RM41
  • Harga biasa untuk warga emas - RM61
  • Beli 3 baucer dewasa, PERCUMA 1 baucer
  • 30% potongan untuk baucer dewasa sekiranya guna kad kredit Maybank. 


Sekali lagi nak bagitau promosi Sri Lankan Seafood Festival ni berlangsung dari 2 April hingga 30 April 2018 di tingkat 14 restoran Big Apple, dari ;
  • Pukul 12 tengahari hingga pukul 2.30 petang (hari biasa)
  • Pukul 12.30 tengahari hingga 4.00 petang (minum petang Sabtu & Ahad) 
  • Pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam (makan malam setiap hari)


So datanglah ke Sri Lankan Seafood Festival ni ye. Ajak keluarga, rakan-rakan dan juga mungkin untuk event syarikat. Mana la tau kan korang juga berpeluang untuk memenangi percutian pergi balik ke Sri Lanka. Pakej percutian 4H3M ini ditaja oleh Sri Lankan Airlines termasuk penginapan yang disediakan oleh Berjaya Hotel Colombo. 


Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan tempahan, menu, harga dan lain-lain, boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah ni ye. 


Rsvp : +603 21178000 (ext. 8133)


2 Comments

  1. Alaaaa..apa comel bebenau si Meen ni...okey la ko memang saje kan..pepagi dah goda semua ngan gambo ketam...ko tau je akak suka makan ketam kan....next time ajak laaaa

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa, bahang ramadhan semakin hampir

    ReplyDelete